Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Agar-agar Neslo

Hajat hati hendak pergi memenuhi undangan kenduri Anuar. Lama sungguh tak berjumpa dengan Kak Zana, isterinya tapi tak kesampaian. Maaf ye Nuar. Ada halangan lain. Biasalah kereta itu baru keluar bengkel. Lama dia sakit. Itupun mujur boleh sembuh. Kebetulan pula Afikah dan kawannya datang. Ada urusan yang belum selesai. Mujur jugalah kami tak ke Klang semalam. Kalau tidak tertangguh lagi urusan dengan Afikah. Sekarang semua sudah selesai. Alhamdulillah. Teringin pula hendak makan agar-agar tapi kalau boleh hendak buat agar-agar yang senang dan ringkas sahaja. Anak kecil tak begitu sihat jadi tak boleh buat yang susah-susah. Alahai Adik. Resepi ini saya dapat dari laman web MaSaK-MaSaK. Nama resepinya, Agar-agar Milo tapi saya tukar namanya selepas saya buat dan makan. Pandai-pandai je. Abang Ngah suka. Seperti biasa Kak Long makan sikit. Dapat juga menjamu Afikah dan kawannya. Bahan-bahan 3 senduk milo - saya kurangkan kepada 21/2 senduk 1 sudu besar nescafe 1 se

Apabila Bayi Selesema dan Batuk

Anak kecil yang belum pun berusia 3 bulan ini, selesema dan batuk. Kasihan betul. Selain kunyit, apalagi ya caranya hendak melegakan si kecil? Tolong, tolong!!! Kakak, abangnya dulupun, tak kena batuk dan selesema seawal usia begini. Hidungnya memang terpaksa disapu dengan kunyit. Kunyit agen pengering. Nampaknya belum ada hasil yang memuaskan. Semalam kami ke doktor. doktor beri ubat titis di dalam hidung. Doktor sarankan buat fisio iaitu tepuk belakang bayi bagi keluarkan kahak. Kahak akan keluar sama ada melalui muntah atau najis. Memang saya ada buat. Agaknya usaha saya belum cukup. Kasihan sangat. Tidurnya selalu terganggu oleh batuk dan selesema.  

Persiapan Untuk Kembali

Sekejap benar tempoh 90 hari ini rasanya. Khamis ini akan kembali bertugas. Rasa berat benar hati meninggalkan si kecil dalam jagaan orang lain. Sementelah pula hidungnya berair dan batuk pula. Apakan daya, suka atau tidak saya perlu kembali. Sekarang memang masanya membuat persiapan untuk kembali. Inilah hero persiapan. Ini jugalah yang akan saya usung ke sana sini sepanjang berjauhan dengan si kecil. Harapnya hero yang banyak berjasa sejak 2008, akan sedia kembali berkhidmat. Hampir dua tahun juga berehat. Insya Allah setidak-tidaknya untuk tempoh dua tahun lagi.

Coklat Tanda Mata Perpisahan

Sudah sampai masa buat Kak Long meninggalkan pra sekolah yang menyeronokkan. Semalam 14 Disember, hari terakhir buatnya. Jamuan perpisahan dianjurkan di sekolahnya. Saya buatkan coklat oreo atas permintaannya untuk rakan sekelas dan sebaya (enam tahun) dengannya. Saya buatkan juga coklat pralin untuk tenaga pengajar, Uncle Muin dan pembantu di sekolahnya sebagai tanda penghargaan kami sepanjang Kak Long bersekolah di sana. 4 coklat pralin yang berbeza iaitu coklat mentega kacang, coklat gajus perisa oren dan kopi dan coklat gajus. Tidak ada tanda-tanda kesedihan sebaliknya Kak Long tetap bergembira pada hari terakhir bersama dengan kawan-kawan dan guru-guru. Mulutnya tetap riang berceloteh tentang kegembirannya menghadiri jamuan itu. Saya pula yang berdebar menunggu tiba harinya Kak Long melangkah ke alam persekolahan sebenar yang tidak sampaipun sebulan lagi.

