Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Ramadan

Jumaat Terakhir di Bulan Ramadan

  Sudah agak lama tidak menulis di sini. Ada banyak perkara hendak diluahkan tetapi tidak kesampaian. Sedar-sedar hari sudah berganti minggu, bulan dan tahun.  Ramadan juga sudah hampir ke penghujungnya. Saya mohon maaf kepada semua pembaca. Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Belangsukawa Abang Jamaluddin Md Aris

Telah pulang ke Rahmatullah, biras saya Jamaluddin Md Aris. Pulang ke pangkuan Ilahi ketika sedang menunggu untuk melakukan prosedur MRI di hospital. Pemergian yang sangat mudah dan cepat. Menamatkan penderitaan sakit yang tidak diketahui puncanya sejak pulang dari mengerjakan umrah bersama-sama kami pada 13 Ramadan 1444 H (4 April 2023), lebih kurang pukul 11:00 pagi. Hari ini genap sebulan pemergiaannya. Beruntungnya Abang Jamal kerana meninggal pada bulan yang mulia, bulan Ramadan. Bertuahnya Abang Jamal kerana menghembuskan nafas terakhirnya dalam keadaan diri telah dibersihkan. Berbahagia Abang Jamal kerana pergi menghadap Ilhai dalam pangkuan satu-satunya zuriat arwah. Sempat saya titipkan pesan kepada anak tunggalnya, "Along, ayah memang dah tak ada tapi Along masih keluarga kami." Apabila seseorang itu berpindah dunia, kita hanya akan mengenang segala kebaikkannya. Mengingatkan arwah selalu berkongsi dengan kami, keluarga iparnya, sesuatu yang menggembirakan. Apabila ...

Rindu Adik Pada Pak Ngah

Dalam banyak-banyak pilihan air, Adik pilih minum air berwarna biru.  "Air apa ni?" "Air lemon pudina" "Kenapa Adik minum air ni?" "Sebab Pak Ngah suka minum air ni" "Adik rindu Pak Ngah?" Angguk. Angah, Along tak tahu pun Angah suka minum air warna biru ni. Along tak pernah rasa air ni. Nanti Along nak rasa. Angah setiap daripada kita punya memori tersendiri bersama. Semua orang rindu Angah dengan cara tersendiri. Tak sebut, tak bermakna tak rindu kan. Allah SWT lebih tahu. Ini tahun kedua kami puasa tanpa Angah. Tahun kedua juga beraya tanpa Angah.

Dilema Ibu Bapa

  Sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 20 Mac 2023. Umat Islam dijangka akan menyambut  Ramadan dan berpuasa pada 23 Mac 2023 iaitu pada hari Khamis. Tiga hari selepas anak-anak mula bersekolah. Memang situasi ini agak berat terutama bagi keluarga yang besar. Jarak umur anak-anak pula rapat. Lebih terasa 'perit' apabila melibatkan situasi anak yang akan menjejaki kaki kali pertama ke alam persekolahan atau anak yang beralih dari sekolah rendah ke peringkat menengah atau ada kedua-duanya sekali.  Anak-anak dan keseronokkan memasuki alam persekolahan. Sama seperti keterujuaan mereka menyambut Aidilfitri. Sememangnya sebagai ibu bapa, anak-anak jadi keutamaan. Sedangkan Ramadan sendiri menuntut perbelanjaan berbeza dari bulan-bulan lainnya. Jangan salah tanggapan. Sebagai ibu bapa, terutama yang punya anak-anak yang sedang belajar menjalani ibadah puasa tentu sahaja ingin menyediakan hidangan terbaik buat mereka. Ada anak kecil ini kurang berselera ketika sahur. Ada...

