Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Down Syndrome

OKU - Pendidikan Percuma

Sekalung penghargaan.  Pengumuman Perdana Menteri dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026 - 2035, antara lain menyebutkan semua pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) di institut pengajian tinggi awam (IPTA) akan menikmati pendidikan percuma bermula sekarang.  Tahniah anak-anak OKU. Tingkatkan usaha. Teruskan menuntut ilmu. Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) memang tabungan khusus untuk anak yang seorang ini. Memikirkan suatu waktu nanti bagi memastikan kelangsunganya terus mendapatkan pendidikan selepas tamat persekolahan. Pilihan belajar di institut pengajian swasta sudah tentu akan melibatkan sejumlah angka yang besar.  Apatah lagi mata pelajaran bahasa bukan kekuatannya. Bahasa Melayu, khususnya. Pernah jadi pelik apabila mendapati anak-anak Melayu sendiri tidak dapat menguasai pelajaran Bahasa Melayu dengan baik. Disleksia. Ini antara jawabannya. Jadi perlu ada jalan lain yang dipertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran.   Keratan Berita Harian, 20 Janua...

Chosen For This Gift

Sekarang ramai yang memanggil anak istimewa sebagai anak syurga. Bukan semua ibubapa berpeluang memikul amanah, mempunyai anak yang tidak normal. Bagaimanapun semua ibubapa mempunyai anak syurga. Semua anak-anak yang dikurniakan Yang Maha Esa itu asalnya putih bersih. Seumpama dari syurga.  Cuma yang membezakan ada antara anak istimewa kekal istimewa kerana tidak memiliki waima secalit dosa. Status turun dari syurga, kekal selamanya. Tentulah itu hadiah istimewa daripadaNya. Alhamdululillah. Sedang mengutip semangat daripada Barb Felt melalui bukunya tentang anak beliau, Amy Evelyn Felt .  Mari kita baca sama-sama.