Malaysia vs Laos

Beberapa jam sahaja lagi, hidup mati pasukan bola sepak negara dalam perebutan Piala Suzuki AFF 2012 akan diketahui nasibnya. Jika corak permainan sama seperti ketika menentang Singapura, maka besar kemungkinan perjuangan akan mati di peringkat kumpulan sahaja. Harapnya ini tidak akan berlaku. Bukan calang-calang lawan pasukan Harimau Malaya hari ini. Besar harapan agar kejayaan yang sama dapat dicipta lagi. Semua orang buat silap. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Ini ingatan pada diri sendiri juga. Sabda Rasulullah SAW: "Seorang mukmin tidak dipatuk (ular) dari lubang yang sama dua kali" Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kecil Kecil Si Cili Padi

Home sweet home . Setelah habiskan 44 hari tempoh berpantang, akhirnya kembali ke rumah. Saya tidak mengharap banyak kerana tahu pokok-pokok ramuan hanya bergantung pada rahmat hujan yang turun. Tidak ada sesiapa yang akan menyiram sepanjang ketiadaan saya di rumah. Sememangnya hujan membawa rahmat kerana alhamdulillah semuanya kelihatan segar dan subur. Cuma pokok kunyit nampak lemah. Itu angkara haiwan perosak yang saya tak jumpa lagi jalan mengatasi mereka. Entah ini pokok cili yang ke berapa pernah saya tanam. Namun inilah pokok cili pertama yang saya tanam berjaya berbuah. Itu yang beraksi cantik dalam blog ini hahaha. Syukur Ya Allah. Ada sebab kenapa saya tidak putus harap menanam cili padi atau cabai burung ini. Saya memang suka makan makanan pedas-pedas tetapi sejak gastrik teruk semasa mengandung, saya kurang mengambil makanan yang pedas-pedas. Ada masa teringin juga. Beli di kedai, takkan sepuluh biji. Kena beli lebih. Beli lebih itu yang membazir. Kering

Mencuci Sawang

Lama bersawang blog ini. Bukan kering idea menulis tetapi penyakit 'M' hinggap dan mencipta alasan ketiadaan masa. Hmmm Genjatan senjata. Benarkah? Lama mana bertahan? Setelah beratus jiwa terkorban tanpa mengira bayi mahupun warga tua. Bahkan tanpa hati dan perasaan, masih berani memberi ancaman. Ya, kerana memikir mereka hebat dan kuat. Sedang mereka sebenarnya hambaNya juga. Sedang diuji dengan kesenangan. Ya Allah, aku bermohon hapuskanlah penderitaan saudara-saudaraku di Palestin. Doa mereka, orang-orang teranaiya pasti dikabulNya. Allah berfirman, tidak ada ujian melainkan yang mampu dilalui hambaNya. Tabah benar mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebentar tadi, dalam rancangan Dr Fadzilah Selami Jiwa, saudara Hairuman muncul. Anak muda malang yang berusaha mencari rezeki tetapi ditimpa musibah hebat. Mangsa renjatan elektrik. Masih ingatkah anda?Lelaki tabah itu muncul dengan kaki dan tangan palsu. Subhanallah. Benar-benar kuat jiwa ana

Ulangtahun ke 55

Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran wanita yang paling bermakna dalam hidup saya iaitu Emak. Alhamdulillah. Mohon Yang Kuasa merahmati hidup emak, panjangkan usia, murahkan rezeki emak. Amin. Memang tidak pernah membayangkan dan tidak dapat dibayangkan hidup tanpa emak. Emak segalanya dalam hidup. Malah sahabat akrab saya. Emak pernah menyatakan hasrat ingin ke tempat ini suatu masa dahulu dan saya masih ingat hasrat itu tidak kesampaian. Walaupun tidak pernah emak mengutarakan lagi hasratnya itu, saya rasa ingin merealisasikannya Jadi makan tengah hari kami sekeluarga semalam, di sini: Restoran Pakeeza. Ops, ini bukan orang tua saya tetapi tidak kurang pentingnya dalam hidup ini dan juga jadi tetamu majlis emak dan kejutan untuk emak. Restoran Pakeeza menyajikan masakan ala India. Pilihan kami tengah hari itu adalah nasi briyani, kari kepala ikan, ayam masala, daging, sayur campur dan suami yang kurang suka masakan India, memilih udang masam manis. Al

Orang Baru

Alhamdulillah. Sebetulnya malam ini adalah malam terakhir saya berpantang 44 hari selepas melahirkan. Alhamdulillah, saya selamat melahirkan putera kami pada 20 September. Awal daripada jangkaan. Pengalaman mengandung dan melahirkan setiap anak itu berbeza. Ada benarnya kata sesetengah orang, semua kesakitan itu bagaikan hilang tatkala menatap wajah mungil si manja. Subhanallah, besarnya rahmat Allah. Indahnya kejadian Allah. Syukur, Alhamdulillah.  Tapak kaki sebesar 2 jari. Pernah dengar? Sekarang sudah lebih daripada itu. Alhamdulillah sedang membesar sebagai johan dengan izin Allah. Mohon sentiasa dalam rahmat dan lindungan Yang Maha Esa sentiasa. Amin.

