Skip to main content

Palestin Bermandi Darah - Di mana Kalian?

Aidilfitri sangat berbeza sekali, kali ini. Kemeriahannya tak terasa. Bagaimana hati hendak suka, kalau melihat semua derita ini. Palestin terus bermandi darah para syuhadah. Jenazah mangsa MH17 belum dapat disemadikan. Malah usaha mencari masih diteruskan. Mangsa MH370 masih belum ditemukan. Tidak nampak jalan terang dalam usaha pencariannya. Benar, ini semua tidak ada pertalian darah dengan saya tetapi jauh di lubuk hati yang paling dalam, ini adalah kemanusian. Ini memerlukan penglibatan langsung saudara sesama Islam. Pemimpin-pemimpin Islam.

Saat Palestin diletupkan, mangsa-mangsa umat Islam lain terus ditindas tanpa belas. Kita bercakap tentang mangsa-mangsa lain di Myanmar, selatan Thailand, Xinjiang China, Iraq, Syria, Mesir, Afghanistan dan tempat-tempat lain. Semua tanpa pembelaan sewajarnya. Pemimpin-pemimpin beragama Islam, kebanyakkannya memeluk tubuh. Berkuasa tetapi berkecuali atau buta mata hati. Terjadinya tragedi seperti ini, tebal rasa malu kerana pemimpin-pemimpin beragama Islam, tunduk dan diam. Apa ya? Apa akan kalian jawab di hadapan Yang Maha Kuasa nanti. Apa?


Setakat 29 hari perang berlangsung. Kehilangan jiwa. Kemusnahan infrastuktur. Meningkat dan terus meningkat. Dalam pada itu yang memberi tekanan dan peduli ummah adalah dari negara bukan Islam. Pemimpinnya bukan Muslim. Tidakkah kalian malu terhadap bangsa lain, yang menganut agama lain tetapi lebih peduli ummah? Isu di Palestin bukan lagi isu agama tetapi isu kemanusian. Manusia gila yang sedang berkuasa itu membedil tidak kira siapa, manusia, Islam, Kristian atau apa juga agama mereka, asal mereka di bumi Palestin.


Malah ada di antara kalian yang bersekongkol dengan penceroboh-pembunuh itu. Kalian jadi tangan kanan kepada penceroboh-pembunuh itu. Mengapa?


Penceroboh-pembunuh itu berniat hendak menghapuskan saudara seagamaku itu sama sekali. Jika tidak, mereka tidak akan bunuh wanita. Wanita yang sedang hamil. Mereka bimbang dengan kepadatan penduduk. Mereka khuatir dengan kebangkitan generasi baharu. Kalian bantu kegilaan mereka.


Jika tidak mereka tidak akan bunuh bayi. Kalian bantu mereka bunuh bayi. Apa dosa bayi itu? 


Jika tidak, mereka tidak akan bunuh kanak-kanak. Kalian bantu mereka bunuh kanak-kanak. Apa dosa kanak-kanak itu?


Apa rasa kalian, jika ini keturunan kalian? Bayi-bayi kalian. Anak-anak kalian.



Ramadan, bulan kemulian untuk hambaNya sudah berlalu. Ketika kalian selesa menjamah juadah sahur atau berbuka, kalian biarkan saudara kalian terbunuh. Entah sempat dijamah hidangan sahur atau berbuka itu, entah tidak. Mana letak hati budi kalian? Mana hilang rasa peri dalam diri kalian?


Syawal adalah tanda kemenangan. Kalian punya kuasa tetapi tak mampu memberi kemenangan buat saudara seagama kalian sendiri. Kalian punya kuasa tapi tak berupaya berlaku adil. Tanya pada diri kalian, layakkah kalian diangkat atau mengangkat diri sebagai pemimpin?

Ya Allah, berilah kemenangan kepada saudara-saudaraku yang tertindas dan dizalimi. Hanya pada Engkau kami berserah. Sesungguhnya Hanya Engkau yang Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...