Skip to main content

Agar-agar Neslo

Hajat hati hendak pergi memenuhi undangan kenduri Anuar. Lama sungguh tak berjumpa dengan Kak Zana, isterinya tapi tak kesampaian. Maaf ye Nuar. Ada halangan lain. Biasalah kereta itu baru keluar bengkel. Lama dia sakit. Itupun mujur boleh sembuh. Kebetulan pula Afikah dan kawannya datang. Ada urusan yang belum selesai. Mujur jugalah kami tak ke Klang semalam. Kalau tidak tertangguh lagi urusan dengan Afikah. Sekarang semua sudah selesai. Alhamdulillah.

Teringin pula hendak makan agar-agar tapi kalau boleh hendak buat agar-agar yang senang dan ringkas sahaja. Anak kecil tak begitu sihat jadi tak boleh buat yang susah-susah. Alahai Adik.

Resepi ini saya dapat dari laman web MaSaK-MaSaK. Nama resepinya, Agar-agar Milo tapi saya tukar namanya selepas saya buat dan makan. Pandai-pandai je. Abang Ngah suka. Seperti biasa Kak Long makan sikit. Dapat juga menjamu Afikah dan kawannya.



Bahan-bahan
3 senduk milo - saya kurangkan kepada 21/2 senduk
1 sudu besar nescafe
1 senduk susu pekat - saya kurangkan kepada 1/2 senduk
250ml air panas
2 senduk gula - saya kurangkan kepada 11/2 senduk 
10 gm agar-agar tali - saya guna agar-agar serbuk
750ml air

1.  Bancuh milo, nescafe, susu pekat dengan air panas.
2. Sementara itu dalam bekas yang lain, didihkan agar-agar dengan air.
3. Kemudian masukkan bancuhan neslo ke dalam agar-agar. Kacau sebati.
4. Tutup air dan masukkan agar-agar ke dalam acuan yang disukai. Sejukkan sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

Mudah, ringkas dan sedap. Cubalah.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Pertarungan Atlet Muay Thai Malaysia di ONE Championship & RWS

Lima orang atlet Malaysia akan bertarung pada hujung minggu ini di Thailand. Semoga bendera Malaysia, bakal berkibar megah. Selamat maju jaya Johan Jojo Ghazali, Wan Muhammad Sabri Wan Zuki, Adam Rakib, Elias Ghazali dan Mikhail Miki Ghazali. Jojo, Adam dan Sabri akan bertarung pada 6 Februari 2026 di Stadium Lumpinee, Bangkok. Alif Rakib akan masuk gelanggang menentang Prajanchai bagi merebut tali pinggang kejuaraan. Semua mengharapkan ayam tambatan Malaysia mampu mengulang sejarah, menang bergaya. Semoga semua atlet negara yang bertanding akan mengulangi kejayaan sebagaimana yang dicipta oleh Rifdean Masdor pada 16 Januari 2026 yang lalu. Kita juga harapkan lebih ramai wakil negara akan memenangi kontrak beradu di ONE Championship. Suka dengan semangat atlet Muay Thai kita.  Kalau sebelumnya negara terkenal dengan adik beradik Sidek dalam Badminton. Kita ada adik beradik Yoong Hanifah dalam Luncur Air. Ada trio adik beradik Wan dalam Permotoran. Negara bangga dengan pencapai...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...