Rich Choc Pudding

Memang lama sungguh resipi ini ada dalam simpanan tetapi dari sehari ke sehari, tak pernah terlintas pun hendak mencuba. Kebetulan di sini, tempat saya mencari rezeki bercadang hendak buat jamuan. Jeng jeng jeng, waktu itu selongkar punya selongkar terjumpa dengan resipi ini. Ringkas dan mudah tapi sedap! Ini cubaan kali kedua. Pencuci mulut ketika bulan puasa nan silam. Buat banyak-banyak semestinya membazir. Walaupun dapat satu loyang sederhana sahaja tetapi tak terhabis keluarga kecil kami makan. Jadi berikan kepada jiran-jiran untuk elakkan pembaziran. Resipi ini milik Kak Jun Yummylicious! yang dikongsikan dalam laman web popular iaitu My Resipi . Terima kasih Kak Jun. Bahan-bahan : 1/2 cawan serbuk koko (saya guna serbuk coklat) 1 cawan gula 1/2 cawan susu tepung 1/2 sudu teh garam 41/4 cawan air 4 sudu besar tepung jagung 1/2 sudu teh esen vanila 3 sudu besar mentega 1 paket serbuk agar-agar (10 - 11 gram) Cara Membuat : 1. Campurka

Bubur Jagung Malam Raya

Jagung. Rebus, sedap. Bakar, sedap. Buat puding, sedap. Buat bubur pun sedap. Sedap untuk saya. Suami tak suka. Anak-anak pun tak begitu suka. Sepanjang bulan puasa lepas selalu juga suami beli air jagung sebab Kak Long suka tetapi saya kurang suka. Rasa bertepung. Tak tahulah mungkin tekak orang mengandung. Saya lebih suka buat air jagung sendiri. Ada juga buat 2 - 3 kali. Seminggu sebelum raya, saya sempat pergi ke pasar minggu. Terpandang jagung. Alahai terasa teringin pula hendak makan bubur jagung. Beli empat tongkol. Kononnya tak hendak beli banyak sebab dalam peti sejuk masih ada lebihan bubur gandum. Kena habiskan dulu bubur gandum itu baru boleh buat yang lain. Kalau tidak membazir.  Sudahnya, jagung itu diusung balik kampung. Segan juga sebab sikit benar jagungnya. Takut tak cukup. Emak tanya saya hendak makan apa. Saya beritahu hendak makan bubur. Malam raya itu, dapatlah saya makan bubur jagung. Bukan buat banyak pun, 2 tongkol jagung. Itupun tak habis. Mana t

Salam Aidilfitri

Terasa sekejap benar masa berlalu. Ramadan sudah sampai ke penghujungnya. Jalan raya sedang sesak padat ketika ini. Harapnya kita semua pengguna jalan raya akan sampai ke destinasi tujuan dengan selamat. Masih ada geruh di hati setiap kali menaiki kenderaan. Trauma akibat kemalangan itu masih bersisa. Namun hidup harus diteruskan. Kali ini giliran kami sekeluarga beraya di Utara. Jika sebelum ini masih sempat juga meluangkan masa ke Pantai Timur tetapi besar kemungkinan tahun ini, kami tidak dapat meraikan syawal di Pantai Timur. Keadaan kesihatan dan juga cuti jadi benteng membataskan. Bercakap tentang kesihatan, Alhamdulillah kedudukan bayi dalam kandungan saya, kembali normal. Dua orang doktor pakar mengesahkannya. Perancangan Allah SWT memang lebih mengesankan. Ini hadiah besar buat kami sekeluarga untuk meraikan syawal. Ketika ramadan masuk ke penghujungnya, bumi Iran dilanda gempa bumi dengan korban jiwa yang ramai. Juga bumi Xinjiang yang ditindas kerajaan China turut berge

