Skip to main content

Agar-agar Bandung Jagung

Menu berbuka akan bertukar menjadi sangat ringkas kalau suami tidak berbuka bersama-sama kami anak beranak di rumah. Saya hanya akan masak satu atau dua jenis lauk yang paling senang. Lagi ringkas, saya masak nasi goreng campur ayam, udang, sotong dan sayur-sayur, kemudian buat satu jenis kuih. Kuih pun yang mudah sahaja contohnya, puding atau agar-agar. 

Sebolehnya saya akan pastikan ada makanan yang disukai Kak Long dalam menu berbuka yang ringkas itu. Kasihan Kak Long puasa. Alhamdulillah, baru empat hari Kak Long tidak berpuasa. Seperti biasa rengeknya bukan kerana lapar tetapi dahaga. Paling menguji kesabarannya kerana Abang Ngah suka sangat menayang minum susu di depannya. Aduhai Abang Ngah! Sudah ditegah berkali-kalipun, masih juga begitu. Barangkali ada kekeliruan padanya, setiap kali dilarang minum dan makan di hadapan kakaknya. Masa berbuka pula, Abang Ngah yang sibuk mengalahkan Kak Long yang berpuasa. Tak apalah Abang Ngah, tahun depan giliran Abang Ngah belajar berpuasa. Dapat sehari dua untuk permulaan pun jadilahkan.


Agar-agar Bandung Jagung

Bahannya

1 paket agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula
1 cawan susu segar
1 cawan jagung
2-3 titik pewarna merah

Cara Membuatnya

Agar-agar dibasuh dan ditoskan. Kemudian masak dengan air.

Setelah agar-agar hancur, masukkan gula. Masak hingga gula larut.

Masukkan susu segar, jagung dan pewarna merah.

Kacau hingga sebati. Tutup air setelah agar-agar mendidih. Tuang agar-agar dalam acuan dan sedia untuk disejukkan.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...