Warkah Untuk Arwah Azman

Assalamualaikum Azman, Layangan warkah bisu untukmu. Monolog biasa walaupun tahu entah sampai atau tidak omongan ini. Wahai sahabatku, akhir-akhir ini kerap benar terkenangkan kamu. Teringat senyum ketawa dan semua luah kisah yang kamu kongsikan. Cerita pasal kekesalan. Cerita pasal masa depan. Siapa kata antara seorang lelaki dan perempuan tidak boleh ada ikatan persahabatan? 6 tahun kita bersahabat, Azman sehingga kamu yang ditakdirkan pergi terlebih dahulu. Ikhlas dan jujur. Bukan hanya kita berdua. Kita dalam kelas 4A1 dan 5A1 sangat rapat antara satu sama lain.  Man, kami masih berhubungan. Memang pernah saling terputus hubungan tetapi kini, hampir semua kawan-kawan dapat dihubungi semula. Hubungan persahabatan yang lama terputus kembali terjalin.  Kejayaan, jatuh bangun kawan-kawan dalam pengetahuan masing-masing. Walaupun masing-masing dipisahkan oleh jarak dan komitmen keluarga dan kerja. Memang tak dapat selalu berjumpa. Tak juga selalu berbual tetapi kami ada Man, an...

Ramadan - Doa Yang Dimakbulkan

Salam Ramadan Lama saya tinggalkan blog ini. Ada banyak perkara, cerita, suka dan duka. Ada yang saya tulis dan padam. Ada yang saya tulis dan peram dalam ruangan draf. Sehingga cerita itu basi. Ada yang entah bila saya akan siarkan dalam blog ini.  Namun hari ini saya terpanggil berkongsi. Walaupun jarum jam sudah menganjak ke waktu tengah malam dan sepatutnya saya sudah tidur untuk mengelakkan terlepas sahur. Tidak bersahur untuk saya mungkin tidak akan menjejaskan tetapi tidak untuk anak-anak terutama yang bongsu. Sangat bersemangat. Semalam demam kerana mendapat suntikan dos kedua vaksin pada Isnin. Berkali-kali disarankan untuk berbuka namun enggan. Gusar juga akan memudaratkan dirinya sementelah bukan kewajiban untuknya berpuasa. Juga hati ini bimbang mengenangkan keadaan seorang kawan yang sangat baik yang diberitakan berada di dalam wad sejak Isnin. Semoga keberkatan doa di bulan mulia ini, urusannya dipermudahkan dan sakitnya diangkat. Semoga Juniza sembuh seperti sediakal...

Penutup Ramadan - Ragam Si Kecil Berpuasa

Sempena Syawal melabuhkan tirainya hari ini. Simpan di sini coretan kenangan Adik menjalani Ramadan. Harapan tinggi melihat anak-anak membesar di hadapan mata namun takdir mungkin bawa cerita yang berbeza. Tahun hadapan, belum tentu berpeluang menyambutnya.  Awal-awal lagi suami beritahu si kecil kena puasa penuh tahun ini. Dengar tu, bangkang tidak setuju pun tidak. Tak cakap apa pun dengan si kecil kecuali beritahu hari Selasa sudah mula puasa. Kena tidur lagi awal dari biasa sebab nak bangun bersahur. Pesanan bukan untuk si kecil je tapi semua anak-anak.  Malam sebelum berpuasa, selepas tarawih si kecil beritahu,  Adik nak puasa je. Adik tak nak tak puasa. Nak tahan. Dalam erti kata lain, si kecil berazam nak puasa penuh. Bukan sebab ayahnya minta pun. Tak beritahu pun lagi hasrat ayahnya tu. Berbunga hati dengar. Mujur tak menitis air mata. Hahaha Over tau jadi mak mak ni .  Buatkan spaghetti carbonara untuk bersahur. Hari pertama puasa, hari Selesa hari bersekol...