Bunga Kunyit

Lama tak bercerita tentang kebun mini yang ada di belakang rumah. Salah satu dari pokok ramuan yang ditanam ayah telah mati. Pokok kunyit. Susah juga tiada pokok kunyit sebab masakan yang dimasak dengan menggunakan kunyit hidup nampak lebih segar berbanding menggunakan serbuk kunyit. Lain warna kuningnya. Februari lepas ketika balik kampung di Pantai Timur, saya minta sedikit benih pokok kunyit daripada Pok Lah. Banyak juga yang Pok Lah bagi. Saya bahagi dua. Sepasu di belakang rumah dan sepasu di hadapan rumah. Pokok-pokok ramuan di belakang rumah ini selalu sangat diserang bena dan belalang. Jadi saya cuba tanam sepasu di hadapan rumah. Alhamdulillah, pokok kunyit itu hidup. Cuma lambat sangat. Saya fikir sepasu di hadapan rumah itu mati terus. Rupanya lambat benar hendak bertunas. Inilah yang dikatakan orang-orang tua, berbudi kepada tanah. Hasilnya jadi milik kita juga. Alhamdulillah pokok kunyit di belakang rumah bukan sahaja tumbuh dengan elok, malahan berbunga

Agar-agar Bandung Jagung

Menu berbuka akan bertukar menjadi sangat ringkas kalau suami tidak berbuka bersama-sama kami anak beranak di rumah. Saya hanya akan masak satu atau dua jenis lauk yang paling senang. Lagi ringkas, saya masak nasi goreng campur ayam, udang, sotong dan sayur-sayur, kemudian buat satu jenis kuih. Kuih pun yang mudah sahaja contohnya, puding atau agar-agar.  Sebolehnya saya akan pastikan ada makanan yang disukai Kak Long dalam menu berbuka yang ringkas itu. Kasihan Kak Long puasa. Alhamdulillah, baru empat hari Kak Long tidak berpuasa. Seperti biasa rengeknya bukan kerana lapar tetapi dahaga. Paling menguji kesabarannya kerana Abang Ngah suka sangat menayang minum susu di depannya. Aduhai Abang Ngah! Sudah ditegah berkali-kalipun, masih juga begitu. Barangkali ada kekeliruan padanya, setiap kali dilarang minum dan makan di hadapan kakaknya. Masa berbuka pula, Abang Ngah yang sibuk mengalahkan Kak Long yang berpuasa. Tak apalah Abang Ngah, tahun depan giliran Abang Ngah belajar berpu

Kedudukan Bayi Melintang

Hendak kata apa lagi? Tidak bersedia. Memang. Hati kecil berbisik, sempat lagi tentu sempat. Sempat lagi. Ada lagi masa. Yakah? Benarkah masa berpihak kepada kami? Inilah yang sedang diperkatakan. Dr Su mengimbas kedudukan bayi saya pada usianya 33 minggu, melintang atau transverse . Kepala bayi ada di sebelah kanan. Bahagian bawah uterus, kosong. Sedangkan pada usianya 32 minggu sebelum kemalangan berlaku, kedudukan bayi saya adalah normal atau cephalic .  Transverse ini asing benar di pendengaran. Kalau plasenta previa saya sudah biasa, dari mengandung sulung hingga sekarang. Istilah itu pasti saya dengar dan Alhamdulillah, bayi kemudiannya beralih ke kedudukan normal. Tebak Dr Su, ini kesan kemalangan tempoh hari. Bayi saya beralih kedudukan. Hanya doa dan harapan semoga kedudukan akan bertukar kepada normal sebelum usianya 36 minggu. "Bolehkan baby?! Nothing to worry, sayang. Alhamdulillah kita semua selamat." Saya menunggu tarikh temujanji dengan Dr Roslan

Berada di Ambang Maut

Alhamdulillah, kami sekeluarga terselamat. Saya, suami, ayah dan anak-anak termasuk anak yang saya kandung ketika itu berusia 32 minggu, selamat. Kejadian pada hari Sabtu, Ramadan yang ke 9, 28 Julai 2012 sekitar jam 4:30 petang, di Lebuhraya Utara Selatan. Ini gambar yang dirakamkan adik sejurus selepas kemalangan. Ada banyak gambar tetapi cukuplah sekeping ini buat ingatan abadi di sini. Kronologi: #1 Kami ke UNISEL Bestari Jaya . Adik bongsu melanjutkan pelajaran di sana. Ayah, emak dan dua lagi adik dari Utara. Tidak ada rancangan daripada mereka untuk bermalam di rumah kami kerana ayah tidak mahu melepaskan peluang solat terawih serta tadarus di kampung. Saya sediakan dadih strawberi buat bekal iftar mereka. Sesudah kami solat di Masjid Umar Abdul Aziz UNISEL , keluarga berubah fikiran. Pada mulanya, adik lelaki yang kelainan upaya (OKU) duduk di belakang bersama-sama dengan anak-anak. Tiba di asrama adik bongsu, saya minta adik lelaki bertukar kereta. Bukan apa, p

