Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Mengandung

Dalam Lapis-lapis Kenangan

Hampir setiap hari ada berita kemalangan. Kemalangan jalan raya. Kemalangan jiwa. Tambahan pula dalam keadaan sekarang, banyak benar kemalangan jiwa. Cuma berita kemalangan itu semua tidak ada pun menerbitkan rasa ingin tahu lebih lagi. Berlainan benar dengan berita kemalangan ini. Walaupun sudah lebih seminggu kemalangan berlaku. Hari pertama membaca berita ini dengan komen-komen daripada saksi-saksi kejadian, buat rasa ingin tahu menebal. Ada saksi berkongsi tentang arwah di media sosial. Ada yang berkongsi saat menyaksikan kemalangan di depan mata. Ada yang berkongsi momen mengeluarkan arwah dari kereta. Paling menyedihkan momen saksi tentang tangan salah seorang penumpang yang terputus. Media pun mula kongsikan juga. Malah media gunakan gambar arwah dari media sosialnya. Ya, zaman sekarang siapa yang tak punya media sosial kan. Sementelah pula medium media sosial arwah untuk tatapan umum.  Arwah menunjukkan bakatnya melalui media sosial. Berkongsi tentang hasil kerja-kerjanya. ...

Andartu, Masalah Kesuburan - Oh My Baby

Ianya cliche Apabila belum kahwin, orang akan tanya bila nak kahwin? Apabila belum punya anak, orang akan tanya bila nak ada anak? Apabila sudah punya anak, orang tanya bila nak tambah bilangan anak? kalau tak ada anak lelaki, bila nak dapatkan anak lelaki? kalau tak ada anak perempuan, bila nak dapatkan anak perempuan? (serupa macam jantina anak itu boleh dipilih-pilih) Apabila anak sudah bersekolah, sibuk bertanya keputusan peperiksaan anak? berapa banyak kaut A? Apabila anak semakin besar soalannya, anak sambung belajar ke mana?  kalau tak sambung belajar, kenapa? anak ambil jurusan apa?  anak sudah kerja? kerja apa? kalau belum bekerja, kenapa? anak sudah ada teman hidup atau tidak?  bila nak bermenantu? bila nak bercucu? Orang kata zaman berubah, orang sudah tidak kisahkan hal-hal begini lagi. Hidup yang utamakan kerja lebih daripada membina hidup berkeluarga. Ya ke? Tidak juga sebenarnya.  Oh My Baby menyorot isu sensitif ini, anak gadis lanjut usia masih belu...

Larut Dalam Kesedihan - Kehilangan Anak

Hanya yang mengalami dapat memahami. Betapa sakitnya rasa. Salahkah seorang ibu larut dalam kesedihan, kehilangan anaknya? Jang Nara - VIP (episod 11 (23) & 12 (24)) I feel your pain,  Na Jung Sun Seorang ibu apabila mengandung sedang membawa di dalam rahimnya nyawa seseorang atau lebih. Ada harapan yang digantung. Ada impian yang di bawa bersama-sama dengan kandungan itu. Namun tolong beritahu, hati manakah yang tak luluh, sebelum sempat mengucapkan selamat datang terpaksa lafazkan selamat jalan ? Sakit kerana melahirkan, hilang dengan adanya bayi di sisi. Dapatkah rasakan betapa sakitnya menanggung sakit tetapi tidak ada bayi di sisi? Sakit itu tetap sama tidak kira berapa kalipun kehilangan itu berlaku. Walau anak itu duduk dalam rahim 5 minggu, 10 minggu atau 4 bulan atau 6 bulan. Sakit. Sangat sakit sehinggakan hati menangis melihat kegembiraan pasangan lain menyambut 'orang baru'. Dalam hati mencongak-congak sendiri, meneka-neka sendiri. ...

