Skip to main content

Rich Choc Pudding

Memang lama sungguh resipi ini ada dalam simpanan tetapi dari sehari ke sehari, tak pernah terlintas pun hendak mencuba. Kebetulan di sini, tempat saya mencari rezeki bercadang hendak buat jamuan. Jeng jeng jeng, waktu itu selongkar punya selongkar terjumpa dengan resipi ini. Ringkas dan mudah tapi sedap!


Ini cubaan kali kedua. Pencuci mulut ketika bulan puasa nan silam. Buat banyak-banyak semestinya membazir. Walaupun dapat satu loyang sederhana sahaja tetapi tak terhabis keluarga kecil kami makan. Jadi berikan kepada jiran-jiran untuk elakkan pembaziran.


Resipi ini milik Kak Jun Yummylicious! yang dikongsikan dalam laman web popular iaitu My Resipi. Terima kasih Kak Jun.

Bahan-bahan:

1/2 cawan serbuk koko (saya guna serbuk coklat)
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
41/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar mentega
1 paket serbuk agar-agar (10 - 11 gram)

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan kecuali mentega dan kacau selalu mendidih.

2. Masukkan mentega, kacau hingga pekat.

3. Angkat dan masukkan ke dalam loyang atau acuan yang disukai.


Hmmm baru perasan, kebanyakkan resipi yang dicuba mesti ada unsur-unsur coklat. Hahaha. Usaha menggemukkan badan. Mana ada. Sebenarnya hendak menarik minat anak-anak untuk makan. Kak Long susah sangat hendak makan. Abang Ngah sahajalah yang jadi pembakar semangat emaknya. Banyak juga yang Abang Ngah makan. Si kakak, kalau tak dipelawa pun tak kecil hati. Sikit pun tak kisah. Hmmm. Oh tidak melemahkan semangat saya. Saya akan terus mencuba. Semangat, semangat, semangat.


Itu saya buat ketika bulan puasa. Ini saya buat untuk jamuan rumah terbuka Aidilfitri di sekolah Kak Long dan buah tangan untuk rumah terbuka Aidilfitri Kak Liza, jiran selang sebuah rumah pada Sabtu lepas. Dalam keadaan sarat mengandung begini, saya mencari masakan yang paling mudah untuk saya buat dan tak perlu keluar mencari bahan-bahan lain di kedai. Semua bahan-bahan yang siap ada di rumah sahaja. Saya buat 3 adunan sekaligus. Saya buat juga puding belang. Resipi daripada Kak Jun juga. Alhamdulillah. Tak sia-sia Kak Jun kongsikan ilmu, ramai dapat merasa. Terima kasih banyak-banyak.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu bawa pakaian banyak ke