Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Sejarah Islam

Ramadan Berdarah

Terlalu banyak tragedi dan semacam satu kemestian pula bagi negara haram I s r a e l dan sekutu kuatnya, Amerika Syarikat, menyerang ketika umat Islam sedang menjalani ibadah di bulan Ramadan. Barangkali dalam benak fikir mereka, bulan Ramadan adalah titik terendah. Tiada tenaga tanpa makan dan minum. Tapi mereka lupa kali pertama umat Islam berperang di bawah pimpinan Rasulullah saw adalah pada bulan Ramadan iaitu Perang Badar. Pada 28 Februari 2026, dalam keghairahan mereka melancarkan serangan pertama dan meraikan gugurnya Ayatollah Ali Khamenei, dunia mengutuk kekejaman mereka. Bukan kerana pembunuhan ke atas Ayatollah Ali Khamenei tetapi meratapi pemergian insan kecil yang tidak berdosa. Sasaran mereka pada waktu pagi ketika persekolahan sedang berlangsung, sangat memilukan. Akhbar Tehran Times telah memaparkan gambar anak-anak cilik yang syahid ketika sedang menuntut ilmu. Tidak dapat berlindung di balik lalang sehelai lagi. US Tomahawk telah dikenalpasti sebagai senjata pemunas ...

Pengalaman Umrah Kali Pertama - Untaian Kenangan

Ini entri tertangguh bertahun lamanya. Namun tetap segar dalam ingatan. Tidak ada kata-kata yang mampu menterjemahkan rasa apabila kali pertama menyaksikan kewujudan Kaabah di hadapan mata. Juraian air mata bergabung dengan segala macam rasa. Sehingga hari ini setiap kali teringat, tubir mata akan basah.  Seisi Keluarga Hasrat yang lama terpendam. Namun kami berazam sebelum menunaikan ibadah haji, kami mahu menunaikan umrah terlebih dahulu. Kami sekeluarga akhirnya menjadi tetamu Yang Maha Esa pada tahun 2022. Alhamdulillah. Kedua orang tua turut serta. Ibu mentua. Seorang kakak ipar yang sedang dalam pemulihan dari serangan angin ahmar berserta arwah suaminya turut berada dalam rombongan keluarga. Biras saya telah kembali ke Rahmatullah pada 4 April 2023 . Sekembalinya dari menunaikan umrah, keadaan kesihatan arwah memburuk. Cuma kesemua orang tua kami telah menunaikan haji. Malah ini merupakan kali kedua, ibu mentua menunaikan umrah. Ini juga umrah kedua bagi biras saya. Jadi kam...

12 Februari - Tarikh Ini

12 Februari 1949 dan 12 Februari 2015, semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman, aamiin. Jasa mereka terlalu besar, ilmu yang mereka kongsikan terlalu banyak semoga kesemua amal mereka menjadi ladang pahala buat mereka di sisiNya, aamiin. Allahyarham Hassan Al-Banna dan Allahyarham Nik Abdul Aziz bin Nik Mat  - Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.  Nama yang baik untuk dikenang.  

Ramadan 1437 Hijri

Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Macam-macam berlaku sepanjang Ramadan kali ini. Ada mengulang cerita yang sama. Tahun-tahun sebelumnya Palestin bermandi darah, tidak ada bezanya pada tahun ini. Pada Ramadan kali ini. Tembak dan bunuh membunuh itu, tidak pernah berhenti. Keadaan ini bahkan berlarutan sepanjang tahun. Cuma tidak jadi perhatian dunia sebagaimana tahun lepas. Apakah anda masih terus memboikot? Merisik khabar melalui cerita-cerita dan gambar-gambar yang dimuatkan daripada saudara-saudara di Palestin melalui facebook, rasa sedih mengigit-gigit.  Keadaan tidak berbeza di Syria atau di Xinjiang. Ya, keadaan di Xinjiang masih sebagaimana sebelumnya. Memang ada yang menafikan. Keadaan di sana nampak tenang tanpa kekecohan. Sekiranya itu yang dipaksakan saban tahun, sudah jadi lali tentunya tetapi ada juga yang mengugahkan kerana umat Islam di China bukan hanya di Xinjiang. Umat Islam di Beijing, Shanghai dan tempat-tempat lain di China, tidak dikenakan sekatan. B...

Palestin Bermandi Darah - Di mana Kalian?

