Lama bersawang. Kasihan, kena tinggal begitu sahaja! Sebetulnya bukan disengajakan. Tidak ke mana-mana pun. Masih di sini. Cuma keadaan kesihatan yang kurang telah membataskan segala-galanya. Benar-benar terasa apabila nikmat yang dipinjamkan Yang Maha Esa "ditarik balik". Tetapi untuk mendapatkan sagu mesti berusaha memecahkan ruyung. Kata orang lagi, bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Semoga ada tukaran nikmat sebagaimana yang diharapkan.
Hidup adalah pantai yang selalu berubah dilanda badai. Ujian yang datang seperti ombak tiada surutnya, kerana janjiNya juga ujian menguji keimanan, menduga kesabaran, meneguh cinta. Tentulah kerana sering dekat dan semakin dekat. Tentulah cinta itu tumbuh bercambah segar. Harapnya begitulah.
Perubahan besar juga berlaku dalam hidup sahabat saya, Nasha. Alhamdulillah. Hijrah sebetulnya. Tahniah, Nasha. Saya tumpang seronok. Memang lambat tahu perubahan itu kerana blognya, tak berkesempatan untuk singgah. Facebook juga sudah hantar notis kerana lama diabaikan. Begitulah apabila datang masa sakit.
Lama berdiam, memang banyak yang berlaku. Banyak perubahan yang telah terjadi. Nantilah. Nanti-nanti. Insya Allah, sekiranya esok lusa masih ada hari. Masih ada kelapangan.
Assalam Syidah..semoga sentiasa sihat dan di dalam lindunganNYA
ReplyDeleteHi Syidah! Camana sekarang, hopefully sihat dan ceria seperti dulu. Memang bila ditimpa ujian, terasa peritnya dunia tapi insyallah semua tu membuatkan kita lebih dekat pada Dia. Ada laa yang lebih baik menanti in future and its for sure ;-)
ReplyDelete