Sudah sampai masa buat Kak Long meninggalkan pra sekolah yang menyeronokkan. Semalam 14 Disember, hari terakhir buatnya. Jamuan perpisahan dianjurkan di sekolahnya. Saya buatkan coklat oreo atas permintaannya untuk rakan sekelas dan sebaya (enam tahun) dengannya.
Saya buatkan juga coklat pralin untuk tenaga pengajar, Uncle Muin dan pembantu di sekolahnya sebagai tanda penghargaan kami sepanjang Kak Long bersekolah di sana. 4 coklat pralin yang berbeza iaitu coklat mentega kacang, coklat gajus perisa oren dan kopi dan coklat gajus.
Tidak ada tanda-tanda kesedihan sebaliknya Kak Long tetap bergembira pada hari terakhir bersama dengan kawan-kawan dan guru-guru. Mulutnya tetap riang berceloteh tentang kegembirannya menghadiri jamuan itu. Saya pula yang berdebar menunggu tiba harinya Kak Long melangkah ke alam persekolahan sebenar yang tidak sampaipun sebulan lagi.
Comments
Post a Comment