Rich Choc Pudding

Memang lama sungguh resipi ini ada dalam simpanan tetapi dari sehari ke sehari, tak pernah terlintas pun hendak mencuba. Kebetulan di sini, tempat saya mencari rezeki bercadang hendak buat jamuan. Jeng jeng jeng, waktu itu selongkar punya selongkar terjumpa dengan resipi ini. Ringkas dan mudah tapi sedap! Ini cubaan kali kedua. Pencuci mulut ketika bulan puasa nan silam. Buat banyak-banyak semestinya membazir. Walaupun dapat satu loyang sederhana sahaja tetapi tak terhabis keluarga kecil kami makan. Jadi berikan kepada jiran-jiran untuk elakkan pembaziran. Resipi ini milik Kak Jun Yummylicious! yang dikongsikan dalam laman web popular iaitu My Resipi . Terima kasih Kak Jun. Bahan-bahan : 1/2 cawan serbuk koko (saya guna serbuk coklat) 1 cawan gula 1/2 cawan susu tepung 1/2 sudu teh garam 41/4 cawan air 4 sudu besar tepung jagung 1/2 sudu teh esen vanila 3 sudu besar mentega 1 paket serbuk agar-agar (10 - 11 gram) Cara Membuat : ...

Bubur Jagung Malam Raya

Jagung. Rebus, sedap. Bakar, sedap. Buat puding, sedap. Buat bubur pun sedap. Sedap untuk saya. Suami tak suka. Anak-anak pun tak begitu suka. Sepanjang bulan puasa lepas selalu juga suami beli air jagung sebab Kak Long suka tetapi saya kurang suka. Rasa bertepung. Tak tahulah mungkin tekak orang mengandung. Saya lebih suka buat air jagung sendiri. Ada juga buat 2 - 3 kali. Seminggu sebelum raya, saya sempat pergi ke pasar minggu. Terpandang jagung. Alahai terasa teringin pula hendak makan bubur jagung. Beli empat tongkol. Kononnya tak hendak beli banyak sebab dalam peti sejuk masih ada lebihan bubur gandum. Kena habiskan dulu bubur gandum itu baru boleh buat yang lain. Kalau tidak membazir.  Sudahnya, jagung itu diusung balik kampung. Segan juga sebab sikit benar jagungnya. Takut tak cukup. Emak tanya saya hendak makan apa. Saya beritahu hendak makan bubur. Malam raya itu, dapatlah saya makan bubur jagung. Bukan buat banyak pun, 2 tongkol jagung. Itupun tak habis. Mana t...

Bunga Kunyit

Lama tak bercerita tentang kebun mini yang ada di belakang rumah. Salah satu dari pokok ramuan yang ditanam ayah telah mati. Pokok kunyit. Susah juga tiada pokok kunyit sebab masakan yang dimasak dengan menggunakan kunyit hidup nampak lebih segar berbanding menggunakan serbuk kunyit. Lain warna kuningnya. Februari lepas ketika balik kampung di Pantai Timur, saya minta sedikit benih pokok kunyit daripada Pok Lah. Banyak juga yang Pok Lah bagi. Saya bahagi dua. Sepasu di belakang rumah dan sepasu di hadapan rumah. Pokok-pokok ramuan di belakang rumah ini selalu sangat diserang bena dan belalang. Jadi saya cuba tanam sepasu di hadapan rumah. Alhamdulillah, pokok kunyit itu hidup. Cuma lambat sangat. Saya fikir sepasu di hadapan rumah itu mati terus. Rupanya lambat benar hendak bertunas. Inilah yang dikatakan orang-orang tua, berbudi kepada tanah. Hasilnya jadi milik kita juga. Alhamdulillah pokok kunyit di belakang rumah bukan sahaja tumbuh dengan elok, malahan berbunga ...

Kedudukan Bayi Melintang

Hendak kata apa lagi? Tidak bersedia. Memang. Hati kecil berbisik, sempat lagi tentu sempat. Sempat lagi. Ada lagi masa. Yakah? Benarkah masa berpihak kepada kami? Inilah yang sedang diperkatakan. Dr Su mengimbas kedudukan bayi saya pada usianya 33 minggu, melintang atau transverse . Kepala bayi ada di sebelah kanan. Bahagian bawah uterus, kosong. Sedangkan pada usianya 32 minggu sebelum kemalangan berlaku, kedudukan bayi saya adalah normal atau cephalic .  Transverse ini asing benar di pendengaran. Kalau plasenta previa saya sudah biasa, dari mengandung sulung hingga sekarang. Istilah itu pasti saya dengar dan Alhamdulillah, bayi kemudiannya beralih ke kedudukan normal. Tebak Dr Su, ini kesan kemalangan tempoh hari. Bayi saya beralih kedudukan. Hanya doa dan harapan semoga kedudukan akan bertukar kepada normal sebelum usianya 36 minggu. "Bolehkan baby?! Nothing to worry, sayang. Alhamdulillah kita semua selamat." Saya menunggu tarikh temujanji dengan Dr Roslan ...

