Skip to main content

Frontliners Netflix

Terlebih dahulu sekalung tahniah kepada seluruh warga produksi kerja "Frontliners". Memang sukar mereka hendak jayakan "Frontliners" ketika wabak sedang bermaharajalela. Hospital penuh. Anggota  kesihatan dan keselamatan negara, sangat sibuk. Ini gambaran ketika negara dalam peringkat awal memerangi COVID 19.

Memaparkan liku-liku yang dihadapi sebilangan anggota barisan hadapan dan keluarga mereka. Memang benar ada anggota keselamatan barisan hadapan yang pasang khemah kecil di hadapan laman rumah. Mandi di laman rumah. Realiti yang nampak di hadapan mata, jiran setaman di sini. Memang betul, sukar bagi warga emas memahami dan menerima kenyataan anak cucu tidak dapat pulang ke kampung, menziarah mereka. Bukan anak-anak sahaja yang rimas 'terkurung'. Segenap lapisan umur juga rasa terkonkong. Apa lagi tidak dapat turun mencari nafkah. Ramai yang terkesan dari segi ekonomi dan juga emosi. Kerja tanpa imbuhan. Tak mampu untuk memberi imbuhan. Pengusaha pra sekolah antara yang terkesan. Kelas dalam talian diadakan namun ibu bapa tidak berkemampuan membayar yuran. Suka dengan isu keresahan (anxiety) yang diketengahkan tetapi tiada kupasan.  Isu yang bagus kerana sangat ramai yang terkesan. Barangkali kerana ini cuma filem pendek. Ikatan kekeluargaan yang kuat dalam menghadapai wabak ini antara titik utama dalam filem ini. Realiti kekejaman virus COVID 19 yang meragut nyawa insan-insan tersayang dalam tempoh yang singkat dan bagaimana keutamaan menggalas tugas menidakkan diri larut dalam kesedihan. Thumbs up.

Sekiranya "Frontliners" disambung atau ada yang berminat mengadaptasi situasi COVID 19 ke layar perak, mohon ambil kira penambahbaikan. Sebab bukan orang filem, bukan orang dalam perubatan hanya satu perkara sahaja yang diminta iaitu penambahbaikan dalam SOP (Risiko Kendalian Standard)  contohnya, pemakaian pelitup muka (face mask). 

Sebagai anggota pasukan kesihatan dan penguatkuasa undang-undang, pemakaian pelitup muka prasyarat utama. Apatah lagi di negara ini, kompaun akan diberikan jika gagal memakai pelitup muka. Pelitup muka tidak dipakai dengan betul. Lebih menjengkelkan apabila anggota pasukan kesihatan dan keselamatan, hanya memegang pelitup muka atau menanggalkan pelitup muka setiap kali berkomunikasi.   

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...