Sekejap benar tempoh 90 hari ini rasanya. Khamis ini akan kembali bertugas. Rasa berat benar hati meninggalkan si kecil dalam jagaan orang lain. Sementelah pula hidungnya berair dan batuk pula. Apakan daya, suka atau tidak saya perlu kembali.
Sekarang memang masanya membuat persiapan untuk kembali. Inilah hero persiapan. Ini jugalah yang akan saya usung ke sana sini sepanjang berjauhan dengan si kecil. Harapnya hero yang banyak berjasa sejak 2008, akan sedia kembali berkhidmat. Hampir dua tahun juga berehat. Insya Allah setidak-tidaknya untuk tempoh dua tahun lagi.
Comments
Post a Comment