Memori Raya PKP (Kali Ke 2)

Hari terakhir Ramadan, masih bekerja dan dapat pelepasan untuk bekerja separuh hari. Masuk kereta terus whastsapp suami minta ke kedai runcit ambil barang-barang yang telah dipesan. Tempah ayam, ikan, kerang dan santan. Tak ada santan tak apa asal ada kelapa parut. Tak menaruh harapan besar, ada ikan dan kerang tapi kebanyakkan bahan-bahan mentah untuk buat laksa sudah dibeli. Kalau ada kerang boleh buat rendang kerang.  Saya pula bergegas ke kedai mencari tomato puri dalam tin, terung dan paling penting, badam yang saya hanguskan malam tadi. Hahaha. Keluar masuk kedai, terung memang tak ada. Tomato puri cuma ada di sebuah kedai sahaja. Giant Mini pun tak ada bahan-bahan yang dicari.  Rupa-rupa kejutan yang lebih teruk, kelapa parut tak ada. Santan jauh sekali. Ah sudah! Terkilan juga. Tak dimaklumkan lebih awal. Bekejar semula ke kedai mencari kelapa parut. Rata pusing sana sini, tak ada bayang pun. Sebelah petang suami pula mencari, tetap tak ada. Kuah kacang hidangan wajib...

Ramadan Kareem

 

Ramadan 1437 Hijri

Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Macam-macam berlaku sepanjang Ramadan kali ini. Ada mengulang cerita yang sama. Tahun-tahun sebelumnya Palestin bermandi darah, tidak ada bezanya pada tahun ini. Pada Ramadan kali ini. Tembak dan bunuh membunuh itu, tidak pernah berhenti. Keadaan ini bahkan berlarutan sepanjang tahun. Cuma tidak jadi perhatian dunia sebagaimana tahun lepas. Apakah anda masih terus memboikot? Merisik khabar melalui cerita-cerita dan gambar-gambar yang dimuatkan daripada saudara-saudara di Palestin melalui facebook, rasa sedih mengigit-gigit.  Keadaan tidak berbeza di Syria atau di Xinjiang. Ya, keadaan di Xinjiang masih sebagaimana sebelumnya. Memang ada yang menafikan. Keadaan di sana nampak tenang tanpa kekecohan. Sekiranya itu yang dipaksakan saban tahun, sudah jadi lali tentunya tetapi ada juga yang mengugahkan kerana umat Islam di China bukan hanya di Xinjiang. Umat Islam di Beijing, Shanghai dan tempat-tempat lain di China, tidak dikenakan sekatan. B...

Palestin Bermandi Darah - Di mana Kalian?

Aidilfitri sangat berbeza sekali, kali ini. Kemeriahannya tak terasa. Bagaimana hati hendak suka, kalau melihat semua derita ini. Palestin terus bermandi darah para syuhadah. Jenazah mangsa MH17 belum dapat disemadikan. Malah usaha mencari masih diteruskan. Mangsa MH370 masih belum ditemukan. Tidak nampak jalan terang dalam usaha pencariannya. Benar, ini semua tidak ada pertalian darah dengan saya tetapi jauh di lubuk hati yang paling dalam, ini adalah kemanusian. Ini memerlukan penglibatan langsung saudara sesama Islam. Pemimpin-pemimpin Islam. Saat Palestin diletupkan, mangsa-mangsa umat Islam lain terus ditindas tanpa belas. Kita bercakap tentang mangsa-mangsa lain di Myanmar, selatan Thailand, Xinjiang China, Iraq, Syria, Mesir, Afghanistan dan tempat-tempat lain. Semua tanpa pembelaan sewajarnya. Pemimpin-pemimpin beragama Islam, kebanyakkannya memeluk tubuh. Berkuasa tetapi berkecuali atau buta mata hati. Terjadinya tragedi seperti ini, tebal rasa ma...

Ramadan di Gaza

Gaza - bumi yang tak putus-putus oleh simbahan darah syuhadah. Ketika dunia sedang dilekakan oleh perebutan sebiji bola bagi menentukan negara manakah yang layak menjulang trofi Piala Dunia 2014, umat Islam di Palestin hebat dibantai. Lebih teruk daripada pasukan Jerman mengaibkan pasukan Brazil. Tidak ada kata yang paling sempurna yang menterjemahkan suasana di sana ketika ini. Benarlah bulan Ramadan ini bulan perjuangan. Peperangan Badar berlaku dalam bulan Ramadan. Perang Khandak berlaku dalam bulan Syawal namun persiapan menggali parit dibuat dalam bulan Ramadan. Konon serangan bertali arus sebagai membalas balik serangan-serangan ke atas Israel oleh Hamas (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Palestinian_rocket_attacks_on_Israel,_2014). Cuba perhatikan kebanyakkannya, menyatakan no injuries were reported atau no injuries or damage were reported . Beza besar bukan. Allah sudah angkat semua rasa peri dalam hati mereka sehingga tidak ada walau sebesar zarah sekalipun...

