Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Autisme

OKU - Pendidikan Percuma

Sekalung penghargaan.  Pengumuman Perdana Menteri dalam Rancangan Pendidikan Negara 2026 - 2035, antara lain menyebutkan semua pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) di institut pengajian tinggi awam (IPTA) akan menikmati pendidikan percuma bermula sekarang.  Tahniah anak-anak OKU. Tingkatkan usaha. Teruskan menuntut ilmu. Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) memang tabungan khusus untuk anak yang seorang ini. Memikirkan suatu waktu nanti bagi memastikan kelangsunganya terus mendapatkan pendidikan selepas tamat persekolahan. Pilihan belajar di institut pengajian swasta sudah tentu akan melibatkan sejumlah angka yang besar.  Apatah lagi mata pelajaran bahasa bukan kekuatannya. Bahasa Melayu, khususnya. Pernah jadi pelik apabila mendapati anak-anak Melayu sendiri tidak dapat menguasai pelajaran Bahasa Melayu dengan baik. Disleksia. Ini antara jawabannya. Jadi perlu ada jalan lain yang dipertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran.   Keratan Berita Harian, 20 Janua...

Autisme - Kerusi Penenang (Oto Hugging Chair)

Berita baik buat autistik, kini ada sebuah kerusi dicipta bagi membantu memberi ketenangan ketika diserang anxiety atau panic attack. Meltdown bagi autistik yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa dan penjaga mereka bukan sesuatu yang mudah.  Tahniah kepada Alexia Audrain  seorang pereka dari Perancis yang telah berjaya mencipta sebuah kerusi penenang untuk penghidap autisme (kecelaruan spektrum autisme). Menurut beliau, kerusi ini dihasilkan bersama dengan autistik, tenaga pengajar serta ahli psikometrik bagi mendapatkan hasil terbaik buat autistik. Walaupun ciptaan ini masih baharu namun diharapkan dapat membantu autistik di luar sana.  Berfungsi seakan dipeluk dengan erat, pengguna yang duduk di atas kerusi seperti berada dalam kepompong dengan dinding yang boleh dirapatkan serta kaki turut diurut untuk memberi ketenangan yang diperlukan. Kerusi ini dikawal menggunakan alat kawalan yang ditetapkan oleh pengguna.  Terima kasih kepada barisan produksi kdrama, Extraord...