Skip to main content

Ulangtahun ke 55

Semalam adalah hari ulangtahun kelahiran wanita yang paling bermakna dalam hidup saya iaitu Emak. Alhamdulillah. Mohon Yang Kuasa merahmati hidup emak, panjangkan usia, murahkan rezeki emak. Amin. Memang tidak pernah membayangkan dan tidak dapat dibayangkan hidup tanpa emak. Emak segalanya dalam hidup. Malah sahabat akrab saya.

Emak pernah menyatakan hasrat ingin ke tempat ini suatu masa dahulu dan saya masih ingat hasrat itu tidak kesampaian. Walaupun tidak pernah emak mengutarakan lagi hasratnya itu, saya rasa ingin merealisasikannya Jadi makan tengah hari kami sekeluarga semalam, di sini: Restoran Pakeeza.




Ops, ini bukan orang tua saya tetapi tidak kurang pentingnya dalam hidup ini dan juga jadi tetamu majlis emak dan kejutan untuk emak.



Restoran Pakeeza menyajikan masakan ala India. Pilihan kami tengah hari itu adalah nasi briyani, kari kepala ikan, ayam masala, daging, sayur campur dan suami yang kurang suka masakan India, memilih udang masam manis. Alhamdulillah, hidangannya sedap dan perkhidmatannya pun cekap dan memuaskan. Memang restoran ini punya kredibiliti tersendiri sejak dulu lagi. Cuma parkir kenderaan mungkin jadi halangan. Adik pun berjaya dapat 'surat cintanya' pada hari itu.

Adik menempah bilik khas untuk majlis emak ini. Lagipun karenah putera puteri saya ini hmmm memang patut pun. Sekalipun tidak semua ahli keluarga kami ada, namun suasana gamat juga. 


Sebetulnya apapun yang kami cuba lakukan tidak akan setimpal dengan apa yang emak telah berikan selama ini. Jasanya. Tidak ada apa di dunia fana mampu menjadi tukaran. Cuma harapnya dapat menggembirakan emak pada hari istimewanya ini.




Ini hadiah istimewa daripada ibu bapa saudara saya sempena hari ulangtahun emak. Beriya Pak Cu saya mengikat reben pada tangkai-tangkai buah durian. Hadiah bercorak kekeluargaan jadi bukan milik mutlak emak. Apapun 'Selamat Ulangtahun, Emak'.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...