Skip to main content

Posts

Showing posts with the label covid 19

Frontliners Netflix

Terlebih dahulu sekalung tahniah kepada seluruh warga produksi kerja "Frontliners". Memang sukar mereka hendak jayakan "Frontliners" ketika wabak sedang bermaharajalela. Hospital penuh. Anggota  kesihatan dan keselamatan negara, sangat sibuk. Ini gambaran ketika negara dalam peringkat awal memerangi COVID 19. Memaparkan liku-liku yang dihadapi sebilangan anggota barisan hadapan dan keluarga mereka. Memang benar ada anggota keselamatan barisan hadapan yang pasang khemah kecil di hadapan laman rumah. Mandi di laman rumah. Realiti yang nampak di hadapan mata, jiran setaman di sini. Memang betul, sukar bagi warga emas memahami dan menerima kenyataan anak cucu tidak dapat pulang ke kampung, menziarah mereka. Bukan anak-anak sahaja yang rimas 'terkurung'. Segenap lapisan umur juga rasa terkonkong. Apa lagi tidak dapat turun mencari nafkah. Ramai yang terkesan dari segi ekonomi dan juga emosi. Kerja tanpa imbuhan. Tak mampu untuk memberi imbuhan. Pengusaha pra seko...

Dijemput Pencipta Untuk Pindah Dunia

Perkhabaran sedih datang bertali arus. Virus Corana COVID 19 Varian Delta telah menjangkiti kalangan orang-orang yang terdekat dengan saya. Terkejut, sayu dan pilu. Variaini menjangkiti walaupun kebanyakkannya telah mendapatkan vaksin selengkapnya. Serangannya sangat cepat dan kejam hingga meragut nyawa. Memang benar ini hanya asbab kepada kematian. Sesungguhnya perjanjian antara kita sebagai hamba dengan Pencipta telah sampai tepat pada masanya. Sedetik tidak terlewat. Pada pagi Isnin kira-kira jam 7:05, 20 September 2021 bersamaan 13 Safar 1443 Hijrah, seorang lagi sahabat menghembuskan nafasnya. Selamat pindah dunia sahabat. Semoga roh Allahyarham Dzafar Dato' Haji Hanifa dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin. *Kenangan Arwah bersama-sama dengan koleksi keris kepunyaannya. 

Pulau Pesakit COVID19, Pulau Bekas Pesakit

Pulau. Pulau pesakit. Pulau bekas pesakit. Pulau keluarga pesakit.  Pernah baca mengenainya. COVID 19 bukan baharu dalam masyarakat. Malah sudah bertukar statusnya kepada endemik kini, memulaukan tindakan yang sangat tidak patut.  Masyarakat kota sering dianggap tidak mengutamakan hidup bermasyarakat. Lebih mengutamakan perihal diri dan keluarga sendiri berbanding masyarakat di kampung yang disifatkan hidup bagai aur dengan tebing. Saling mengambil berat dan mengutamakan semangat kejiranan. Sangat menyedihkan apabila mengetahui ada segelinitr masyarakat di sebuah kampung (yang sampai ke pengetahuan saya) mula memulaukan. Sehingga wujud kumpulan-kumpulan dalam media sosial menghebahkan dengan tujuan untuk menjarakkan diri. Sedangkan tatkala itu keluarga tersebut sedang diuji dengan COVID 19. Ada anggota keluarga yang meninggal dunia. Ketika itulah sokongan yang kuat daripada masyarakat sangat diperlukan. Lebih menyakitkan, keluarga yang telah disahkan sembuh pun turut dipulauka...

Kembali Ke Pangkuan Pencipta

 "Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali" Genap seminggu, arwah adik istimewa kesayangan saya dijemput Illahi kembali ke pangkuanNya. Awal pagi ini, seorang sahabat pula dijemput Yang Maha Esa. Selamat berehat panjang Angah dan Jaja. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi kalian. Sebanyak manapun kami menyayangi kalian, tak terbanding sayangnya Allah terhadap kalian. Hilang sudah segala kesakitan yang kalian tanggung selama hidup di dunia yang fana ini. 