Ragam Ibu Hamil: Selera Makan

Mengandung kali ini banyak yang berbeza berbanding sebelumnya. Saya boleh makan walaupun bukan seperti biasa tetapi tidaklah bergantung pada bubur nasi semata-mata sebagaimana sewaktu mengandungkan Kak Long. Tambahan pula sekarang gastrik menyerang jadi banyak kena berpantang. Melainkan teringin sangat-sangat, saya langgar juga pantang. Lepas itu sakit, tanggunglah siapa suruh degil! Tak ada mengidam yang pelik-pelik. Cuma teringin sahaja. Keinginan itu masih boleh bertangguh. Tak pernah lagi tengah-tengah malam bangun sebab teringin hendak makan itu dan ini. Alhamdulillah saya dapat apa yang saya inginkan. Hendak tahu apa? Inilah dia, sos kacang Aminah Hassan . Saya pesan pada kawan-kawan kalau jumpa tolong saya belikan. Alhamdulillah, Anuar jumpa. Ada 2 botol sahaja yang tinggal. Sebotol untuk keluarganya dan sebotol lagi untuk memenuhi keinginan saya. Terima kasih. Saya buat cucur nasi ikan bilis kemudian cicah dengan sos kacang ini. Hmm sedap! Saya pun tak begitu pa

Xinjiang: Ramadan Yang Dinafikan Untuk Uighur

Ramadan lepas, hak Muslim Uighur di Xinjiang dinafikan. Perkara yang sama berulang lagi. Cuma tidak digembar gemburkan sebagaimana tahun lepas. Sehingga penghujung tahun lepas wilayah ini masih bergolak sama ada dengan kerajaan dan juga bencana alam. Mari sama-sama kita doakan saudara kita di sana dapat mengharungi ujian ini dengan sabar dan redha, amin. Berikut adalah petikan dari Radio Free Asia . China Steps Up Curbs on Muslims 2012-07-23 Authorities in Xinjiang ban public religious activities during the holy month of Ramadan. Chinese authorities in the troubled northwestern region of Xinjiang have imposed curbs on the public observance of the Muslim holy month of Ramadan among the region's Uyghur ethnic minority, an exile group said on Monday. The government, which earlier this month stepped up security around the sensitive anniversary of the 2009 ethnic violence between the Uyghurs and the Han Chinese that killed nearly 200 people, has banned any publ

Menzalimi Diri

Saya suka dengan tajuk kuliah zohor dua minggu lepas, " Terkadang Aku Alim, Terkadang Aku Zalim ". Kuliah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin. Alhamdulillah, dapat juga datang menyelit. Sekarang banyak kerja-kerja luar, kesempatan untuk menyelit pun berkurang. Tak perlu kita cerita pasal kerja. Sebaiknya kepada apa yang ustaz sampaikan sahaja. Peringatan untuk diri sendiri, mesti tetapkan hati. Dalam tak sedar kita menzalimi diri. Menzalimi diri itu adalah melakukan maksiat. Ustaz senaraikan tujuh sebab kita menzalimi diri. 1. Jahil . Ilmu sangat penting buat seseorang. Tanpa ilmu, seseorang akan melakukan maksiat kerana tidak tahu atau menyedari sedang melakukan maksiat. Fahami ilmu kerana dengannya dapat menghindar dari melakukan maksiat. 2. Nafsu . Sahabat diri yang menjadi musuh adalah nafsu. Nafsu sentiasa mengajak kepada keburukan. Islam menggalakkan nafsu dididik. Kenal pasti yang mana satu bisikan nafsu dan bisikan syaitan. Bisikan nafsu bersifat