Berada di Ambang Maut

Alhamdulillah, kami sekeluarga terselamat. Saya, suami, ayah dan anak-anak termasuk anak yang saya kandung ketika itu berusia 32 minggu, selamat. Kejadian pada hari Sabtu, Ramadan yang ke 9, 28 Julai 2012 sekitar jam 4:30 petang, di Lebuhraya Utara Selatan. Ini gambar yang dirakamkan adik sejurus selepas kemalangan. Ada banyak gambar tetapi cukuplah sekeping ini buat ingatan abadi di sini. Kronologi: #1 Kami ke UNISEL Bestari Jaya . Adik bongsu melanjutkan pelajaran di sana. Ayah, emak dan dua lagi adik dari Utara. Tidak ada rancangan daripada mereka untuk bermalam di rumah kami kerana ayah tidak mahu melepaskan peluang solat terawih serta tadarus di kampung. Saya sediakan dadih strawberi buat bekal iftar mereka. Sesudah kami solat di Masjid Umar Abdul Aziz UNISEL , keluarga berubah fikiran. Pada mulanya, adik lelaki yang kelainan upaya (OKU) duduk di belakang bersama-sama dengan anak-anak. Tiba di asrama adik bongsu, saya minta adik lelaki bertukar kereta. Bukan apa, p...

Ragam Ibu Hamil: Selera Makan

Mengandung kali ini banyak yang berbeza berbanding sebelumnya. Saya boleh makan walaupun bukan seperti biasa tetapi tidaklah bergantung pada bubur nasi semata-mata sebagaimana sewaktu mengandungkan Kak Long. Tambahan pula sekarang gastrik menyerang jadi banyak kena berpantang. Melainkan teringin sangat-sangat, saya langgar juga pantang. Lepas itu sakit, tanggunglah siapa suruh degil! Tak ada mengidam yang pelik-pelik. Cuma teringin sahaja. Keinginan itu masih boleh bertangguh. Tak pernah lagi tengah-tengah malam bangun sebab teringin hendak makan itu dan ini. Alhamdulillah saya dapat apa yang saya inginkan. Hendak tahu apa? Inilah dia, sos kacang Aminah Hassan . Saya pesan pada kawan-kawan kalau jumpa tolong saya belikan. Alhamdulillah, Anuar jumpa. Ada 2 botol sahaja yang tinggal. Sebotol untuk keluarganya dan sebotol lagi untuk memenuhi keinginan saya. Terima kasih. Saya buat cucur nasi ikan bilis kemudian cicah dengan sos kacang ini. Hmm sedap! Saya pun tak begit...

Gastrik, Mengandung & Puasa: Jawapan Untuk Zuhalpluto

Salam..saya pn mengalami gastrik yang teruk...lagi la bulan puasa nie...lg teruk...sy dh 4 bln pregnant.tp doktor cuma bg sy mkn gaviscon sahaja.macam ne nk bwt yea.hari nie hari ketiga saya puasa.badan bertambah letih.takde tenaga.help me pls sis.nie anak pertama saya.tak tau dah nk bwt apa.buka puasa pn makan tk byk. on Gastrik: Rawatan Susulan Ini soalan yang saya terima dari entri Gastrik: Rawatan Susulan. Terima kasih Zuhalpluto sebab sudi singgah ke sini. Apa yang boleh saya tolong saya akan cuba. Ini berdasarkan pengalaman semata-mata. Saya mula diserang gastrik yang teruk sejak awal kehamilan lagi. Memang betul doktor-doktor yang saya temui berikan saya ubat yang paling ringan antaranya, gaviscon . Ada juga doktor yang berikan suntikan tetapi sakit itu tidak juga mahu hilang. Ini antara ubat-ubat yang diberikan kepada saya. Apabila kandungan masuk bulan ke 3, saya berjumpa doktor pakar di Unit Gastrologi dan Hepatologi iaitu Dr Chua. Dr Chua minta semu...