Aidilfitri sangat berbeza sekali, kali ini. Kemeriahannya tak terasa. Bagaimana hati hendak suka, kalau melihat semua derita ini. Palestin terus bermandi darah para syuhadah. Jenazah mangsa MH17 belum dapat disemadikan. Malah usaha mencari masih diteruskan. Mangsa MH370 masih belum ditemukan. Tidak nampak jalan terang dalam usaha pencariannya. Benar, ini semua tidak ada pertalian darah dengan saya tetapi jauh di lubuk hati yang paling dalam, ini adalah kemanusian. Ini memerlukan penglibatan langsung saudara sesama Islam. Pemimpin-pemimpin Islam. Saat Palestin diletupkan, mangsa-mangsa umat Islam lain terus ditindas tanpa belas. Kita bercakap tentang mangsa-mangsa lain di Myanmar, selatan Thailand, Xinjiang China, Iraq, Syria, Mesir, Afghanistan dan tempat-tempat lain. Semua tanpa pembelaan sewajarnya. Pemimpin-pemimpin beragama Islam, kebanyakkannya memeluk tubuh. Berkuasa tetapi berkecuali atau buta mata hati. Terjadinya tragedi seperti ini, tebal rasa ma...

Ramadan di Gaza

Gaza - bumi yang tak putus-putus oleh simbahan darah syuhadah. Ketika dunia sedang dilekakan oleh perebutan sebiji bola bagi menentukan negara manakah yang layak menjulang trofi Piala Dunia 2014, umat Islam di Palestin hebat dibantai. Lebih teruk daripada pasukan Jerman mengaibkan pasukan Brazil. Tidak ada kata yang paling sempurna yang menterjemahkan suasana di sana ketika ini. Benarlah bulan Ramadan ini bulan perjuangan. Peperangan Badar berlaku dalam bulan Ramadan. Perang Khandak berlaku dalam bulan Syawal namun persiapan menggali parit dibuat dalam bulan Ramadan. Konon serangan bertali arus sebagai membalas balik serangan-serangan ke atas Israel oleh Hamas (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Palestinian_rocket_attacks_on_Israel,_2014). Cuba perhatikan kebanyakkannya, menyatakan no injuries were reported atau no injuries or damage were reported . Beza besar bukan. Allah sudah angkat semua rasa peri dalam hati mereka sehingga tidak ada walau sebesar zarah sekalipun...

Sebongkah Batu di Kuala Berang Diharamkan?

Berlegar isu ini di ruang maya, Sebongkah Batu di Kuala Berang akan diharamkan . Mengikut senarai diperoleh The Malaysian Insider, buku yang turut diperakukan untuk diharamkan ialah 1000 Hikmat (Ali Zulfakar), Methodologi Fiqih Islam Kotemporeri (Dr Ir Muhammad Shahrur), 70 Amalan Benteng Diri, Keluarga dan Kediaman Daripada Manusia dan Jin (Sharhan Shafie), Senjata Mukmin (Abu Mazaya Al-Hafiz), Detik-detik Pembongkaran Agama (NurKhalik Ridzuan), 1001 Mutiara Hikmah dan Hikmah dan Kata Nasihat (Kasmuri Selamat MA), Sebongkah Batu Di Kuala Berang (Faisal Tehrani), Commentary and Translation of the Holy Quran (Hasrath Kambam P.M Peer Muhammad Baghavy), Islam, Kemordenan dan Keindonesiaan (Dr Nurcholish Madjid) dan Islam dan Iman: Aturan-aturan Pokok (Dr Ir Muhammad Shahrur). Lain-lain ialah Mengenal Diri: Ilmu Peninggalan Tok Kenali (Mohd Yusof Che Wook), The Teachings of the Quran (H.U. Weltbrecht Stanton), Sabda Rasullah S.A.W: Mahdi Aku Ada Dua Tanda (Mohd Zain Hassan) dan N...

