Anak kecil yang belum pun berusia 3 bulan ini, selesema dan batuk. Kasihan betul. Selain kunyit, apalagi ya caranya hendak melegakan si kecil? Tolong, tolong!!!
Kakak, abangnya dulupun, tak kena batuk dan selesema seawal usia begini. Hidungnya memang terpaksa disapu dengan kunyit. Kunyit agen pengering. Nampaknya belum ada hasil yang memuaskan.
Semalam kami ke doktor. doktor beri ubat titis di dalam hidung. Doktor sarankan buat fisio iaitu tepuk belakang bayi bagi keluarkan kahak. Kahak akan keluar sama ada melalui muntah atau najis. Memang saya ada buat. Agaknya usaha saya belum cukup. Kasihan sangat. Tidurnya selalu terganggu oleh batuk dan selesema.
Comments
Post a Comment