Rich Choc Pudding

Memang lama sungguh resipi ini ada dalam simpanan tetapi dari sehari ke sehari, tak pernah terlintas pun hendak mencuba. Kebetulan di sini, tempat saya mencari rezeki bercadang hendak buat jamuan. Jeng jeng jeng, waktu itu selongkar punya selongkar terjumpa dengan resipi ini. Ringkas dan mudah tapi sedap! Ini cubaan kali kedua. Pencuci mulut ketika bulan puasa nan silam. Buat banyak-banyak semestinya membazir. Walaupun dapat satu loyang sederhana sahaja tetapi tak terhabis keluarga kecil kami makan. Jadi berikan kepada jiran-jiran untuk elakkan pembaziran. Resipi ini milik Kak Jun Yummylicious! yang dikongsikan dalam laman web popular iaitu My Resipi . Terima kasih Kak Jun. Bahan-bahan : 1/2 cawan serbuk koko (saya guna serbuk coklat) 1 cawan gula 1/2 cawan susu tepung 1/2 sudu teh garam 41/4 cawan air 4 sudu besar tepung jagung 1/2 sudu teh esen vanila 3 sudu besar mentega 1 paket serbuk agar-agar (10 - 11 gram) Cara Membuat : ...

Agar-agar Bandung Jagung

Menu berbuka akan bertukar menjadi sangat ringkas kalau suami tidak berbuka bersama-sama kami anak beranak di rumah. Saya hanya akan masak satu atau dua jenis lauk yang paling senang. Lagi ringkas, saya masak nasi goreng campur ayam, udang, sotong dan sayur-sayur, kemudian buat satu jenis kuih. Kuih pun yang mudah sahaja contohnya, puding atau agar-agar.  Sebolehnya saya akan pastikan ada makanan yang disukai Kak Long dalam menu berbuka yang ringkas itu. Kasihan Kak Long puasa. Alhamdulillah, baru empat hari Kak Long tidak berpuasa. Seperti biasa rengeknya bukan kerana lapar tetapi dahaga. Paling menguji kesabarannya kerana Abang Ngah suka sangat menayang minum susu di depannya. Aduhai Abang Ngah! Sudah ditegah berkali-kalipun, masih juga begitu. Barangkali ada kekeliruan padanya, setiap kali dilarang minum dan makan di hadapan kakaknya. Masa berbuka pula, Abang Ngah yang sibuk mengalahkan Kak Long yang berpuasa. Tak apalah Abang Ngah, tahun depan giliran Abang Ngah bela...

Berada di Ambang Maut

Alhamdulillah, kami sekeluarga terselamat. Saya, suami, ayah dan anak-anak termasuk anak yang saya kandung ketika itu berusia 32 minggu, selamat. Kejadian pada hari Sabtu, Ramadan yang ke 9, 28 Julai 2012 sekitar jam 4:30 petang, di Lebuhraya Utara Selatan. Ini gambar yang dirakamkan adik sejurus selepas kemalangan. Ada banyak gambar tetapi cukuplah sekeping ini buat ingatan abadi di sini. Kronologi: #1 Kami ke UNISEL Bestari Jaya . Adik bongsu melanjutkan pelajaran di sana. Ayah, emak dan dua lagi adik dari Utara. Tidak ada rancangan daripada mereka untuk bermalam di rumah kami kerana ayah tidak mahu melepaskan peluang solat terawih serta tadarus di kampung. Saya sediakan dadih strawberi buat bekal iftar mereka. Sesudah kami solat di Masjid Umar Abdul Aziz UNISEL , keluarga berubah fikiran. Pada mulanya, adik lelaki yang kelainan upaya (OKU) duduk di belakang bersama-sama dengan anak-anak. Tiba di asrama adik bongsu, saya minta adik lelaki bertukar kereta. Bukan apa, p...