COVID 19 Ujian Yang Berterusan

Dalam minggu yang sama mendengar khabar yang menyedihkan daripada kawan-kawan dari zaman persekolahan dan teman-teman sepejabat.  Jangkitan COVID 19 menyerang sehingga ketahap 5 dan 4. Dalam masa yang sama dikhabarkan sekeluarga dijangkiti selepas seorang demi seorang ketika proses kuarantin di rumah.  Mengenangkan ada diantara mereka itu menghidap penyakit kronik, hati jadi sangat gundah. Walaupun dikhabarkan ada diantara mereka telah lengkap menerima vaksin, hati tetap gundah. Vaksin bukan jaminan. Cuma ikhtiar sahaja.  Tambah pula mengenangkan tentang kesan akibat dijangkiti COVID 19. Hanya doa dan bacaan ayat suci sahaja yang mampu dikirimkan semoga kesemua mereka kembali sihat seperti sedia kala. Tidak kira kepada siapa, kenal atau tidak, di mana sahaja berada, apa sahaja bangsa atau agama semoga semua yang dijangkiti, kembali sihat seperti sedia kala.  Semoga Allah SWT angkat penyakit ini dari muka bumi.  

Bingkisan Buat Yang Tersayang

  Hanya kiriman bingkisan buat pengganti diri. Sebelum sekatan merentas negeri diumumkan penghujung tahun 2020, sempat belikan adik beberapa buah buku. Adik OKU. Suka sangat dengan buku-buku haiwan. Tak tahu membaca atau menulis dengan sempurna. Setakat A,B,C yang dihafal kurang sempurna. Gembira sangat apabila dapat semua buku-buku haiwan ketika melawat kami. Malangnya Emak tak benarkan Adik bawa balik ke kampung buku-buku ini semua. Emak cakap tinggal sahaja. (Adik ada banyak koleksi buku-buku haiwan di rumah). Adik tak puas hati. Pesannya pada saya supaya bawa balik ketika pulang ke kampung. Masalahnya hari demi hari, bulan ke bulan situasi pandemik tidak membaik sebagaimana yang diharapkan. Hari ini kes COVID19 naik semula ke angka 5 ribu ke atas. Menghampiri angka 6 ribu. Jauh sekali nak merentas negeri. Malah PKP semula yang mungkin sambung menyambung. Acap kali di telefon Adik tanya bila nak balik, minta bawa balik buku. Jalan terbaik, kirimkan padanya. Hantar 2 buah dahulu....

Bukan Hanya Kita, Bukan Tentang Kita Semata-mata

Ada orang tak rasa 'gerun' ke dengan pandemik yang sedang 'menyerang' negara kita sekarang ni? Eh adalah... (sila sambung ikut pandangan sendiri ya) Situasi pandemik kian memburuk. Jangkitan disebarkan melalui udara. Pengaliran udara. Awal pandemik, kita cuma diwajibkan memakai pelitup muka terutama di kawasan sesak. Sekarang kita digalakkan pakai pelitup muka berganda.  Kita diberitakan kapasiti kesihatan semakin 'tenat'. Malah  Hospital pintar pakar kanak-kanak yang pertama di negara kita, HPKK UKM telah bertukar menjadi sebuah hospital COVID 19.   Hospital ini baru beroperasi pada tahun 2019 untuk kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.  Penularan dalam komuniti kita tanpa sedar. Tak tahu dapat jangkitan dari mana, daripada siapa? Tapi hidup kita kena diteruskan. 'Berpantang maut sebelum ajal'. Tak kira apa pun kena juga bekerja. Bukan saja-saja ada orang 'membantah' PKP berterusan ini. Kena faham dari 'kasut mereka juga'. Perut kena di...

Penutup Ramadan - Ragam Si Kecil Berpuasa

Sempena Syawal melabuhkan tirainya hari ini. Simpan di sini coretan kenangan Adik menjalani Ramadan. Harapan tinggi melihat anak-anak membesar di hadapan mata namun takdir mungkin bawa cerita yang berbeza. Tahun hadapan, belum tentu berpeluang menyambutnya.  Awal-awal lagi suami beritahu si kecil kena puasa penuh tahun ini. Dengar tu, bangkang tidak setuju pun tidak. Tak cakap apa pun dengan si kecil kecuali beritahu hari Selasa sudah mula puasa. Kena tidur lagi awal dari biasa sebab nak bangun bersahur. Pesanan bukan untuk si kecil je tapi semua anak-anak.  Malam sebelum berpuasa, selepas tarawih si kecil beritahu,  Adik nak puasa je. Adik tak nak tak puasa. Nak tahan. Dalam erti kata lain, si kecil berazam nak puasa penuh. Bukan sebab ayahnya minta pun. Tak beritahu pun lagi hasrat ayahnya tu. Berbunga hati dengar. Mujur tak menitis air mata. Hahaha Over tau jadi mak mak ni .  Buatkan spaghetti carbonara untuk bersahur. Hari pertama puasa, hari Selesa hari bersekol...