Buah Epal, Gastrik & Mengandung

Epal hijau ada ketika kena nasib kurang bagus, dapat yang masam. Penggemar asam memang tak ada masalah. Saya tak termasuk dalam golongan itu. Pastinya, tidak hanya saya seorang bukan. Kalau dibuang, membazir. Jangan membazir. Apa kata kita buat jus. Sedap! Resipi ini saya ambil daripada Yani MyResipi. Yani kata ini minuman kesihatan. Bagus untuk menggelakkan sembelit dan menguatkan antibodi. Jus Epal Yogurt Bahan-bahan 1/2 biji epal 1 cawan (200 ml) plain yogurt 1/2 cawan (100 ml) susu Cara Membuatnya Masukkan kesemua bahan di dalam pengisar. Kisar hingga sebati. kalau suka manis, boleh campurkan dengan sedikit gula atau madu. * Biasanya saya akan guna 1 biji epal, yogurt asli tak kira jenama lebih kurang 140 gm, 1 kotak kecil susu (250 ml) jenama dutch lady dan sedikit madu. Leceh hendak simpan epal sebelah lagi. Trimester pertama, memang hilang selera makan. Tekak rasa sangat payau untuk menerima makanan. Ada orang bagi petua pada saya untuk amalkan ma...

Kek Span Coklat Untuk Hari Bapa

Jun bulan untuk kaum bapa. Selamat hari bapa buat kaum bapa semua. Saya buat kek span coklat pada hari Ahad sempena hari bapa. Ringkas sahaja. Siang hari anak-anak memang sudah tak sabar-sabar lagi hendak makan kek tetapi suami pergi membeli barangan dapur. Lewat petang baru balik. Lama sangat agaknya mengunggu, masing-masing tak sabar hendak rasa, cubit sikit. Makin lama makin besar dan kek saya sudah bertobek-tobek. Hmmm alahai. Potong sahajalah. Mari kita makan. Apabila suami balik, minta buat kuah durian. Ada orang panggil serawa durian. Ada orang panggil pengat durian. Mana-manalah. Hendak makan roti. Okay, kita makan kuah durian cicah roti dulu. Perempuan mengandung ini memang lemah gemalai buat kerja. Kemaskan barang-barang dapur yang baru dibeli. Kemudian baru saya bancuh satu lagi adunan kek. Kek yang tadi pun sudah habis sebelah, dimakan oleh kami bertiga (anak-anak dan saya hahaha). Sambil-sambil itu siapkan hidangan makan malam. Elok sahaja saya suda...

Gastrik: Rawatan Susulan

Melawat Unit Hepatologi lagi. Keputusan ujian UBiT-IR April lalu disahkan doktor, negetif. Ujian darah dan air kencing juga negetif. Alhamdulillah. Dr Chua menetapkan hujung tahun, selepas melahirkan dan menyusukan, saya akan menjalani prosedur endoskopi. Sekarang memang Dr Chua elakkan disebabkan sejarah keguguran berulang kali. Kalau hendak diikutkan, masih boleh bagi perempuan mengandung menjalani prosedur ini tetapi Dr Chua tak mahu mengambil risiko. Sementara menunggu hujung tahun ini, saya mesti bertahan. Bekalan ubat sangat banyak, magnesium trisilicate mixture dan ranitic . Rasanya tak perlu mengulang ke klinik. Alhamdulillah sekarang gastrik tidak menyerang setiap hari sebagaimana peringkat awal kehamilan. Saya elakkan mengambil makanan yang boleh membuat gastrik bertambah teruk. Kalaupun saya teringin sangat, saya pastikan makan sedikit sahaja. Sedikit itupun kadang-kadang memberi kesan yang kuat juga. Besar harapan saya sakit ini hanya menyerang ketika...

