Alhamdulillah. Sebetulnya malam ini adalah malam terakhir saya berpantang 44 hari selepas melahirkan. Alhamdulillah, saya selamat melahirkan putera kami pada 20 September. Awal daripada jangkaan. Pengalaman mengandung dan melahirkan setiap anak itu berbeza. Ada benarnya kata sesetengah orang, semua kesakitan itu bagaikan hilang tatkala menatap wajah mungil si manja. Subhanallah, besarnya rahmat Allah. Indahnya kejadian Allah. Syukur, Alhamdulillah.
Tapak kaki sebesar 2 jari. Pernah dengar? Sekarang sudah lebih daripada itu. Alhamdulillah sedang membesar sebagai johan dengan izin Allah. Mohon sentiasa dalam rahmat dan lindungan Yang Maha Esa sentiasa. Amin.
Comments
Post a Comment