Permainan Fakta Bersama Pesakit COVID19

Jangan layan pesakit seperti seorang pesakit. Layan macam orang normal. Pernah dengar? Macam mana nak buat macam tu? Macam mana nak layan macam orang normal?  Terus terang saya pun tak tahu. Saya bereaksi. Tak reti berpura-pura. Nampak melalui muka. Air mata pun cepat tumpah. Tentu saya menjengkelkan pesakit. (Dalam satu kumpulan sokongan pesakit kanser yang saya sertai, mereka menzahirkan rasa kurang senang dengan reaksi pelawat seperti saya) Sebaik tahu seseorang yang dekat dengan saya dijangkiti COVID 19, terus saya menghubunginya. Susah menahan diri dikuasi sebak. Sejak itu saya bataskan diri. Tidak lagi menelefon. Saya hanya hubungi melalui aplikasi Whatsapp . Saya hubungi saban hari cuma bezanya saya buat sesuatu yang lain. Permainan Fakta . Satu hari sekurang-kurangnya 2 soalan. Ada kala sehingga 5 soalan. Bergantung pada keadaan. Beri masa juga kepada sahabat mencari jawapan. Buku-buku ini berikan idea untuk permainan fakta. Soalan-soalan untuk permainan fakta berdasarkan m...

Kek Buah Oren

Rindu Ayah. Kita masih dalam bulan Syawal. Ramdan dan Syawal buat rindu semakin membuak-buak. Apabila terkenangkan orang tua di kampung, selain doa, telefon memasak makanan kesukaan mereka jadi penawar rindu. Saya buat kek oren. Sedekahkan pada jiran-jiran dan cikgu mengaji anak-anak. Sebenarnya saya dapat resepi asal dari internet. Terima kasih daun keladi. Lupa siapa penyumbang resipi. Sekitar bulan Julai 2016. Saya cuba tetapi gagal. Kek itu batat. Saya rasa kerana terlebih sukatan tepung. Resepi asal, sukatan tepung adalah 2 cawan. Oleh sebab saya sudah beli begitu banyak buah oren, saya tekad mencuba resepi ini sekali lagi tetapi saya olah sedikit. Sukatan tepung cuma 1 cawan sahaja.  Alhamdulillah. Hasilnya sangat memuaskan hati. Kek itu sangat disukai oleh orang tua saya. Ayah susah hendak suka sesuatu makanan tetapi jika ayah sudah suka, kita akan seronok melihat ayah menikmatinya. Kek itu habis tak sampai satu hari. Rindu Ayah. Situasi COVID 19  di negara...

COVID 19: Apabila Orang Yang Terdekat Dijangkiti

Awal-awal dulu, cuma berita jangkitan dari negara China. Pasal kelawar. Pasal pasar yang menjual haiwan-haiwan eksotik untuk dimakan. Kemudian jangkitan itu cepat menular sehingga diberitakan tersebar ke negara kita. Baca cerita pengalaman orang-orang yang tak dikenali pun terkena jangkitan COVID 19. Kisah kesembuhan. Kisah kematian. Kisah petugas-petugas barisan hadapan yang tak cukup kakitangan. Tak cukup rehat. Kisah khemah terbang roboh di pukul hujan ribut. Kisah PKPD di kawasan-kawasan tertentu. Kisah ramai yang hilang punca pendapatan. Kisah perniagaan gulung tikar satu demi satu. Kisah persekolahan anak-anak yang haru biru. Kisah pengorbanan guru untuk terus mendidik. Kisah keluarga yang terpisah-pisah. Kisah kematian berhari-hari tanpa disedari. Kisah tekanan mental sehingga hilang nyawa atau yang mengambil nyawa sendiri. Semua itu terasa begitu cepat sekali. Dalam tempoh yang sangat singkat wabak pandemik ini memamah jiwa raga. Dengar dan tengok dari dalam berita arus perdana...

