Siapa peminat MasterChef Australia mesti kenal Matt Preston . Kalau hendak dibandingkan, saya lebih suka menghadap episod MasterChef Australia daripada tengok MasterChef Malaysia atau MasterChef USA . Junior MasterChef Australia pun bagi saya, menyeronokkan. Seronok sebab cara pertandingan itu dikendalikan dan tidak ada banyak adegan-adegan pergaduhan dan kata mengata antara satu sama lain yang melampau. Lumrah kalau ada yang tidak puas hati atau kecewa. Al maklum kita manusia biasa tapi masih terkawal. Apa-apapun terpulang pada citarasa masing-masing. Saya cuba buat kek pisang Matt Preston sebab resepinya nampak mudah untuk dibuat. Saya memang cari yang senang dan ringkas sahaja untuk dicuba. Percubaan pertama yang tidak mengecewakan. Alhamdulillah. Kek ini saya bawa sebagai buah tangan. Nampak gebu. Ada juga hasil menghadap televisyen. Menambah koleksi resepi kek pisang yang ada dalam simpanan. Hero cilik yang seorang tu memang suka makan kek pisang. Cuma saya tak kua...