Skip to main content

Warkah Untuk Arwah Azman

Assalamualaikum Azman,

Layangan warkah bisu untukmu. Monolog biasa walaupun tahu entah sampai atau tidak omongan ini.

Wahai sahabatku, akhir-akhir ini kerap benar terkenangkan kamu. Teringat senyum ketawa dan semua luah kisah yang kamu kongsikan. Cerita pasal kekesalan. Cerita pasal masa depan. Siapa kata antara seorang lelaki dan perempuan tidak boleh ada ikatan persahabatan? 6 tahun kita bersahabat, Azman sehingga kamu yang ditakdirkan pergi terlebih dahulu. Ikhlas dan jujur. Bukan hanya kita berdua. Kita dalam kelas 4A1 dan 5A1 sangat rapat antara satu sama lain. 

Man, kami masih berhubungan. Memang pernah saling terputus hubungan tetapi kini, hampir semua kawan-kawan dapat dihubungi semula. Hubungan persahabatan yang lama terputus kembali terjalin.  Kejayaan, jatuh bangun kawan-kawan dalam pengetahuan masing-masing. Walaupun masing-masing dipisahkan oleh jarak dan komitmen keluarga dan kerja. Memang tak dapat selalu berjumpa. Tak juga selalu berbual tetapi kami ada Man, antara satu sama lain. Terutama dengan Ju. Cuma tentulah tak setanding yang selalu kamu buat, Man. Telefon kawan-kawan. Tulis surat untuk kawan-kawan. Macam mana nak lupa Man? 

Ayah kamu bercerita, pada pagi ketika kamu terlibat dengan kemalangan ke tempat kerja, berterabur kad-kad raya yang kamu tulis untuk kawan-kawan di atas jalan raya. Kad-kad raya itu semua yang basah dengan darah kamu, Man. Hati mana yang tak luluh? Selepas kami semua ziarah keluarga kamu, ayah dengan emak kamu datang berziarah ke rumah. Ukhuwah kita tak putus, Man. Masih lagi bertanya khabar berita orang tua kamu pada Akmal. 

Man, selepas Arwah Zahid, Arwah Aizam, kamu dan masuk tahun ke tiga, Arwah Ahsanuddin pula pulang ke negeri abadi. Bertahun-tahun terpisah khabar berita daripada Arwah Din selepas Arwah menyambung pelajarannya ke USM, bekerja dan berkahwin. Tinggal pula jauh di Selatan, alih-alih khabar duka yang datang. Memang Man, kita lebih rapat. Kita lebih banyak berkongsi cerita. Namun tak dapat membendung rasa sedih kehilangan. Arwah Din pergi kerana denggi sebelum sempat berjumpa satu-satunya anak perempuan dia. Seorang lagi kawan telah pulang. 

Tentu masa kami semua hendak bersama-sama dengan kamu sudah semakin dekat, Man. Agaknya kerana itu jugalah semakin kerap teringatkan kamu tapi jujurnya takut sangat sebab sedikit benar persiapan untuk bertemu Sang Pencipta. Takut tak dapat bersama-sama kamu. Bersama-sama dengan Zahid, Aizam, Ahsanuddin kerana kalian orang yang baik-baik. Tentulah kalian berada di tempat yang baik di sisiNya. Kalau tak nampak kelibat kami di sana nanti, jangan lupa panggil ya.

Man, doa untuk kamu tak pernah putus. Ramadan ini, genap 28 tahun kamu kembali ke pangkuan Illahi.  Kenangan kita beraya beramai-ramai. Naik bas turun bas, ke Kampar, ke Gopeng, ke Rapat Setia, ke Sungai Tapah, ke sana sini beramai-ramai kita ke rumah kawan-kawan. Kenangan itu terpahat dalam ingatan. Kenangan yang tak boleh diulang. 

Tetap doa tak putus untuk kamu, Man. Walaupun tak pernah sekali kamu datang dalam mimpi. Tetap kamu dalam ingatan. Pegang Man pada kata-kata kamu, kita bersahabat sampai mati. Ceritakan pasal kamu pada suami. Pada anak-anak. Ceritakan tentang seorang kawan yang baik. Masih lagi berkisah tentang kamu dengan kawan-kawan lain. Selalunya dengan Ju. Kita tak ramai tapi cukup. Kita sentiasa bersama-sama.

Sahabat-sahabatku Zahid, Aizam, Azman, Fazilawati, Noor Hayani, Ahsanuddin, Suhairi, Baizura dan Hasnizar kalian telah mendahului kami berkumpul di sana. Semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua. Meluaskan ruang kubur. Menerangi ruang kubur. Mengampunkan semua dosa-dosa kalian. Semoga kalian semua di tempatkan bersama-sama di syurga firdaus bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Aamiin. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...