Skip to main content

Belajar Bersangka Baik

Ramai terkesan dengan wabak corona virus covid-19 kerana perlaksanaan PKP. 
Ada banyak liputan baik dari pihak media massa cetak dan elektronik ataupun badan-badan kebajikan dan juga individu perseorangan. Kesusahan hidup, bahkan kemelaratan.

Apabila berita atau cerita ini dipaparkan tentu sekali diselitkan dengan temu bual. Hasil temu bual itu ada sesetengahnya mengundang pertikaian yang tidak sedikit. Episod bangau oh bangau pun bermula. 

Salah satu yang menjadi buah mulut merupakan sepasang suami isteri warga emas yang melarat.

"Mak cik ada anak?"

"Ada."

"Anak ada tanya khabar?"

"Anak dah tiga tahun tak balik. Tak tahu ada di mana"

Apa konklusinya?

Ibu ayah boleh jaga anak sepuluh orang. Anak seorang tak mampu jaga ibu dan ayah?

Boleh. 

Boleh jadi tempelakan itu, betul. Tetapi bagaimana jika anak mereka sebenarnya telahpun meninggal dunia? Mustahilkah? Tidak bukan?


Rangka manusia yang lengkap berpakaian kemeja dan berseluar jeans biru ditemui pemotong rumput di Sik pada 6 Jun 2020. Menurut pemotong rumput itu selama beliau berulang alik di situ, tidak pernah terhidu bau busuk. Bedah siasat akan dilakukan ke atas mangsa yang tidak diketahui identiti serta jantina dan juga bagi mengetahui berapa lama mangsa sudah meninggal dunia.


Mayat yang dikenal pasti sebagai Ahmad Farid, ditemui dalam keadaan reput dan tinggal rangka lengkap berpakaian kemeja-T dan seluar panjang warna hitam selain masih memakai topi keledar. Arwah dicari keluarga lebih daripada 40 hari kerana gagal dikesan selepas disangka pulang ke kampung. 

Siapa sangka semua ini akan berlaku tertutama dalam kes kehilangan Ahmad Farid? 

Barangkali juga anak pasangan warga emas ini tidak pulang kerana hidup melarat di rantau orang. Mustahilkah? 

Ada ramai miskin bandar. Sebelum covid-19 lagi. PKP membuatkan keadaan hidup mereka lebih meruncing. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagaimana hendak menanggung keluarga di kampung?Ini bukan cerita drama tetapi realiti. Bahkan untuk makan terpaksa mendapatkan ehsan orang lain. 

Barangkali mereka ke kota dengan harapan mendapat pekerjaan yang lebih baik bagi membantu keluarga. Hakikatnya kehidupan di kota jauh lebih sengsara. Benar bukan semua. Tetapi bukankah setiap manusia itu tidak sama serupa. Mungkin ada yang mengatakan mengapa tidak pulang sahaja ke kampung? Siapa tahu mereka terlalu malu untuk pulang? atau mereka menyedari kepulangan mereka tidak akan memperbaiki keadaan sebaliknya menambah kesusahan. 

Benar, ibubapa itu syurga. Kebajikan mereka tanggung jawab anak-anak. Keistimewaan mereka ditekankan dalam agama. Menurut Ustazah Isfadiah, seorang anak menyimpan dua tempat yang paling istimewa di dalam hatinya yang tidak boleh diisi mana-mana insan lain iaitu tempat untuk ibu dan ayah. 

Kita doakan dan cuba sama-sama usahakan yang terbaik memperbaiki masalah sosial masyarakat. Semoga semua keluarga bersatu kembali. Hidup rukun dan bahagia.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...