Skip to main content

Mencuci Sawang

Lama bersawang blog ini. Bukan kering idea menulis tetapi penyakit 'M' hinggap dan mencipta alasan ketiadaan masa. Hmmm

Genjatan senjata. Benarkah? Lama mana bertahan? Setelah beratus jiwa terkorban tanpa mengira bayi mahupun warga tua. Bahkan tanpa hati dan perasaan, masih berani memberi ancaman. Ya, kerana memikir mereka hebat dan kuat. Sedang mereka sebenarnya hambaNya juga. Sedang diuji dengan kesenangan. Ya Allah, aku bermohon hapuskanlah penderitaan saudara-saudaraku di Palestin. Doa mereka, orang-orang teranaiya pasti dikabulNya. Allah berfirman, tidak ada ujian melainkan yang mampu dilalui hambaNya. Tabah benar mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Sebentar tadi, dalam rancangan Dr Fadzilah Selami Jiwa, saudara Hairuman muncul. Anak muda malang yang berusaha mencari rezeki tetapi ditimpa musibah hebat. Mangsa renjatan elektrik. Masih ingatkah anda?Lelaki tabah itu muncul dengan kaki dan tangan palsu. Subhanallah. Benar-benar kuat jiwa anak muda ini menerima takdir Ilahi. Benarlah setiap ujianNya untuk hambaNya, sesuai dengan kemampuan hambaNya.

Media galak sekali mengulas tentang tumbangnya Harimau Malaya dibaham Singa Selatan. Saya tidak begitu menonton kerana bayi demam dan meragam. Namun beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini, tidak saya lepaskan peluang menonton. Demikianlah adat dunia. Hilang sudah sanjungan dan pujian. Benarlah hidup ini umpama roda yang berpusing. Bukan hendak membela. Memang ada benarnya kritikan yang dilemparkan. Paling dikesalkan adab dan bahasa yang tidak dijaga. Saya anak watan mana mungkin tidak kecewa. Tetapi menghamburkan caci maki tidak mengubah keputusan perlawanan. Bola itu bulat. Adat bertanding ada kalah ada menang. Harapnya Harimau Malaya bangkit, mengaum dan tunjukkan taring. Bahamlah Garuda erkkk Laos apa ya?! Tak kisahlah janji mesti mau menang. Kalau tidak, hadaplah.    

Alamak lewat sangat dah. Selamat malam.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...