Skip to main content

Penutup Ramadan - Ragam Si Kecil Berpuasa

Sempena Syawal melabuhkan tirainya hari ini. Simpan di sini coretan kenangan Adik menjalani Ramadan. Harapan tinggi melihat anak-anak membesar di hadapan mata namun takdir mungkin bawa cerita yang berbeza. Tahun hadapan, belum tentu berpeluang menyambutnya. 

Awal-awal lagi suami beritahu si kecil kena puasa penuh tahun ini. Dengar tu, bangkang tidak setuju pun tidak. Tak cakap apa pun dengan si kecil kecuali beritahu hari Selasa sudah mula puasa. Kena tidur lagi awal dari biasa sebab nak bangun bersahur. Pesanan bukan untuk si kecil je tapi semua anak-anak. 

Malam sebelum berpuasa, selepas tarawih si kecil beritahu,  Adik nak puasa je. Adik tak nak tak puasa. Nak tahan.

Dalam erti kata lain, si kecil berazam nak puasa penuh. Bukan sebab ayahnya minta pun. Tak beritahu pun lagi hasrat ayahnya tu. Berbunga hati dengar. Mujur tak menitis air mata. Hahaha Over tau jadi mak mak ni

Buatkan spaghetti carbonara untuk bersahur. Hari pertama puasa, hari Selesa hari bersekolah. Adik bersekolah pagi petang. Nak beri duit belanja makan pun dia tak mahu. (Waktu rehat kantin masih dibuka. Yalah kan murid-murid PPKI, prasekolah, Tahun Satu masih terlalu kecil untuk berpuasa atau puasa penuh. Setidak-tidaknya waktu petang ada sahaja penjaja di luar kawasan sekolah.)

Balik sekolah nampak letih tapi tak mengadu lapar atau dahaga. Hari kedua pun sama. Cuma lebih bertenaga daripada hari pertama. Boleh lagi melompat-lompat. Memang seronok kan jadi anak-anak kecil. 

Hari ketiga berbuka si kecil tak berselera nak makan. Makan roti pun tak habis. Bersahur pun sama. Langsung tak mahu makan nasi. Si kecil bercerita, 

"Kalau terbatal puasa tak apa kan. Kalau terminum ke termakan ke? Tak apakan."

"Kalau Adik dah terbatal puasa tu, Adik dah kira tak puasa dah."

"Tapi terbatal je. Kawan Adik kata boleh puasa lagi"

Bersungguh-sungguh 'menegakkan benang yang basah'. Alahai Adik.

"Tak boleh Adik, kalau dah makan minum tu dah tak puasa dah"

Kena cari cara yang lagi baik supaya si kecil faham

Hasil tak berselera makan semasa bersahur lepas balik sekolah hari Jumaat, melepek. Kelaparan, katanya. 

"Larat ke?"

Angguk je dan tertidur. Lama juga.

Hari seterusnya makin tak berselera ketika sahur. Makan sikit sangat. Kadang-kadang cuma makan coco crunch dengan susu. Jadi risau sebab Adik berkeras nak puasa penuh. Pesan juga pada Adik, "Jangan jerit-jerit sangat nanti Adik dahaga". Ramadan ini juga, Adik dilantik sebagai pegawas dan kerap kali juga bertugas mengawal kelas Tahun Satu yang kekurangan guru. Cuma katanya, "Adik lagi suka pergi sekolah, tak lama nak tunggu berbuka"

Betul tu. Namun peningkatan kes jangkitan semakin hari semakin teruk. Sehinggakan ada di antara cikgu-cikgu dan murid-murid turut terkena jangkitan. Sekolah tidak dikira tempat yang selamat. Tempat selamat bagi kanak-kanak hanya di rumah. Buat masa sekarang. Namun itu bukan mudah. 

Meraikan anak-anak. Kami sempat keluar berbuka puasa di Dolly Dim Sum (kegemaran anak-anak) melihatkan selera makan anak-anak yang semakin merosot. Lagipun sudah terlalu lama berkurung di dalam rumah. 

Adik berjaya menjalani ibadah puasa Ramadan kali ini, lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Hampir setiap hari sama-sama tarawih walaupun letih. Tak ada paksaan. Lebih kepada dorongan sahaja. Cuma hendak merasai suasana solat beramai-ramai di surau masjid tu memang tak dapat. Kalau sebelum-sebelum ini Adik banyak main ketika berpeluang jemaah di surau masjid. Sesuai dengan umurnya ketika itu. Jumpa kawan-kawan sebaya. Apa lagi kan. Orang main, dia pun main. Tak boleh berlama-lama juga. Tak mahu menggangu jemaah lain. Kali ini berbeza juga suasana. Alhamdulillah semakin baik sesuai bertambah usia.  


Tak Seronok pun Raya
Kasihan Adik. Itu yang Adik cakap selepas usai solat berjemaah, seisi makan-makan, panggilan video keluarga dan bergambar-gambar kenangan. Apa lagi yang boleh dibuat ketika itu? Mujur juga patuh SOP. Memang ikut SOP. Tak ada ziarah raya sama sekali. Tengok apa yang sudah terjadi apabila ziarah raya dibuat 'diam-diam' oleh sesetengah orang. Menular Kluster Ziarah Raya. Lock down bersambung lagi dua minggu diumumkan hari ini. Ramai mengeluh. Keluh resah masing-masing mungkin berbeza sebabnya.  

Hari ini Syawal untuk tahun ini, berakhir. Namun yang dijangkiti COVID 19 ketika "ziarah raya" ada yang tak tahu diketahui lagi nasib mereka. Mari sama-sama kita doakan semua orang terselamat dari jangkitan COVID 19. Semoga semua yang dijangkiti COVID 19 kembali pulih seperti sediakala. Aamiiin.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...