Skip to main content

Ramadan 1437 Hijri

Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Macam-macam berlaku sepanjang Ramadan kali ini. Ada mengulang cerita yang sama. Tahun-tahun sebelumnya Palestin bermandi darah, tidak ada bezanya pada tahun ini. Pada Ramadan kali ini. Tembak dan bunuh membunuh itu, tidak pernah berhenti. Keadaan ini bahkan berlarutan sepanjang tahun. Cuma tidak jadi perhatian dunia sebagaimana tahun lepas. Apakah anda masih terus memboikot? Merisik khabar melalui cerita-cerita dan gambar-gambar yang dimuatkan daripada saudara-saudara di Palestin melalui facebook, rasa sedih mengigit-gigit. 

Keadaan tidak berbeza di Syria atau di Xinjiang. Ya, keadaan di Xinjiang masih sebagaimana sebelumnya. Memang ada yang menafikan. Keadaan di sana nampak tenang tanpa kekecohan. Sekiranya itu yang dipaksakan saban tahun, sudah jadi lali tentunya tetapi ada juga yang mengugahkan kerana umat Islam di China bukan hanya di Xinjiang. Umat Islam di Beijing, Shanghai dan tempat-tempat lain di China, tidak dikenakan sekatan. Boleh solat. Boleh berpuasa. Jadi ada yang mengatakan larangan berpuasa ke atas umat Islam Uighur adalah cerita yang direka. Wow! 

Tak tahu di mana hendak dimulakan tetapi beginilah, saran saya baca sedikit sejarah China atau sejarah Xinjiang itu sendiri. Anda akan lebih memahami mengapa dan kenapa 'ketegangan' dan 'larangan' dikenakan ke atas mereka. Ada bezanya umat Islam di Beijing, Shanghai atau merata tempat lain di China berbanding umat Islam di Xinjiang. Tidak dapat tidak, anda kena selidik. Ada sebabnya. Islam telah lama sampai dan dianuti di negara China. Lebih lama daripada Islam bertapak di Tanah Melayu ini.


Sama juga nasib pelarian-pelarian umat Islam. Menjadi pelarian terutamanya di negara-negara sebelah Eropah dengan tempoh masa berpuasa yang lebih panjang. Tidak hanya cuaca yang sangat panas dan rindu mereka pada keluarga dan tanah air. 



Mereka mengharapkan makanan dan minum yang mencukupi. Namun mendapatkan makan minum juga sukar buat mereka. Mereka diberikan makanan yang tidak mengenyangkan atau makanan yang sama setiap hari, di kem pelarian Greece dan Jerman. Untuk minum, mereka terpaksa berbaris panjang di sinki. Setelah mengharungi tempoh berpuasa 20 - 21 jam. 


Tempoh berpuasa yang sangat panjang itu juga, membuatkan ramai pemain-pemain bola sepak Islam yang menyertai Kejuaran Piala Eropah 2016, tidak dapat berpuasa. Jangan cepat menghakimi. Kalau kita 'di dalam kasut' mereka juga, adakah kita juga mampu bertahan? Siri latihan dan perlawanan. 

Sebagai umat Islam, ini bulan yang paling kita nantikan. Walau ada yang beranggapan, ini menyeksakan. Bagi kita, inilah rahmat dan peluang. Tak lama lagi pun, Ramadan melabuhkan tirainya. Entah dapat atau tidak, kita menyambutnya lagi di tahun hadapan. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadan. Mohon maaf zahir dan batin. Selamat menyambut hari lebaran yang bakal datang. Semoga kebahagian milik semua. 

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...