Ragam Ibu Hamil: Selera Makan

Mengandung kali ini banyak yang berbeza berbanding sebelumnya. Saya boleh makan walaupun bukan seperti biasa tetapi tidaklah bergantung pada bubur nasi semata-mata sebagaimana sewaktu mengandungkan Kak Long. Tambahan pula sekarang gastrik menyerang jadi banyak kena berpantang. Melainkan teringin sangat-sangat, saya langgar juga pantang. Lepas itu sakit, tanggunglah siapa suruh degil! Tak ada mengidam yang pelik-pelik. Cuma teringin sahaja. Keinginan itu masih boleh bertangguh. Tak pernah lagi tengah-tengah malam bangun sebab teringin hendak makan itu dan ini. Alhamdulillah saya dapat apa yang saya inginkan. Hendak tahu apa? Inilah dia, sos kacang Aminah Hassan . Saya pesan pada kawan-kawan kalau jumpa tolong saya belikan. Alhamdulillah, Anuar jumpa. Ada 2 botol sahaja yang tinggal. Sebotol untuk keluarganya dan sebotol lagi untuk memenuhi keinginan saya. Terima kasih. Saya buat cucur nasi ikan bilis kemudian cicah dengan sos kacang ini. Hmm sedap! Saya pun tak begit...

Xinjiang: Ramadan Yang Dinafikan Untuk Uighur

Ramadan lepas, hak Muslim Uighur di Xinjiang dinafikan. Perkara yang sama berulang lagi. Cuma tidak digembar gemburkan sebagaimana tahun lepas. Sehingga penghujung tahun lepas wilayah ini masih bergolak sama ada dengan kerajaan dan juga bencana alam. Mari sama-sama kita doakan saudara kita di sana dapat mengharungi ujian ini dengan sabar dan redha, amin. Berikut adalah petikan dari Radio Free Asia . China Steps Up Curbs on Muslims 2012-07-23 Authorities in Xinjiang ban public religious activities during the holy month of Ramadan. Chinese authorities in the troubled northwestern region of Xinjiang have imposed curbs on the public observance of the Muslim holy month of Ramadan among the region's Uyghur ethnic minority, an exile group said on Monday. The government, which earlier this month stepped up security around the sensitive anniversary of the 2009 ethnic violence between the Uyghurs and the Han Chinese that killed nearly 200 people, has banned any publ...

Gastrik, Mengandung & Puasa: Jawapan Untuk Zuhalpluto

Salam..saya pn mengalami gastrik yang teruk...lagi la bulan puasa nie...lg teruk...sy dh 4 bln pregnant.tp doktor cuma bg sy mkn gaviscon sahaja.macam ne nk bwt yea.hari nie hari ketiga saya puasa.badan bertambah letih.takde tenaga.help me pls sis.nie anak pertama saya.tak tau dah nk bwt apa.buka puasa pn makan tk byk. on Gastrik: Rawatan Susulan Ini soalan yang saya terima dari entri Gastrik: Rawatan Susulan. Terima kasih Zuhalpluto sebab sudi singgah ke sini. Apa yang boleh saya tolong saya akan cuba. Ini berdasarkan pengalaman semata-mata. Saya mula diserang gastrik yang teruk sejak awal kehamilan lagi. Memang betul doktor-doktor yang saya temui berikan saya ubat yang paling ringan antaranya, gaviscon . Ada juga doktor yang berikan suntikan tetapi sakit itu tidak juga mahu hilang. Ini antara ubat-ubat yang diberikan kepada saya. Apabila kandungan masuk bulan ke 3, saya berjumpa doktor pakar di Unit Gastrologi dan Hepatologi iaitu Dr Chua. Dr Chua minta semu...