Skip to main content

Gastrik: Rawatan Susulan

Melawat Unit Hepatologi lagi. Keputusan ujian UBiT-IR April lalu disahkan doktor, negetif. Ujian darah dan air kencing juga negetif. Alhamdulillah.

Dr Chua menetapkan hujung tahun, selepas melahirkan dan menyusukan, saya akan menjalani prosedur endoskopi. Sekarang memang Dr Chua elakkan disebabkan sejarah keguguran berulang kali. Kalau hendak diikutkan, masih boleh bagi perempuan mengandung menjalani prosedur ini tetapi Dr Chua tak mahu mengambil risiko.


Sementara menunggu hujung tahun ini, saya mesti bertahan. Bekalan ubat sangat banyak, magnesium trisilicate mixture dan ranitic. Rasanya tak perlu mengulang ke klinik. Alhamdulillah sekarang gastrik tidak menyerang setiap hari sebagaimana peringkat awal kehamilan. Saya elakkan mengambil makanan yang boleh membuat gastrik bertambah teruk. Kalaupun saya teringin sangat, saya pastikan makan sedikit sahaja. Sedikit itupun kadang-kadang memberi kesan yang kuat juga.

Besar harapan saya sakit ini hanya menyerang ketika mengandung seperti kata orang-orang tua, pembawa budak. Sekarang yang tinggal adalah doa dan harapan.


Comments

  1. Salam..saya pn mengalami gastrik yang teruk...lagi la bulan puasa nie...lg teruk...sy dh 4 bln pregnant.tp doktor cuma bg sy mkn gaviscon sahaja.macam ne nk bwt yea.hari nie hari ketiga saya puasa.badan bertambah letih.takde tenaga.help me pls sis.nie anak pertama saya.tak tau dah nk bwt apa.buka puasa pn makan tk byk.

    ReplyDelete
  2. Salam Zuhalpluto. Terima kasih kerana singgah di sini. Saya sudah buat satu entri khusus hari ini, saya harap dapat membantu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Boleh saya bertanya bagaimana kita mahu membuat appoinment dengan dr pakar ye? Saya mengandung 3 bulan dan mengalami masalah gastrik yang sangat teruk sampai satu kerja pun saya tak larat nak bangun. Gastrik yang berterusan dan kalau makan ubat gastrik atau ubat angin, hanya berapa jam je bagi kelegaan. Harapnya, puan dapat membantu. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Waalaikummussalam Puan Emma Izzati.

    Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Saya dapatkan rawatan di klinik swasta sebelum doktor buat surat rujukan ke hospital. Asyik berulang jumpa doktor yang sama, doktor pun hilang daya nak mengubatkan saya hahaha... Rujuk kepada doktor pakar, sudahnya.

    Suami bawa surat rujukan itu kepada kawannya dengan harapan saya tak perlu que panjang untuk temujanji doktor pakar. Sebenarnya tak ada pengecualian pun. Saya menunggu 4 bulan sebelum dapat temujanji pertama dengan doktor pakar. Kelebihannya doktor pakar akan tentukan ujian apa yang paling selamat untuk kita, ibu mengandung bagi memastikan sejauhmana teruknya gastrik kita itu.

    Saya harap post2 saya mengenai gastrik ketika mengandung dapat membantu puan. Sebenarnya saya sudah pun buat ujian endoskopi selepas saya bersalin. Alhamdulillah keputusannya memihak kepada saya. Gastrik teruk itu hanya ketika awal mengandung.

    Saya doakan puan sihat seperti sediakala, aamin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...