Gastrik, Mengandung & Puasa: Jawapan Untuk Zuhalpluto

Salam..saya pn mengalami gastrik yang teruk...lagi la bulan puasa nie...lg teruk...sy dh 4 bln pregnant.tp doktor cuma bg sy mkn gaviscon sahaja.macam ne nk bwt yea.hari nie hari ketiga saya puasa.badan bertambah letih.takde tenaga.help me pls sis.nie anak pertama saya.tak tau dah nk bwt apa.buka puasa pn makan tk byk. on Gastrik: Rawatan Susulan Ini soalan yang saya terima dari entri Gastrik: Rawatan Susulan. Terima kasih Zuhalpluto sebab sudi singgah ke sini. Apa yang boleh saya tolong saya akan cuba. Ini berdasarkan pengalaman semata-mata. Saya mula diserang gastrik yang teruk sejak awal kehamilan lagi. Memang betul doktor-doktor yang saya temui berikan saya ubat yang paling ringan antaranya, gaviscon . Ada juga doktor yang berikan suntikan tetapi sakit itu tidak juga mahu hilang. Ini antara ubat-ubat yang diberikan kepada saya. Apabila kandungan masuk bulan ke 3, saya berjumpa doktor pakar di Unit Gastrologi dan Hepatologi iaitu Dr Chua. Dr Chua minta semua je

Ramadan

Alhamdulillah ramadan datang lagi. Selamat berpuasa buat semua. Hari ini hari ke 2. Kak Long pun dalam percubaan menghabiskan puasa untuk hari yang ke 2. Merengek, menangis bukan sebab lapar tapi sebab dahaga. Kasihan juga melihatnya tapi bila lagi hendak melatih Kak Long berpuasa. Kami menyambut ramadan di Utara. Malam ini akan bertolak balik ke Ibu Kota. Hmm saya kena melayan kerenah Kak Long seorang diri selepas ini. Harapnya lama-kelamaan Kak Long boleh membiasakan diri.

Lagi Kes Penderaan Bayi

Menakutkan. Menahan air mata agar tidak mengalir saat melihat anak malang ini. Dalam masa kurang 2 bulan orang baru akan tiba dan masih tercari-cari pengasuh untuk mengasuh sepanjang ketiadaan ketika bekerja. Kejadian yang sama berulang lagi. Menambah geruh di hati. Memang kerja mengasuh, itu tidak senang. Melayan karenah bayi itu tidak mudah tetapi bukankah kerja-kerja itu diberi imbalan? Mengapa menyanggupi jika tidak mampu? Kini soal nyawa yang jadi pertaruhan. Saya ibu. Sama seperti ibu yang lain yang melalui proses yang juga tidak mudah untuk melahirkan khalifah kecil ke dunia ini. Sama seprti ibu lain yang mesti keluar mencari nafkhah. Sama seperti ibu lain yang mempertaruhkan kepercayaan anak-anak diasuh oleh tangan lain. Kejadian ini menakutkan. Sangat-sangat.  Sila rujuk akhbar-akhbar tempatan hari ini: Muhamad Taufiq Danial Amri Izwan, anak malang yang terlantar di hospital akibat pendaharan di kepala dan mata. Anak malang ini baru berusia 5 bulan, dip

Buah Epal, Gastrik & Mengandung

Epal hijau ada ketika kena nasib kurang bagus, dapat yang masam. Penggemar asam memang tak ada masalah. Saya tak termasuk dalam golongan itu. Pastinya, tidak hanya saya seorang bukan. Kalau dibuang, membazir. Jangan membazir. Apa kata kita buat jus. Sedap! Resipi ini saya ambil daripada Yani MyResipi. Yani kata ini minuman kesihatan. Bagus untuk menggelakkan sembelit dan menguatkan antibodi. Jus Epal Yogurt Bahan-bahan 1/2 biji epal 1 cawan (200 ml) plain yogurt 1/2 cawan (100 ml) susu Cara Membuatnya Masukkan kesemua bahan di dalam pengisar. Kisar hingga sebati. kalau suka manis, boleh campurkan dengan sedikit gula atau madu. * Biasanya saya akan guna 1 biji epal, yogurt asli tak kira jenama lebih kurang 140 gm, 1 kotak kecil susu (250 ml) jenama dutch lady dan sedikit madu. Leceh hendak simpan epal sebelah lagi. Trimester pertama, memang hilang selera makan. Tekak rasa sangat payau untuk menerima makanan. Ada orang bagi petua pada saya untuk amalkan ma