Skip to main content

Hikmah & Cabaran: Gastrik Ketika Hamil

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Setelah dua siri kehilangan berturut-turut, saya diberi rezeki Yang Maha Esa dan kini dalam proses menambah anggota keluarga. Alhamdulillah.

Namun bukan senang untuk senang. Sejak awal kehamilan lagi gastrik datang menyerang. Pedih ulu hati berterusan. Jujurnya pengalaman mengandung kali ini sangat mencabar. Kalau tidak mengandung pun, ada kalanya saya memang mendapat gastrik. Tetapi tidak pernah berterusan sebegini.

Semuanya rasa serba tidak kena dan menanggung sakit, tidak kira siang mahupun malam. Malah ketika tidur, ada masanya sakit itu datang bertandang, "Hai!". 

Cuba beberapa petua untuk mengatasi cabaran ini, antaranya:

  • tidur mengiring ke kiri

  • lapis batal tinggi. Tidur duduk juga pernah.

  • elak makan makanan pedas. Minuman berkafein memang tidak membuka selera. Hatta teh tarik yang memang jadi kegemaran sekalipun! Banyak makanan yang saya elakkan, sayur kangkung, taugeh, nangka, rebung, pucuk ubi, pucuk paku, macam-macam. Sampai-sampai satu tahap terasa macam dalam pantang sebab melahirkan pula!

Dalam keadaan begini, memang bergantung penuh pada suami. Semua urusan rumah di bahunya. Masak memasak, membasuh, mengemas, menyapu. Saya macam puteri raja sahaja. Itu kisah di rumah. Cabaran bekerja pula sekarang lebih daripada sebelumnya. Banyak masa habis dengan kerja-kerja luar. Memerlukan saya banyak berjalan. Fikir positif sahaja, elok juga banyak berjalan kaki nanti mudah hendak melahirkan. Peruntukkan cuti sakit tak boleh sewenang digunakan walaupun badan berkata, "Nahi, nahi, nahi!!!". Saya kuatkan hati. Akan datang belum tahu apa pula akan berlaku. Selagi boleh bertahan, sedapatnya bertahan sahajalah.

Telah berjumpa denga tiga orang doktor. Sudah beberapa kali juga dapat suntikkan. Namun tidak dapat melegakan sakit dalam tempoh waktu yang panjang. Ubat-ubatan untuk merawat juga terhad. Paling ringan malahan. Paling selamat untuk ibu mengandung. Tidak banyak yang dapat dibuat.



Akhirnya, dirujuk ke hospital. Kata Doktor Chua, "Tangan saya terikat!" April lepas saya mengulang lagi ke hospital untuk menjalani ujian. Ujian yang paling ringan dan tidak membahayakan juga kerana kehamilan ini. Keputusan ujian masih belum diketahui. Insya Allah 14 Jun nanti.


Hari ini sempena 1 Rejab, saya mencuba untuk berpuasa. Doktor melarang tetapi saya percaya tidak salah mencuba. Saya harap dapat bertahan hingga ke akhirnya dan meneruskan puasa pada masa-masa akan datang, amin. Ini rasanya apabila Allah tarik nikmat yang selama ini diberikanNya.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...