Alhamdulillah ramadan datang lagi. Selamat berpuasa buat semua.
Hari ini hari ke 2. Kak Long pun dalam percubaan menghabiskan puasa untuk hari yang ke 2. Merengek, menangis bukan sebab lapar tapi sebab dahaga. Kasihan juga melihatnya tapi bila lagi hendak melatih Kak Long berpuasa.
Kami menyambut ramadan di Utara. Malam ini akan bertolak balik ke Ibu Kota. Hmm saya kena melayan kerenah Kak Long seorang diri selepas ini. Harapnya lama-kelamaan Kak Long boleh membiasakan diri.
Comments
Post a Comment