Skip to main content

Pulau Pesakit COVID19, Pulau Bekas Pesakit

Pulau. Pulau pesakit. Pulau bekas pesakit. Pulau keluarga pesakit. 

Pernah baca mengenainya. COVID 19 bukan baharu dalam masyarakat. Malah sudah bertukar statusnya kepada endemik kini, memulaukan tindakan yang sangat tidak patut. 

Masyarakat kota sering dianggap tidak mengutamakan hidup bermasyarakat. Lebih mengutamakan perihal diri dan keluarga sendiri berbanding masyarakat di kampung yang disifatkan hidup bagai aur dengan tebing. Saling mengambil berat dan mengutamakan semangat kejiranan.

Sangat menyedihkan apabila mengetahui ada segelinitr masyarakat di sebuah kampung (yang sampai ke pengetahuan saya) mula memulaukan. Sehingga wujud kumpulan-kumpulan dalam media sosial menghebahkan dengan tujuan untuk menjarakkan diri. Sedangkan tatkala itu keluarga tersebut sedang diuji dengan COVID 19. Ada anggota keluarga yang meninggal dunia. Ketika itulah sokongan yang kuat daripada masyarakat sangat diperlukan. Lebih menyakitkan, keluarga yang telah disahkan sembuh pun turut dipulaukan. (Merujuk kepada kampung tersebut sahaja ya)

Agak mengejutkan kerana sejak wabak melanda dan sepanjang berada di kota, penerimaan masyarakat kota sangat berbeza. Apabila mengetahui seseorang dijangkiti COVID19 cepat-cepat dihubungi untuk menghulurkan bantuan. Ketika ini mula hulurkan bantuan asas, bantuan makanan dan cuba membantu mendapatkan sesuatu yang diperlukan. Segera memahami kerana isi rumah 'sudah kena berkurung' sebaik tahu disahkan positif. Bahkan anggota keluarga yang negetif juga mesti kuarantin. Bagaimana caranya untuk memudahkan urusan mereka? Setidak-tidaknya bertanya khabar. Seboleh mungkin cuba membuatkan mereka gembira kerana selalu ditegaskan tentang kekuatan minda untuk melawan virus ini. Ini peranan masyarakat.

Tidak hairan mengapa walau bergelang merah atau pink namun terpaksa keluarga mencari makanan sekiranya begini layanan masyarakat. Benar kata pepatah, tidak akan kenal mana sahabat mana lawan selagi mana tidak duduk dalam kesusahan.

Maaf, bukan pukul rata. Tentu sahaja masih ramai yang sangat prihatin di kampung itu. Mungkin ada segelintir masyarakat di kota yang juga berlagak sebagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.  

Tidak ada orang yang mahu dijangkiti. Mata kasar kita tak nampak jadi apa keberangkalian kita tidak dijangkiti? Ujian bukan hanya untuk mereka dijangkiti wabak ini. Ujian ini untuk kita juga yang tidak dijangkiti. Apa peranan kita?  

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...