Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2024

Jang Nara - Biopolar dan My Happy Ending

Jang Nara kembali. My Happy Ending . 16 episod. Sekali lagi Jang Nara tidak menghampakan. Ketua eksekutif, Seo yang pada mata kasar masyarakat seorang yang berjaya dan bahagia. Punya suami yang mencintai. Ayah walaupun cuma ayah tiri tetapi sangat penyayang. Miliki seorang anak perempuan yang comel. Dikelilingi pekerja yang kreatif dan rajin serta mempunyai seorang kawan yang setia. Berkawan dari zaman persekolahan. Namun bukan semua berjalan lancar sebagaimana pada dasarnya. Ada lapis-lapis yang mengejutkan. Ada yang melukakan dan ada rahsia disebalik rahsia tersembunyi. Sebetulnya tema rumah tangga runtuh kerana diganggu sudah terlalu banyak dihasilkan. Bezanya mungkin plot. Mungkin pelakon. Jujurnya kalau bukan kerana Jang Nara, sudah tentu tak diendahkan. Berbanding VIP, Jang Nara tampil dengan watak seorang isteri yang lebih menagih pengertian suami. Seorang isteri dengan derita jiwa yang berat. Menyimpan rahsia menghidap biopolar. Betapa sukar melihatnya bangkit melawan dan berta

Progeria - Love Like the Falling Petals

Pernah dengar tentang penyakit, progeria?  Sindrom Benjamin Button ?  Sindrom  hutchinson-gilford ?  Tak pernah?  Tak pernah? Tak pernah itu mungkin sebab kita tak biasa dengan istilah perubatan.  Progeria merupakan salah satu daripada penyakit jarang jumpa. Penghidap penyakit ini akan menjadi lebih tua daripada usia yang sebenar. Ooohhh. Pernah dengar kan.  Bukan menjadi tua sedikit tetapi bertukar menjadi terlalu tua dalam jangka masa yang sangat singkat. Penyakit ini dikatakan berlaku pada satu daripada 4 juta kelahiran. Barangkali ada yang tahu sedikit sebanyak mengenai penyakit ini daripada bintang YouTube, mendiang Adalia Rose .  Filem Jepun,  Love Like the Falling Petals  mengisahkan tentang seorang gadis yang menghidap progeria. Filem yang diadaptasi daripada novel, Sakura no Yona Boku no Koibito karya  Keisuke Uyama .  Hidup Ini Ladang Ujian Kisah bermula dengan Haruto yang diam-diam jatuh cinta pandang pertama dengan seorang pendandan rambut bernama Misaki. Haruto merupakan