Skip to main content

Memori Raya PKP (Kali Ke 2)

Hari terakhir Ramadan, masih bekerja dan dapat pelepasan untuk bekerja separuh hari. Masuk kereta terus whastsapp suami minta ke kedai runcit ambil barang-barang yang telah dipesan. Tempah ayam, ikan, kerang dan santan. Tak ada santan tak apa asal ada kelapa parut. Tak menaruh harapan besar, ada ikan dan kerang tapi kebanyakkan bahan-bahan mentah untuk buat laksa sudah dibeli. Kalau ada kerang boleh buat rendang kerang. 

Saya pula bergegas ke kedai mencari tomato puri dalam tin, terung dan paling penting, badam yang saya hanguskan malam tadi. Hahaha. Keluar masuk kedai, terung memang tak ada. Tomato puri cuma ada di sebuah kedai sahaja. Giant Mini pun tak ada bahan-bahan yang dicari. 

Rupa-rupa kejutan yang lebih teruk, kelapa parut tak ada. Santan jauh sekali. Ah sudah! Terkilan juga. Tak dimaklumkan lebih awal. Bekejar semula ke kedai mencari kelapa parut. Rata pusing sana sini, tak ada bayang pun. Sebelah petang suami pula mencari, tetap tak ada. Kuah kacang hidangan wajib di pagi raya kegemarannya, memerlukan santan.

Ketika itu rendang ayam sedang dimasak. Balik dengan santan kotak besar. Santan kotak memang ada di rumah. Tak perlu melilau sana sini. Hendak santan segar. Apa kan daya. Menjelang berbuka, nasi himpit, kuah kacang dan rendang ayam sedia untuk dimakan. Penat betul rasanya. Tinggal masak ayam mamak untuk dimakan dengan nasi minyak. Bahan untuk buat dalca tulang, tak cukup. Terung tak ada. Kacang panjang tak ada. Jadi abaikan sahajalah. Nanti makan nasi minyak dengan ayam mamak. Jadila. Nasi minyak boleh masak awal pagi. Ketupat pun tinggal rebus masa pagi raya nanti.

Inilah hidang di pagi raya yang tak seberapa. Seorang kawan suami berikan seruas lemang daun lerek dan sebekas rendang daging. Sedap sangat lemangnya. Cukup rasa dan lemak. Bagaimanapun cuma saya seorang sahaja yang makan. Anak-anak makan hidangan yang saya sediakan. Rasa kembang semangkuk dipuji suami kali ini. Katanya, kuah kacang sedap. Hampir sama dengan masakan emak mertua. Alhamdulillah. Berbelas tahun kahwin, baru dapat buat kuah kacang yang seakan-akan masakan emak mertua.

Kali ke dua menyambut hari raya dalam PKP. Tahun ini lebih suram kerana tak dibenarkan ziarah  raya. Solat raya sesama seisi rumah sahaja. Kalau raya tahun sebelumnya, ada Ayah, Mak, Angah yang terkandas tak boleh merentas negeri, beraya bersama kami. Tambah dengan keluarga adik empat beranak. Kali ini cuma kami anak beranak sahaja. Selesai video call dengan kedua-dua belah keluarga, bergambar dan makan-makan sahaja. Selain bergambar-makan-makan lagi, tak ada acara lain lagi sempena Aidilfitri. Kasihan anak-anak tapi apa boleh buat. Memang lengang sahaja kawasan kejiranan kami. Semua orang berkurung di dalam rumah.


Menjelang tengah hari, mula seisi membungkus makanan untuk pengawal keselamatan di sekolah-sekolah anak-anak. Alhamdulillah. 

Selamat Hari Raya


Maaf zahir & batin 

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...