Memori Raya PKP (Kali Ke 2)

Hari terakhir Ramadan, masih bekerja dan dapat pelepasan untuk bekerja separuh hari. Masuk kereta terus whastsapp suami minta ke kedai runcit ambil barang-barang yang telah dipesan. Tempah ayam, ikan, kerang dan santan. Tak ada santan tak apa asal ada kelapa parut. Tak menaruh harapan besar, ada ikan dan kerang tapi kebanyakkan bahan-bahan mentah untuk buat laksa sudah dibeli. Kalau ada kerang boleh buat rendang kerang.  Saya pula bergegas ke kedai mencari tomato puri dalam tin, terung dan paling penting, badam yang saya hanguskan malam tadi. Hahaha. Keluar masuk kedai, terung memang tak ada. Tomato puri cuma ada di sebuah kedai sahaja. Giant Mini pun tak ada bahan-bahan yang dicari.  Rupa-rupa kejutan yang lebih teruk, kelapa parut tak ada. Santan jauh sekali. Ah sudah! Terkilan juga. Tak dimaklumkan lebih awal. Bekejar semula ke kedai mencari kelapa parut. Rata pusing sana sini, tak ada bayang pun. Sebelah petang suami pula mencari, tetap tak ada. Kuah kacang hidangan wajib...

Ketupat Palas Perantau PKP

Kali pertama buat ketupat daun palas dari A - Z sendirian. Selalunya buat dengan Emak. Emak akan betulkan kalau salah cara bungkus. Ada cara menganyamnya. Bukan asal jadi sahaja. Kalau salah anyam, jadi 'ketupat betina'. Kena buka balik, anyam semula sampai jadi 'ketupat jantan'. Orang Utara fahamlah apa yang dimaksudkan dengan 'ketupat jantan' dan 'ketupat betina'. Sebenarnya kalau diikutkan tak ada keperluan mendesak untuk buat ketupat. Pertama, saya dan suami bekerja pada hari Rabu. Senang cerita kami memang tak mohon cuti. Kebiasaannya untuk menyambut hari perayaan kaum yang terlibat dapat pelepasan bekerja separuh hari. Kena simpan cuti. Urusan anak perlukan cuti saya. Lagipun tak dapat nak balik kampung beraya. Dek sebabkan kena bekerja, saya sudah putuskan menu hari raya kami anak beranak yang lebih  mudah untuk disediakan iaitu nasi impit, kuah kacang ayam, nasi minyak, ayam masak mamak dan gulai dalca. Tak ada bantahan. Bagus. Tak payah subuh-su...

Belajar Bersangka Baik

Ramai terkesan dengan wabak corona virus covid-19 kerana perlaksanaan PKP.  Ada banyak liputan baik dari pihak media massa cetak dan elektronik ataupun badan-badan kebajikan dan juga individu perseorangan. Kesusahan hidup, bahkan kemelaratan. Apabila berita atau cerita ini dipaparkan tentu sekali diselitkan dengan temu bual. Hasil temu bual itu ada sesetengahnya mengundang pertikaian yang tidak sedikit. Episod bangau oh bangau pun bermula.  Salah satu yang menjadi buah mulut merupakan sepasang suami isteri warga emas yang melarat. "Mak cik ada anak?" "Ada." "Anak ada tanya khabar?" "Anak dah tiga tahun tak balik. Tak tahu ada di mana" Apa konklusinya? Ibu ayah boleh jaga anak sepuluh orang. Anak seorang tak mampu jaga ibu dan ayah? Boleh.  Boleh jadi tempelakan itu, betul. Tetapi bagaimana jika anak mereka sebenarnya telahpun meninggal dunia? Mustahilkah? Tidak bukan? Rangka manusia ditemui dalam longkang Rangka manusia yang lengkap berpakaian ke...

