Skip to main content

Bukan Hanya Kita, Bukan Tentang Kita Semata-mata

Ada orang tak rasa 'gerun' ke dengan pandemik yang sedang 'menyerang' negara kita sekarang ni?

Eh adalah... (sila sambung ikut pandangan sendiri ya)

Situasi pandemik kian memburuk. Jangkitan disebarkan melalui udara. Pengaliran udara.

Awal pandemik, kita cuma diwajibkan memakai pelitup muka terutama di kawasan sesak. Sekarang kita digalakkan pakai pelitup muka berganda. 


Kita diberitakan kapasiti kesihatan semakin 'tenat'. Malah Hospital pintar pakar kanak-kanak yang pertama di negara kita, HPKK UKM telah bertukar menjadi sebuah hospital COVID 19.  Hospital ini baru beroperasi pada tahun 2019 untuk kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah. 

Penularan dalam komuniti kita tanpa sedar. Tak tahu dapat jangkitan dari mana, daripada siapa?

Tapi hidup kita kena diteruskan. 'Berpantang maut sebelum ajal'. Tak kira apa pun kena juga bekerja. Bukan saja-saja ada orang 'membantah' PKP berterusan ini. Kena faham dari 'kasut mereka juga'. Perut kena diisi juga. Hendak mengisinya perlu wang. Wang tak datang bergolek. Tup tup kawasan mereka kena PKPD pula. Apa nasib mereka yang bergaji hari? PKPD bukan sehari dua. 

Jom kita sama-sama bantu 

PERSATUAN UNTUK ANAK KITA
MAYBANK ACC:
514271633539
Swift code: MBBEMYKL
IBAN: not available
No tax exemption yet
For receipt, please email details with proof of transaction toa
Email puakpayong@gmail.com
Ref:
Mohon like our page
RHB
Tabung Tamakpahala (Another Alternative)
Syed Azmi Alhabshi
RHB
164384-0000-3740
Syed Azmi email address ji372000@yahoo.com

Senarai dalam Bakul Makanan (RM100)
1. Gula pasir 1kg
2.Tepung gandum 2kg
3.Beras 10kg
4.Kicap 330ml
5. Bihun 2 packet
6. Lipton 92g (40 uncang)
7. paket sardin x3
8. Minyak 1kg
9. Julie biskut 416g x2 packet
10. Ubi kentang 500g x2
11. Bawang merah 500g
12. PerencH
13. buah Oren x 7biji
Separetly packed in boxes (quantity to be confirmed)
1. ladies sanitary ware (quantity to be confirmed)
2. cloth washing powder
3. dutch lady milk powder
4. soap bar

Rujuk facebook Tuan Syed Azmi atau Puak Payong. 

Kita masih beruntung. Masih ada punca pendapatan. Jadinya apabila panggilan tugas datang, mahu tak mahu, suka tak suka kena juga gagahkan diri.

Risau jangkitan. Siapa yang tak risau? Eh silap... (sila buat sambung ikut interpretasi sendiri ya)

Risiko dijangkiti kerana ahli keluarga ada menghidap penyakit kronik. Hmmm begini la ya, dalam situasi penularan varian baharu sekarang semua orang berisiko termasuk kanak-kanak.  



Hanya kerana penilaian kita, kita rasa,

"Ala dia bujang"

"Ala ahli keluarga saya ada penyakit kronik. Risau kalau saya keluar bawa balik kuman"

"Ala saya ada sejarah penyakit"


Tak rasa ke memagar diri bagai aur, pula kita

Alasan kita tak mahu menyahut panggilan datang bertugas kerana risiko dijangkiti takkan dapat diterima dengan tangan terbuka. Kenapa?

Sampai bila hendak 'berkurung' di rumah? Kita tahukah bila pandemik ini akan 'lenyap'? Tak tahu kan. Bukannya habis PKP, pandemik pun hilang. Kita pun tahu PKP ini bukan selama-lamanya. Ada tempoh masanya juga. Masakan sepanjang masa PKP kita berkurung tak keluar-keluar langsung? Keluar juga kan. Kita kan ibubapa. Kita keluar juga mencari barang keperluan. Betula, kita beli dalam talian. Tapi betul ke kita langsung-langsung tak keluar? Semasa kita keluar ada risiko jangkitan juga. 

Memang sekarang ada macam-macam rasa. Ada orang yang rasa risau sangat sampai diserang anxiety. Hendak keluar rumah pun rasa takut sangat. Memang ada tapi kita takkan. Alhamdulillah masih sihat bukan.

Kita pun sudah terima dos vaksin pertama. Ada kalangan ahli keluarga kita termasuk yang menghidap penyakit kronik sudah divaksinkan sepenuhnya. Setidak-tidaknya kita sudah terima sedikit 'perlindungan'.

Kita dengan senang hati suruh si dia gantikan kita. Suruh si dia datang bertugas. Sedangkan ketika si dia diminta datang bertugas, apabila tiba giliran si dia bertugas, si dia pergi tanpa banyak soal. Si dia tak pernah minta kita gantikan pun. Si dia belum divaksin. Tak tahu entah bila giliran si dia akan terima vaksin. Si dia boleh datang bertugas kenapa tidak kita? 

Si dia yang kita minta gantikan tempat kita untuk bertugas ini, boleh tak cuba kita fahami? Si dia yang kita pandang 'remeh' itu pun ada keluarga juga walaupun bujang trang tang tang. Si dia pun ada sejarah penyakit juga. Kalangan ahli keluarga si dia pun ada juga yang menghidap penyakit kronik. Si dia pun ada anak-anak kecil juga. Pendek kata, si dia pun berisiko juga. Sama macam kita. Si dia pun takut juga. Serupa dengan kita. 

Dalam hidup ini bukan hanya kita dan tentang kita sahaja.  

Itu sahaja nak bagitau.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...