Skip to main content

Kek Span Coklat Untuk Hari Bapa

Jun bulan untuk kaum bapa. Selamat hari bapa buat kaum bapa semua. Saya buat kek span coklat pada hari Ahad sempena hari bapa. Ringkas sahaja. Siang hari anak-anak memang sudah tak sabar-sabar lagi hendak makan kek tetapi suami pergi membeli barangan dapur. Lewat petang baru balik. Lama sangat agaknya mengunggu, masing-masing tak sabar hendak rasa, cubit sikit. Makin lama makin besar dan kek saya sudah bertobek-tobek. Hmmm alahai. Potong sahajalah. Mari kita makan.


Apabila suami balik, minta buat kuah durian. Ada orang panggil serawa durian. Ada orang panggil pengat durian. Mana-manalah. Hendak makan roti. Okay, kita makan kuah durian cicah roti dulu. Perempuan mengandung ini memang lemah gemalai buat kerja. Kemaskan barang-barang dapur yang baru dibeli. Kemudian baru saya bancuh satu lagi adunan kek. Kek yang tadi pun sudah habis sebelah, dimakan oleh kami bertiga (anak-anak dan saya hahaha). Sambil-sambil itu siapkan hidangan makan malam.
Elok sahaja saya sudah siapkan kek, anak-anak rupanya sudah selamat beradu. Alamak. Suami gelakkan saya. Katanya, "Esok sahajalah."


Inilah sahaja yang tinggal. Anak-anak makan dan suami minta bawa bekal ke pejabat. Suka sebab habis.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Pertarungan Atlet Muay Thai Malaysia di ONE Championship & RWS

Lima orang atlet Malaysia akan bertarung pada hujung minggu ini di Thailand. Semoga bendera Malaysia, bakal berkibar megah. Selamat maju jaya Johan Jojo Ghazali, Wan Muhammad Sabri Wan Zuki, Adam Rakib, Elias Ghazali dan Mikhail Miki Ghazali. Jojo, Adam dan Sabri akan bertarung pada 6 Februari 2026 di Stadium Lumpinee, Bangkok. Alif Rakib akan masuk gelanggang menentang Prajanchai bagi merebut tali pinggang kejuaraan. Semua mengharapkan ayam tambatan Malaysia mampu mengulang sejarah, menang bergaya. Semoga semua atlet negara yang bertanding akan mengulangi kejayaan sebagaimana yang dicipta oleh Rifdean Masdor pada 16 Januari 2026 yang lalu. Kita juga harapkan lebih ramai wakil negara akan memenangi kontrak beradu di ONE Championship. Suka dengan semangat atlet Muay Thai kita.  Kalau sebelumnya negara terkenal dengan adik beradik Sidek dalam Badminton. Kita ada adik beradik Yoong Hanifah dalam Luncur Air. Ada trio adik beradik Wan dalam Permotoran. Negara bangga dengan pencapai...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...