Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Moon Lovers

Tahniah Pemenang Anugerah K-drama 2016

Lambat lagi. Tapi tak apa biar lambat daripada tak ada langsung. Tahniah untuk semua warga kerja K-drama. Oh ya saya juga tonton K-movie. Train to Busan dan Like for Likes . Tahniah juga untuk semua. Ada hiburan. Ada ilmu juga yang kalian selitkan. Romantic Doctor, Teacher Kim , Bagi saya ini K-drama terbaik untuk 2016 (Antara drama-drama yang saya tengok. Ada banyak sangat drama, bukan semua saya tengok pun). Memang berdebar tengok pembedahan jantung tiruan tu. Antara drama-drama doktor Korea, Doctors , Romantic Doctor Teacher Kim, YongPal dan Doctor Strangers . Ini drama doktor terbaik yang pernah saya tonton.Walaupun saya adalah peminat Kim Rae Won yang melakokan watak doktor dalam K-drama Doctors , saya memilih Romantic Doctor, Teacher Kim kerana jalan ceritanya. Bukan mengatakan Kim Rae Won tidak melakonkan wataknya dengan baik tetapi mungkin kerana saya pernah melihat beliau melakonkan watak yang jauh lebih mencabar. Kim Rae Won kalau melakonkan adegan romantik memang...

Six Flying Dragons vs Moon Lovers Scarlet Heart Ryeo

Putera Wang So @ King Gwangjong dari Dinasti Goryeo atau Lee Bang Won Putera Jeongan @ King Taejong dari Dinasti Joseon. Siapa yang lebih kejam? Tidak begitu arif sejarah Korea namun dikatakan kedua-duanya mengambil nyawa adik beradik dan saudara masing-masing untuk menduduki singgahsana. Sementelah pada zaman itu, mata pedang memainkan peranan besar. Bagi mempertahan diri, memerlukan kuasa. Begitu juga untuk menuntut keadilan dan mempertaruh nyawa - dengan saling membunuh.   "Hanya seorang putera sahaja yang boleh mendiami istana. Putera itulah bakal menjadi Raja" "Bukankah dari awal perancangan guru, sememangnya tidak ada tempat untuk Beta?" Ini punca kedua mereka berubah. Tidak dapat tidak membandingkan, Wang So lakonan Lee Joon Gi dengan Yoo Ah In yang beraksi sebagai Lee Bang Won. Memang menarik lakonan kedua aktor ini. Lirik mata, riak wajah dan penghayatan watak mereka. Ternyata topeng yang menutupi hampir separuh wajah bukan masala...