Skip to main content

Andartu, Masalah Kesuburan - Oh My Baby

Ianya cliche

Apabila belum kahwin, orang akan tanya bila nak kahwin?

Apabila belum punya anak, orang akan tanya bila nak ada anak?

Apabila sudah punya anak, orang tanya bila nak tambah bilangan anak?
kalau tak ada anak lelaki, bila nak dapatkan anak lelaki?
kalau tak ada anak perempuan, bila nak dapatkan anak perempuan?
(serupa macam jantina anak itu boleh dipilih-pilih)
Apabila anak sudah bersekolah, sibuk bertanya keputusan peperiksaan anak?
berapa banyak kaut A?

Apabila anak semakin besar soalannya, anak sambung belajar ke mana? 
kalau tak sambung belajar, kenapa?
anak ambil jurusan apa? 
anak sudah kerja?
kerja apa?
kalau belum bekerja, kenapa?
anak sudah ada teman hidup atau tidak? 
bila nak bermenantu?
bila nak bercucu?

Orang kata zaman berubah, orang sudah tidak kisahkan hal-hal begini lagi. Hidup yang utamakan kerja lebih daripada membina hidup berkeluarga. Ya ke?

Tidak juga sebenarnya. 

Oh My Baby menyorot isu sensitif ini, anak gadis lanjut usia masih belum berkeluarga dan masalah kesuburan. Tidak hanya masalah kesuburan pada wanita tetapi juga lelaki. Inilah yang dilalui Jang Ha Ri. Ha Ri merasakan diri terlalu tua untuk mendapatkan pasangan hidup bagaimanapun berkeinganan besar untuk memiliki darah daging sendiri. Ingin melalui pengalaman mengandung dan melahirkan serta membesarkan. Ha Ri percaya dari sudut kewangan, mampu. Bukan tidak ingin dicintai atau mencintai tetapi kesempatan itu dia tak punya. Ini di luar upayanya juga. Sesiapa yang pernah duduk dalam kasut Ha Ri akan faham sangat apa yang dirasainya. 



Impian Jang Ha Ri - impian normal buat seorang wanita.
Tidak ada yang luar biasa. 
 

Sentimen masyarakat tetap memberi pengaruh besar dalam diri seseorang. 

Impian Jang Ha Ri dibatasi oleh takdir apabila beliau mendapati kesakitan setiap kali didatangi haid itu rupa-rupanya didalangi oleh masalah endometriosis. Sekaligus menjejaskan peluang untuk mendapatkan anak.

Doktor menyarankan Ha Ri mengandung sebelum menjalani pembedahan kerana peluangnya akan tipis setelah menjalani pembedahan. Konflik demi konflik timbul kerana Ha Ri berusaha secepatnya mendapatkan calon bakal bapa, melangkaui taboo dan norma kebiasaan masyarakat setempat. Lebih menyulitkan Ha Ri tidak punya ramai kenalan lelaki.

Sudah tentu mereka di sekeliling pada awalnya terkejut dan menentang Ha Ri. Impian normal yang hampir meranap kehidupannya. Ha Ri terpaksa bangkit menghebahkan keinginan dan mengharap dirinya difahami. Perlahan-lahan  mereka di sekelilingnya menyokong cuma mereka lebih berharap Ha Ri tidak hanya punya anak tetapi juga punya pasangan hidup. Seakan jalan keluar pada masalah Ha Ri selesai apabila muncul Yi Sang dalam hidupnya. Ha Ri dan Yi Sang akhirnya saling mencintai dan Ha Ri berharap dapat membina keluarga selayak manusia normal lainnya. Hubungan cinta mereka, diraikan. Namun takdir masih tidak menyebelahi kerana Yi Sang juga mempunyai masalah kesuburan.  

Ikut sama-sama merasakan sakit yang ditanggung Jang Ha Ra dan Han Yi Sang. Sakit itu di sini, di hati. Sakit yang tidak ada ubatnya.

Sakit untuk memilih antara cinta dan impian.

Mengharapkan pada sebuah keajaiban.
Dalam erti kata lain, membuktikan besarnya kekuasaan Yang Maha Esa ke atas hambaNya. Beriman pada qada dan qadarNya. Beriman kepadaNya

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...