Puding Roti

Menunaikan permintaan suami. Tttaaadddaaa Ini percubaan pertama menggunakan air fryer. Alhamdulillah. Resipi diambil daripada kumpulan masakan facebook air fryer . Bagus betul kumpulan ini. Banyak kongsikan resipi, petua dan banyak lagi. Namun resipi yang saya ambil ini, perlu diolah kerana air fryer kepunyaan saya kecil sahaja kapasitinya. Tengah masak, bau hangit. Rupanya membukit naik roti ini. Apa lagi keluarkan. Tunggu sejuk, potong dua roti ini dan bakar semula. Akan datang saya cuma perlu gunakan separuh daripada aduanan dalam resipi ini. Resipi Puding Roti Bahan-bahan 8 keping roti 1 tin susu cair 3 biji telur 5 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar mentega Kismis untuk hiasan Cara Membuatnya 1. Sapukan mentega pada loyang. (Saya sapukan pada setiap keping roti). Roti dicarik-carikkan. Bubuh dalam loyang. (Saya selang selikan roti dengan kismis) 2. Satukan susu cair, gula, telur dan esen vanilla. Whisk bahan-bahan ini. 3. Curahkan adu...

Apam Nasi

Sebetulnya sudah beberapa kali berulang ke kedai runcit berdekatan rumah mencari yis segera dan ovalet tetapi hampa. Sudah dua kali suami ke Giant untuk membeli barang keperluan. Pesan suruh belikan. Hampa juga. Bekalan yis segera yang ada di rumah memang tak mencukupi. Ada beberapa jenis kuih berlegar-legar dalam kepala. Kesudahannya saya pilih buat apam nasi. Menyelamatkan lebihan nasi yang agak banyak daripada terbuang. Ramai orang buat kuih muih sepanjang PKP ini. Ramai yang mengeluh kerana asyik ke dapur menyediakan hidangan. Ramai juga memilih untuk berpuasa. Kami pun berpuasa juga. Mengambil peluang sempena 'paksaan bercuti ini'.  PKP buat kedua orang tua semakin resah gelisah. Tidak pernah keduanya selama ini berpergian jauh meninggalkan rumah. Melainkan ya, ketika mengerjakan haji beberapa tahun lalu. Namun itu merupakan sesuatu yang sangat berbeza. Itu perkara yang menggembirakan. Sedangkan PKP aah terlalu banyak yang mengganggu di minda. Kakak ayah dim...

Covid 19 Pelajaran Apa Yang Kita Kutip?

Virus ini tak kenal agama, bangsa, negara, umur, pangkat, darjat atau kerjaya. Pukul rata semua. Ada bayi baharu menjenguk dunia mendapat jangkitan. Ada kerabat diraja dijemput pergi selamanya. Ada pemimpin dunia sedang berjuang melawan maut. Orang-orang ternama. Orang-orang di sekitar yang kita kenali. Ada yang tidak pernah kita kenali tapi sama kita tangisi. Melihat ambulan datang menjemput  mereka pergi. Melihat pengkebumian yang tidak pernah dijangkakan sebegitu adanya.   Ketika kes positif bertambah setiap hari dalam jumlah yang banyak sehingga mencecah 233 kes. Gundahnya rasa hati. Walaupun kini pertambahan kes di negara kita, tidak mencanak naik. Bilangan yang pulih semakin ramai. Alhamdulillah tetapi masih bukan tiket untuk berlapang dada. Tidak juga rasa lega kerana seluruh dunia berperang melawan musuh yang tidak kelihatan. Semalam diumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung lagi. Pertambahan 14 hari lagi. Emosi sudah mula berkecam...

Agar-agar Santan Kotak

Puasa. Itu pilihan saya melalui hari-hari selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Itu lebih baik. Tekak rasa teringin hend ak makan masakan manis dan sejuk untuk berbuka. Belek-belek resipi, akhirnya pilih buat agar-agar santan.  Apapun pilihan, kena ambil kira bahan-bahan untuk membuatnya. Sebaik-baiknya guna bahan-bahan yang sudah sedia ada di rumah. Penting juga guna bahan-bahan itu secara minimum sahaja. Misalnya, telur. Saya tak nak gunakan resipi yang gunakan banyak telur. Telur ini kegemaran keluarga. Jadi saya kena gunakan telur secara berhemah. Saya memang cari resipi menggunakan santan kotak. Mana nak dapat kelapa parut atau santan asli dalam PKP ini. Keluar ke kedai. Semata-mata sebab santan. Tak apalah. Pakai sahaja santan kotak. Saya gunakan resipi Naz@ovenkecil. Terima kasih. Agar-agar Santan Kotak Bahan-bahannya: 1 paket serbuk agar-agar 10 gram 1 liter air (4 cawan) 200 gm gula pasir (anggaran 1 cawan) 1 kotak santan (saya guna sant...