Siapa kata filem animasi Papa Zola The Movie untuk kanak-kanak? Bagi yang belum menonton, pergilah. Tak kira berapa pun usia anda kerana inilah cerita untuk anda menyelami jiwa seorang bapa. Filem ini mewakli suara lelaki budiman yang kehilangan suara untuk bercerita. Tenggelam suara di dalam sebak. Tak upaya bercakap kerana kepenatan. Ini cerita lelaki yang mempunyai impian menggunung untuk membawa bahagia buat keluarga. Tanpa memikir lelahnya bekerja. Impian untuk mencuba hadirkan setiap yang dipunyai oleh anak orang lain, mampu dirasai oleh anaknya sendiri. Ini cerita seorang isteri yang setia. Seorang isteri yang berkorban tanpa syarat. Ini cerita seorang anak yang bawa bahagia. Seorang anak yang menerima bahagia itu mengikut cara kita. Ini cerita keluarga. Tunjangnya seorang bapa. Berdedikasi. Cerita yang datang tepat pada masanya. Pada masa begitu ramai pejuang nafkah melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Pada waktu selepas diserang wabak sehingga menga...