Hikmah & Cabaran: Gastrik Ketika Hamil

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Setelah dua siri kehilangan berturut-turut, saya diberi rezeki Yang Maha Esa dan kini dalam proses menambah anggota keluarga. Alhamdulillah. Namun bukan senang untuk senang. Sejak awal kehamilan lagi gastrik datang menyerang. Pedih ulu hati berterusan. Jujurnya pengalaman mengandung kali ini sangat mencabar. Kalau tidak mengandung pun, ada kalanya saya memang mendapat gastrik. Tetapi tidak pernah berterusan sebegini. Semuanya rasa serba tidak kena dan menanggung sakit, tidak kira siang mahupun malam. Malah ketika tidur, ada masanya sakit itu datang bertandang, " Hai !".  Cuba beberapa petua untuk mengatasi cabaran ini, antaranya: tidur mengiring ke kiri lapis batal tinggi. Tidur duduk juga pernah. elak makan makanan pedas. Minuman berkafein memang tidak membuka selera. Hatta teh tarik yang memang jadi kegemaran sekalipun! Banyak makanan yang saya elakkan, sayur kangkung, tau...

Pantai Kehidupan

Lama bersawang. Kasihan, kena tinggal begitu sahaja! Sebetulnya bukan disengajakan. Tidak ke mana-mana pun. Masih di sini. Cuma keadaan kesihatan yang kurang telah membataskan segala-galanya. Benar-benar terasa apabila nikmat yang dipinjamkan Yang Maha Esa "ditarik balik". Tetapi untuk mendapatkan sagu mesti berusaha memecahkan ruyung. Kata orang lagi, bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Semoga ada tukaran nikmat sebagaimana yang diharapkan. Hidup adalah pantai yang selalu berubah dilanda badai. Ujian yang datang seperti ombak tiada surutnya, kerana janjiNya juga ujian menguji keimanan, menduga kesabaran, meneguh cinta. Tentulah kerana sering dekat dan semakin dekat. Tentulah cinta itu tumbuh bercambah segar. Harapnya begitulah. Perubahan besar juga berlaku dalam hidup sahabat saya, Nasha . Alhamdulillah. Hijrah sebetulnya. Tahniah, Nasha. Saya tumpang seronok. Memang lambat tahu perubahan itu kerana blognya, tak berkesempatan untuk singgah. F...

Penjagaan Berpantang: Nasi Lemuni

Inilah daun lemuni hitam ( vitex trifolia ) yang baru Emak dapatkan untuk saya. Lemuni hitam adalah tumbuhan herba yang banyak kegunaannya. Daun lemuni ini akan dimasak bersama nasi. Bagi wanita yang berpantang kerana melahirkan, nasi lemuni ini sangat bagus dimakan. Maklum saja, orang berpantang kerana melahirkan perlu makan makanan yang panas-panas. Cuma saya dalam tempoh berpantang kerana keguguran jadi tak dapatlah saya makan banyak-banyak. Panas. Berpantang kerana keguguran, tidak boleh makan makanan yang terlalu panas. Saya makan sedikit sahaja dengan sayur sawi rebus. Santanpun dikurangkan. Rupanya memang tidak cantik. Pucat, hitam tidak sekata tetapi saya menyukainya. Tidak mengira sama ada dalam tempoh berpantang atau tidak, sememangnya nasi lemuni akan membuka selera. Baunya wangi sekali. Kebiasaannya nasi lemuni di makan bersama-sama dengan sambal tumis ikan bilis. Sama seperti menikmati nasi lemak. Nasi Lemuni Bahan-bahannya Beras Daun lemuni - dikisar ...

Uji Rashid - Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu

malangnya bencana menimpa... kau telah pergi untuk selamanya... tak kembali... Pepatah mengatakan patah tumbuh hilang berganti. Memang telah patah, namun yang tumbuh takkan sama, yang diganti takkan serupa.

Mengumpul Kekuatan

Hanya insan biasa. Sangat terkesan oleh tekanan demi tekanan yang hadir bagaikan hujanan peluru yang bertali arus. Sudahnya tersungkur jua. Menangisi kehilangan. Ini kehilangan yang kedua .  Lumrah bagi insan biasa. Sebanyak manapun tangisan takkan boleh menggantikan kehilangan ini. Tidak juga mampu mengubah hakikat.  Tempoh merawat luka di hati telah tamat. Jujurnya masih belum bersedia kerana amat pasti pelbagai hentaman akan menyusul.  Jiwa ini juga perlu rawatan. Semangat perlu dihimpunkan. Kentallah jiwa, kuatlah semangat. Bak kata Prof Dr Hamka, ' hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar . Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan k...