Skip to main content

COVID 19: Apabila Orang Yang Terdekat Dijangkiti

Awal-awal dulu, cuma berita jangkitan dari negara China. Pasal kelawar. Pasal pasar yang menjual haiwan-haiwan eksotik untuk dimakan. Kemudian jangkitan itu cepat menular sehingga diberitakan tersebar ke negara kita. Baca cerita pengalaman orang-orang yang tak dikenali pun terkena jangkitan COVID 19. Kisah kesembuhan. Kisah kematian. Kisah petugas-petugas barisan hadapan yang tak cukup kakitangan. Tak cukup rehat. Kisah khemah terbang roboh di pukul hujan ribut. Kisah PKPD di kawasan-kawasan tertentu. Kisah ramai yang hilang punca pendapatan. Kisah perniagaan gulung tikar satu demi satu. Kisah persekolahan anak-anak yang haru biru. Kisah pengorbanan guru untuk terus mendidik. Kisah keluarga yang terpisah-pisah. Kisah kematian berhari-hari tanpa disedari. Kisah tekanan mental sehingga hilang nyawa atau yang mengambil nyawa sendiri. Semua itu terasa begitu cepat sekali. Dalam tempoh yang sangat singkat wabak pandemik ini memamah jiwa raga. Dengar dan tengok dari dalam berita arus perdana dan media sosial. Sedih. Rasa sayu. Walaupun tak kenal. Tak pernah jumpa. 

Sepatutnya keadaan negara bertambah baik daripada wabak pandemik COVID 19 ini. 



Tak payah nak cakap pasal punca-punca wabak kembali bermaharajalela dan kini situasi pandemik ini semakin memburuk. Angka 10 ribu itu sudah tak mustahil dengan perkembangan sekarang. Lebih buruk dari sebelumnya. Jauh lebih buruk dan yang paling menyedihkan dan menakutkan adalah pandemik COVID 19 ini mula kena pada orang-orang terdekat. PKPD di kawasan yang berhampiran. Sangat-sangat hampir.

Kalau sebelum ini, menitis air mata menyaksikan pengebumian jenazah orang asing. Tak dikenali. Tapi kini yang dikenali. Rasa tak percaya. Rasa betul-betul terpukul apabila orang yang hampir saban hari jumpa disahkan terkena jangkitan. Allah SWT sahaja yang tahu perasaan ketika itu. Bukan sedih kerana kemungkinan diri sendiri, positif tetapi hiba mengenangkan dia kena jangkitan daripada kecuaian orang lain. 

Dia dikenali seorang yang sangat menitik beratkan soal kesihatan diri. Menjaga pemakanan. Lebih sayu berkali-kali dia memohon maaf kerana kami secara automatik menjadi kontak rapat kes positif. Kami diarahkan menjalani swab test. Tak berlengah terus telefon klinik berdekatan dengan rumah. Banyak yang ditanya termasuk yang paling penting. Perlukah ahli keluarga turut sama buat swab test? Oleh kerana temujanji di klinik berhampiran rumah telah penuh, saya putuskan bersama-sama dengan lain ke sebuah klinik berdekatan pejabat. Kami dengan kenderaan masing-masing menuju destinasi yang sama.

Selesai ujian yang dimomokkan sebagai menyakitkan itu dalam masa yang sangat singkat. Ah ya. Lain orang, lain rasa, lain pengalamannya. Kebetulan ramai yang datang membuat ujian. Klinik menjelaskan keputusan akan keluar dalam tempoh 24 jam. Bagaiamanapun kebarangkalian 46 jam itu ada jika terlalu ramai orang yang menjalani ujian. 

"Kalau negetif, saya akan whatsapp result. Kalau positif, saya akan call dan whatsapp result"

Tahu perasaannya macam mana? Macam tunggu hukuman yang akan dijatuhkan. Berakhir tempoh 24 jam. Menghitung detik yang rasanya begitu cepat. Menjelang Maghrib seorang demi seorang mula menerima keputusan. Alhamdulillah. Negetif. Negetif. Negetif. Mula datang dalam benak fikir, 

"Aku postif ke? Aku je yang tak dapat lagi".  

Dalam benak fikir yang berkecamuk. Tinggalkan handphone. Bersiap untuk berbuka puasa. Pujuk hati. Tenangkan diri. "Tak apa. Kalau positif sekalipun, tak ada simptom. Insyaallah akan sembuh"

Selepas Maghrib, baru pegang semula handphone. Bertalu-talu whatsapp. Ada miss call juga. Terselit satu whatsapp dari Klinik. Mohon maaf kerana lewat memaklumkan keputusan. Alhamdulillah. Negetif. 

Sekarang cuma mengharapkan semua pesakit termasuk orang terdekat dengan kami, sembuh sepenuhnya. Doa selalu cepat pandemik ini hilang. Mohon ehsan Yang Maha Esa. Bilakah pandemik akan berakhir? Entahlah yang pastinya tentulah bukan dalam jangka masa terdekat ini. Sekarang lock down semula untuk seluruh negara. Pun begitu hanya Allah sahaja yang tahu. Mungkin ini teguranNya. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...