Skip to main content

Ramadan di Gaza

Gaza - bumi yang tak putus-putus oleh simbahan darah syuhadah. Ketika dunia sedang dilekakan oleh perebutan sebiji bola bagi menentukan negara manakah yang layak menjulang trofi Piala Dunia 2014, umat Islam di Palestin hebat dibantai. Lebih teruk daripada pasukan Jerman mengaibkan pasukan Brazil. Tidak ada kata yang paling sempurna yang menterjemahkan suasana di sana ketika ini.


Benarlah bulan Ramadan ini bulan perjuangan. Peperangan Badar berlaku dalam bulan Ramadan. Perang Khandak berlaku dalam bulan Syawal namun persiapan menggali parit dibuat dalam bulan Ramadan. Konon serangan bertali arus sebagai membalas balik serangan-serangan ke atas Israel oleh Hamas (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Palestinian_rocket_attacks_on_Israel,_2014). Cuba perhatikan kebanyakkannya, menyatakan no injuries were reported atau no injuries or damage were reported.


Beza besar bukan. Allah sudah angkat semua rasa peri dalam hati mereka sehingga tidak ada walau sebesar zarah sekalipun, sehingga sebegini hebat mereka perlakukan kepada umat Islam di Gaza. Sungguh-sungguh kecam. Gelap mata hati dan pandangan panca indera mereka untuk menilai apa yang sedang berlaku sebenarnya.


Malah mereka menuduh umat Islam di Palestin mengada-adakan cerita, membuat lakunan, menarik simpati. Mereka menyalahkan mujahid-mujahid yang dikatakan berlindung di sebalik orang awam, kanak-kanak dan wanita apabila berlaku kemalangan jiwa di Gaza. Mereka mengatakan umat Islam di Palestin yang memaksa mereka membunuh kanak-kanak Palestin. Apakah masuk akal? Seluruh Palestin itu terkepung. Mereka yang mengepungnya. Mereka dirikan tembok tinggi. Mereka tutup semua jalan setelah mereka mengambil semuanya di Palestin. Mereka lupa masih ada bukan Islam di Gaza. Ini bukan perang, ini pembunuhan! 


 Ujian ini tidak hanya untuk mereka di Gaza. Ujian ini untuk semua. Untuk kita.


Janji Allah dalam surah Al Israa': Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakkan di atas muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka merajalela di kampung-kampung dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana" (ayat 4-5)

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...