Sultan Alauddin Bukan Sebarang Sultan

Sejarah memang minat saya. Sejak dari usia hijau lagi, sejarah memang bidang yang menyenangkan. Dalam meghayati sejarah kesultanan Melayu Melaka, Sultan Alauddin Riayat Syah memang paling dikagumi. Seperti yang dipelajari sejak di bangku sekolah rendah Sultan Alauddin Riayat Syah adalah sultan berjiwa rakyat. Tambahan pula cara baginda mendekati rakyat, mirip dengan Khulafa Ar-Rasyidin, Khalifah Umar Al-Khatab . Baginda menyamar dan menangkap pencuri di Melaka. Zaman pemerintahannya digambarkan di dalam buku-buku teks sejarah sebagai zaman kegemilangan pemerintahan Islam yang unggul. Undang-undang Islam dilaksanakan. Baginda dikatakan sebagai sultan yang adil. Ya, sebagaimana Khalifah Umar, baginda juga memerintah dalam tempoh yang singkat dan mati dibunuh. Faisal Tehrani menambahkan rasa kagum dan hormat kepada tokoh ini melalui karyanya, Nama Beta Sultan Alauddin . Benar, ini karya fiksyen. Tidak ketahuan ketepatan pengisian faktanya. Namun sejumlah kisah terlindung ini,...

Muharram & The Caravan of Pride - موكب الاباء - Full Movie on aftermath of Karbala ...

Selamat menyambut Maal Hijrah. Amalan membaca doa akhir tahun dan awal tahun sempena menyambut kedatangan bulan Muharram. Salah satu bulan 'haram' (yang dihormati) di dalam Islam. Bulan-bulan yang lain adalah bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab. Umat Islam dilarang pergi berperang dalam bulan-bulan 'haram' ini melainkan mereka diperangi. Amalan berpuasa sunat merupakan antara kemulian di bulan-bulan haram. Umat Islam juga disunatkan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Berpuasa pada 10 Muharram iaitu hari Asyura yang punyai sejarah disebaliknya. Manakala berpuasa pada 9 Muharram adalah bagi membezakan dengan kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram. Mengapa kaum Yahudi berpuasa pada 10 Muharram? Pada 10 Muharram, kaum Yahudi meraikan kemenangan yang diperolehi Nabi Musa AS dan kaum bani Israel dari Firaun. Firaun telah ditelan di dalam laut Merah. Padahal umat Islam lebih berhak ke atas Nabi Musa AS dan sudah tentu sebagaimana diriwayatkan junjungan besar kita, ...

Ekspo Buku Islam dan Penjara Taliban

Sebetulnya Ekspo Buku Islam telah bermula 26 Oktober lepas di KL Sentral Kuala Lumpur. Hanya berpeluang ke sana Sabtu. Tinggalkan permata hati berdua itu dalam jagaan Encik Suami sekejap.  Berkelana dengan LRT sahaja. Mudah dan cepat. Ini antara buku yang berkenan di hati. Sudah khatampun. Kata pengantar dari penerbit, katakan kepada mereka, "Kalau Yvone Ridley yang muallaf mampu melakukannya, kita yang berasal daripada agama Islam yang suci murni ini sejak dilahirkan, lebih mampu lagi untuk mencipta kejayaan dalam perjuangan."   Secara peribadi memang ada rasa malu. Bayangkanlah besar ujian yang diterimanya tetapi beliau bertahan dan tidak pernah mengalah. Bagus di saat-saat seperti ini dapat menguluti karya yang menaikkan semangat diri. Alhamdulillah.

Sebongkah Batu di Kuala Berang

Lagi cerita sejarah dalam bentuk naratif. Kalau Saudara Isa Kamari menggunakan penceritaan dalam bentuk epik, saudara Faisal Tehrani pula mengambil pendekatan lain. Sekumpulan pelajar tahun akhir bersama dengan instutusi pengajian mereka, memfilemkan doku drama tentang sejarah kedatangan Islam di Malaysia. Bermula di Trengganu, di Kuala Berang. Ini dia novel baru Saudara Faisal Tehrani, Sebongkah Batu di Kuala Berang. Pengarangnya sangat teliti. Lihat sahaja senarai rujukannya untuk hasil karya setebal 180 muka surat. Awas juga kerana ada banyak sindiran tajam. Siapa makan cili terasalah bahangnya. Moga dapat dijadikan iktibar. Garapan novel ini seperti impian. Impian menyaksikan lebih banyak karya seni berunsur Islam diketengahkan. Tidak seperti longgokan karya seni yang ada pada masa ini. (Perasan tak, banyak betul cerita-cerita seram sekarang ni... Bosan teramat!) Impian membolehkan karya seni Islam bersaing dengan karya seni Barat. Impian melihat pengikt...