Skip to main content

Dalam Lapis-lapis Kenangan

Hampir setiap hari ada berita kemalangan. Kemalangan jalan raya. Kemalangan jiwa. Tambahan pula dalam keadaan sekarang, banyak benar kemalangan jiwa. Cuma berita kemalangan itu semua tidak ada pun menerbitkan rasa ingin tahu lebih lagi. Berlainan benar dengan berita kemalangan ini. Walaupun sudah lebih seminggu kemalangan berlaku.

Hari pertama membaca berita ini dengan komen-komen daripada saksi-saksi kejadian, buat rasa ingin tahu menebal. Ada saksi berkongsi tentang arwah di media sosial. Ada yang berkongsi saat menyaksikan kemalangan di depan mata. Ada yang berkongsi momen mengeluarkan arwah dari kereta. Paling menyedihkan momen saksi tentang tangan salah seorang penumpang yang terputus. Media pun mula kongsikan juga. Malah media gunakan gambar arwah dari media sosialnya. Ya, zaman sekarang siapa yang tak punya media sosial kan. Sementelah pula medium media sosial arwah untuk tatapan umum. 

Arwah menunjukkan bakatnya melalui media sosial. Berkongsi tentang hasil kerja-kerjanya. Arwah bercerita tentang kesungguhan mencapai cita-citanya. Cita-cita yang hampir jadi kenyataan. Namun Allah SWT lebih mengetahui segala sesuatu. Mengatur takdir hidup hambaNya. Memang diakui hantaran-hantaran terakhir dalam media sosial arwah menunjukkan seolah-olah arwah mengetahui masa hidupnya sudah tidak lama. Antaranya, arwah mengharapkan agar dapat meninggal dunia dalam keadaan sudah bertaubat. Allah, luluh hati membacanya. Dalam hantaran lain, arwah meluahkan sepatutnya kita berasa bangga kerana ada orang yang sudi menjadikan kita sebagai topik perbualan. Benarlah arwah kemudiaanya menjadi topik perbualan. Bukan hanya dikalangan keluarga dan kawan-kawan, orang ramai bercakap tentang arwah. Mendoakan arwah. Arwah meninggalkan nama baik untuk dikenang. Benarlah orang yang baik itu lebih disayang Tuhan. Gambar ini dari media sosial arwah. Antara gambar terakhir dalam hantaran arwah. Sayu sekali tatapan mata arwah. Semoga arwah Muhammad Nurshamril Abdul Malek di tempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aamiin.

Melihat hasil kerja arwah di media sosial. Segala gambar dan video yang arwah kongsikan, menyingkap lapis-lapis kenangan ketika saya bekerja dengan production house. Sebuah production house yang sangat gah namanya di Malaysia suatu ketika dahulu. Production house yang punyai kelengkapan dan peralatan yang hebat. Mereka punya bangunan besar dengan segala macam kemudahan. Bayangkan mereka buat penggambaran di 'hospital, klinik, restoran' mereka sendiri. Ya, mereka ada pasukan penulis skrip sendiri. Wartawan sendiri. Malah mereka juga punya studio-studio yang hebat. Itu diakui editor, cameraman, juru audio dan kru di sana. Salah seorang editor yang rajin bercerita adalah Ozi. Ozi ini rakyat Indonesia yang dikatakan berbakat dan berpengalaman luas. Pada ketika itu menerima bayaran yang paling mahal di antara editor-editor yang ada. Mereka ini ada yang bekerja tetap dan ada yang freelanceProduction house yang run 24 jam. Ketika di sana baru saya tahu apa itu promo, montaj, opening credit, end credit, footage, bloopers dan segala macam jenis tape. Melihat mereka bekerja pilih lagu, pilih muzik latar termasuk editing dan shooting. Malah saya juga pernah terlibat dalam satu proses dubbing kerana menggantikan seorang pelakon tambahan yang tidak hadir. Setiap kali kalau hasil produksi dimainkan di TV, saya akan tunggu untuk baca ending credit sampai habis kerana ada nama-nama mereka yang saya kenali. Abang Azmi Jo, Kak Ila, Along, Iwan, Eddie, Sham, Mike, Eric, Ozi dan ramai lagi. Bergenang tubir mata menaip ini. Semoga di mana sahaja mereka berada, apa sahaja yang mereka sedang buat, saya doakan mereka semua bahagia dan berjaya.

Lapis-lapis kenangan yang jarang saya kongsikan. Singkat masa di sana namun kenangan tetap ada. Barangkali kerana itu juga berita kemalangan ini begitu mengusik hati. Tambahan pula membaca tentang pengalaman salah seorang yang terselamat.





Pernah merasai pengalaman itu dan pernah kongsikan di sini. Semua masih jelas diingatan. Tengah hari. Selepas solat Zohor. Bulan Ramadan. Sarat mengandung anak bongsu. Tak pakai tali pinggang keledar. Tayar kereta meletup. Kereta mula tak terkawal. Berpusing-pusing. Menghentam penghadang jalan. Anak-anak jatuh tercampak. Beg udara pun keluar. Menghimpit. Tinggalkan parut di muka dan tangan. Hendak menoleh ke tempat duduk belakang pun tak berupaya. Hanya ingat mati. Mati dan mati sahaja. Hanya ada kalimah-kalimah Allah yang mampu terucap. Allah SWT menentukan usia kami sekeluarga masih panjang. Jika tidak, itu merupakan Ramadan terakhir buat kami sekeluarga dan kami akan disemadikan dalam satu liang lahat. Hanya tinggal nama sahaja. 

Jangan ambil mudah. Pakai tali pinggang keledar. Jika naik kereta. Pakai topi keledar. Jika naik motosikal. Maut memang betul boleh berlaku di mana-mana. Kemalangan hanya asbab juga betul. Namun pakai untuk keselamatan. Itu juga ikhtiar kita. Apa yang berlaku, pengajaran untuk kita.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...