Salam..saya pn mengalami gastrik yang teruk...lagi la bulan puasa nie...lg teruk...sy dh 4 bln pregnant.tp doktor cuma bg sy mkn gaviscon sahaja.macam ne nk bwt yea.hari nie hari ketiga saya puasa.badan bertambah letih.takde tenaga.help me pls sis.nie anak pertama saya.tak tau dah nk bwt apa.buka puasa pn makan tk byk. on Gastrik: Rawatan Susulan
Ini soalan yang saya terima dari entri Gastrik: Rawatan Susulan. Terima kasih Zuhalpluto sebab sudi singgah ke sini. Apa yang boleh saya tolong saya akan cuba. Ini berdasarkan pengalaman semata-mata.
Saya mula diserang gastrik yang teruk sejak awal kehamilan lagi. Memang betul doktor-doktor yang saya temui berikan saya ubat yang paling ringan antaranya, gaviscon. Ada juga doktor yang berikan suntikan tetapi sakit itu tidak juga mahu hilang. Ini antara ubat-ubat yang diberikan kepada saya.
Apabila kandungan masuk bulan ke 3, saya berjumpa doktor pakar di Unit Gastrologi dan Hepatologi iaitu Dr Chua. Dr Chua minta semua jenis ubat yang pernah diberikan kepada saya. Ada antara ubat itu yang diambil semula oleh Dr. Chua kerana hanya baik untuk saya tetapi tidak untuk bayi dalam kandungan. Inilah kepentingan bagi kita merujuk kepada doktor pakar kerana beliau lebih arif. Saranan saya untuk Zuhalpluto, pergi dapatkan rawatan daripada doktor pakar. Doktor pakar akan buat ujian bagi menentukan sejauh mana teruknya penyakit kita.
Untuk kes saya, tarikh dari satu temujanji kepada satu temujanji yang lain memang memakan masa kerana saya dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Saya menjalani ujian UBiT yang mengkehendaki saya berpuasa selama 6 jam sebelum ujian dibuat. Alhamdulillah hasil ujian itu negetif. Ujian ini mudah sahaja dan tidak menyakitkan sama sekali. Ikut sahaja arahan daripada jururawat, tidak sampai 15 minit boleh selesai. Keputusan ujian darah dan air kencing juga negetif. Sebetulnya, walaupun mengandung kita dibolehkan untuk membuat ujian endoskopi iaitu masukkan kamera ke dalam perut. Tetapi dalam kes saya yang mengalami keguguran berulang kali, Dr. Chua tidak mahu mengambil risiko. Saya hanya akan menjalani prosedur endoskopi selepas melahir dan menyusukan bayi kelak. Pengalaman saya mungkin berbeza dengan Zuhalpluto.
Puasa, mengandung dan gastrik. Doktor memang tidak galakkan saya berpuasa. Saya serah pada Allah SWT sahaja, mohon dipermudahkan. Sebelum masuk Ramadan, saya cuba berpuasa sehari atau dua hari dalam seminggu. Berlatih. Semasa bersahur saya makan ubat magnesium trisilicate mixture itu. Bersahur pun penghujung-penghujung waktu imsak. Tak mampu saya berbuka. Saya harap Zuhalpluto tidak membahayakan diri untuk berpuasa kalau memang sudah tak mampu. Saya faham kita rasa rugi sebab kalau tak berpuasapun kita bukan makan banyak sebab gastrik. Pada hari-hari biasa saya memang ikut saranan doktor untuk makan dalam kuantiti sedikit tetapi mesti kerap. Hasilnya berat badan naik mencanak tetapi ada perubahan gastrik tidak menyerang setiap hari sekarang. Semasa berbuka saya cuba makan sedikit dulu, buat hal-hal lain macam solat, layan anak-anak sebelum makan nasi atau makanan berat yang lain. Setakat ini, Alhamdulillah masih boleh bertahan untuk berpuasa.
