Skip to main content

Mengumpul Kekuatan

Hanya insan biasa. Sangat terkesan oleh tekanan demi tekanan yang hadir bagaikan hujanan peluru yang bertali arus. Sudahnya tersungkur jua. Menangisi kehilangan. Ini kehilangan yang kedua.  Lumrah bagi insan biasa. Sebanyak manapun tangisan takkan boleh menggantikan kehilangan ini. Tidak juga mampu mengubah hakikat.  Tempoh merawat luka di hati telah tamat. Jujurnya masih belum bersedia kerana amat pasti pelbagai hentaman akan menyusul. 

Jiwa ini juga perlu rawatan. Semangat perlu dihimpunkan. Kentallah jiwa, kuatlah semangat. Bak kata Prof Dr Hamka, 'hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar tertempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri'. (Prof Dr Hamka, Tasauf Moden)

Memeluk Gerhana kembali dalam tatapan. Mengulang tonton filem Lion of the Desert. Juga dokumentari As-syahid Edoardo Agnelli di lawan sesawang. 


Ilham Sidek. Merengkok dalam tahanan bawah tanah, dinafikan haknya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti yang menjadi cita-citanya sejak kecil dan dibutakan matanya. Sebabnya hanya satu, Ilham mendalami Islam dan menyuburkannya dikhalayak. Namun Ilham tidak sekali-kali mengalah. Tidak tunduk pada tekanan. Watak Ilham entah watak rekaan, entahkan watak nyata. Kreatifnya pengarang sehingga merasakan watak Ilham hidup subur di ingatan.


As-syahid Umar Mukhtar dan as-syahid Edoardo Agnelli, ini hakiki hidup. As-syahid Umar Mukhtar berjuang hingga ke titisan darah terakhir mempertahankan tanah air serta agama Islam dari pencerobohan penjajah lebih 20 tahun. Pada usia yang sangat lanjut, beliau merancang dan berjuang. Sangat digeruni. Sangat didendam. Ramai yang takut dan tunduk. Ramai juga yang datang memujuknya menyerah. Namun baginya biarlah kematiannya di tangan musuh, kerana baginya hanya jasadnya yang pergi tetapi generasi demi generasi seterusnya akan mengambil posisi beliau. Menyerah bagi Umar bermaksud beliau telah mengkhianati generasi pewarisnya. Inilah yang difilemkan sebagai Singa di padang pasir.


As-syahid Edoardo Agnelli, banyak lagi yang perlu dicari tahu mengenainya. Maklumat asas yang diperolehi menyatakan beliau merupakan anak lelaki tunggal pengasas Fiat yang kaya raya tetapi memilih memeluk agama Islam. Haknya mula dinafikan. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya termasuk dituduh memiliki heroin, dimasukkan ke wad sakit jiwa dan terakhir dibunuh. Menyedihkan apabila berita pembunuhannya dimanupulasi sehingga kini dengan mengatakan beliau membunuh diri dengan terjun dari jambatan. Edoardo dikebumikan serta merta bagi menutup jenayah zionis. Masih mencari buku mengenainya.

Tidak ada bezanya kehidupan zaman moden atau tidak. Berpaksikan demokrasi atau tidak. Semuanya sama. Tekanan silih berganti, kekejaman berterusan. Penyudahnya bukan bahagia namun tiada secalit pun rasa kecewa. Lebih daripada 3 watak ini sebenarnya dapat menghidupkan jiwa. Lebih sebenarnya.

Penganaiyaan ini kecil sebenarnya berbanding mereka. Tekanan ini sedikit sebenarnya berbanding mereka. Perjuangan mesti diteruskan. Tegakkan kebenaran selagi berada dipaksinya.

Ada ada senikata lagu, lebih kurang begini bunyinya:

Hiburkan hati bawa menyanyi...

Apa kata kita hiburkan hati, bawa memasak.

Mari kita masak puding jagung.

Bahan-bahannya:
1 cawan tepung kastard
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
11/2 cawan susu cair

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk.
2. Kacau atas api yang sederhana sehingga likat.
3. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai. Siap untuk dihidangkan.

Mudahkan. Rasanya pun sedap. Terima kasih F&N dari myresipi. Apalagi Erni & Umi, silakan.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...