Salah seorang doktor yang jumpa, menyarankan saya ambil yogurt dan minum minuman yogurt. Sampai satu tahap rasa hendak muntah. Itu yang tukar-tukar resipi sebab jemu sangat tapi sakit kena berubat. Alhamdulillah sebenarnya memang bagus walaupun gastrik tidak hilang sepenuhnya. Cubalah minum Bliss atau apa-apa jenama minuman yogurt yang lain. Setiap hari doktor sarankan saya ambil roti kosong yang dibakar. Mulanya saya tak suka sebab pada saya bau hangit. Biasalah orang mengandung, banyak ragam. Kata doktor ianya semacam arang yang bagus bertindak balas dengan asid di dalam perut. Makanlah sampai rasa muak. Saya amalkan juga makan buah kurma dan kismis. Kurma bagus untuk tambah tenaga. Kismis walaupun ada rasa masam tetapi tidak memudaratkan. Jangan ambil buah-buahan yang masam seperti buah epal hijau kerana akan membuatkan asid dalm perut menjadi semakin banyak. Buah epal hijau saya gantikan dengan buah epal merah dan jadikan jus. Ada resipi untuk jus dalam blog ini, bolehlah cuba untuk elakkan rasa jemu. Minum berkafein memang saya elakkan sepanjang mengandung kali ini. Saya suka makan pedas-pedas tetapi sudah sakit begini kenalah berpantang. Saya cuma ambil makanan yang berangin dalam kuantiti yang sedikit. Kata orang, takat rasa.
Saya kongsikan resipi lassi mangga yang menggunakan yogurt.
Lassi Mangga
Bahan-bahan:
1 biji buah mangga
1 cawan (200 ml) yogurt asli
2 gelas air kosongSedikit susu pekat atau madu
Cara Membuatnya
Buah mangga dikupas dan diambil isinya. Campurkan semua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga halus. Sedia untuk dinikmati. Tambahkan ketulan ais jika suka.
Saya harap perkongsian yang sedikit ini mampu membantu. Semoga kita sama-sama dapat mengatasi ujian ini, amin.
salam puan, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman gastrik ketika hamil. sy juga mengidap gastrik teruk sekarang dan sedang hamil 2 bulan. saya telah cuba berjumpa beberapa org doktor namun ubat yang diberikan sgt mild dan tdak begitu berkesan. bagaimana puan mendapatkan temujanji dgn doktor pakar? adakah melalui referral dari klinik kesihatan kerajaan?
ReplyDeleteSalam Newrule827,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah di sini. Saya dapatkan rawatan di klinik swasta sebelum doktor buat surat rujukan ke hospital. Suami bawa surat itu kepada kawannya dengan harapan saya tak perlu que panjang untuk temujanji doktor pakar. Sebenarnya tak ada pengecualian pun. Saya menunggu 4 bulan sebelum dapat temujanji pertama dengan doktor pakar. Kelebihannya doktor pakar akan tentukan ujian apa yang paling selamat untuk kita, ibu mengandung bagi memastikan sejauhmana teruknya gastrik kita itu.
Sepekara lagi ubat-ubat yang diberikan oleh doktor pakar sama sahaja dengan yang diberikan oleh doktor di klinik. Ubat yang paling ringan kerana takut membahayakan kandungan. Semoga kita sama-sama sembuh daripada penyakit ini, amin.
salam, terima kasih sebab share pengalaman ya. Saya juga mengalami gastrik yang teruk semasa mengandung. Dari 8 minggu kehamilan. Baru-baru ni Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan puasa selama sebulan, tapi Allah je yang tahu bagaimana keadaan saya waktu tu.
ReplyDeleteSekarang Gastrik masih lagi teruk, mmg tak makan apa-apa ubat gastrik. Cuma minum susu kambing dan buah kurma. (Ni pun baru jer google kat internet)/ Alhamdulillah sedikit berkesan. Baru cuba dalam beberapa hari, rasa mual dan gastrik macam beransur hilang. Harap-harap akn terus hilang. Memang sengsara pregnant kena gastrik ni. Selama mengandung anak sulung dan kedua tak pernah rasa macam ni. Semoga tips tak bernilai ni boleh membantu kita. saya baru 14 minggu skrg. :)
admin...sy sangat2 sedih skg ni sb sy dh mnjalani endoskopi semasa pregnant...mslahnye sy xtau yg sy
ReplyDeletepregnant mse tu.....ubt bius dn ubt tidur tu xde ape2 effect kn...nk jmpe doc tp arini ahad...tutup...gelisah..tkut..sedih sy...
admin...sy sangat2 sedih skg ni sb sy dh mnjalani endoskopi semasa pregnant...mslahnye sy xtau yg sy
ReplyDeletepregnant mse tu.....ubt bius dn ubt tidur tu xde ape2 effect kn...nk jmpe doc tp arini ahad...tutup...gelisah..tkut..sedih sy...
terima kasih puan di atas perkongsian menarik
ReplyDelete