Skip to main content

Ustaz Don - 30 Minit Serasa Singkat


Penyampaian bersahaja, mudah fahami serta ada jenaka tetapi penuh dengan ilmu, barangkali faktor-faktor ramai berminat dengan penyampaian Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Ada yang  mengatakan Ustaz Don adalah fenomena baru. Alhamdulillah, memang bagus begitu. Kejayaan ini akan membuatkan usaha memperkayakan program berbentuk keagamaan, dipertingkatkan.

Anak-anak pun suka juga. Peluang yang baik mendekatkan mereka dengan rancangan bercorak keagamaan. Gaya tiga jari Ustaz Don pun jadi ikutan mereka. Hari selasa, belajar tajwid. Ustaz Don mulakan dengan membetulkan bacaan surah Al Fatihah, surah An Nas dan ayat-ayat lazim yang lain. Kebetulan ada yang memang diketahui dan ada yang sedang mereka pelajari. Malah apabila Ustaz Don menyebut watak-watak kartun, anak-anak jadi lebih seronok. Lewat sedikit mereka tidur kerana menonton. Mujur juga masa siarannya cuma 30 minit.

30 minit memang tempoh yang singkat. Campur pula dengan selingan iklan. Ustaz Don selalu pesan, jangan merungut. Hargai masa sebaiknya. Mengelak jemu, katanya sebab itulah pendek sahaja masa program untuknya bersiaran.

Hari Isnin dan Rabu, pelajaran fardhu ain. Asas. Penerangan tentang manusia yang lahir dengan fitrah. Contoh, bayi yang baru dilahirkan, apabila ditepuk akan menangis. Itu adalah fitrah. Manusia dijadikan daripada tanah. Sifat manusia bersamaan dengan tanah itu sendiri. Terfikirkah kita?

Menyucikan diri. Islam mengutamakan kebersihan. Bagaimana bersuci, berwuduk dengan betul, bertayammum dengan betul? Teori serta praktikal. Anak-anak pun ikut belajar.
Najis. Perkara-perkara yang memang telah diketahui tetapi diulang dengan mengingatkan kita supaya lebih berhati-hati. Ustaz Don bawakan contoh-contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan harian. Bagaimana kita menguruskan najis bayi dan anak-anak kecil? Supaya tidak ada kecuaian sehingga menjejaskan ibadah. Najis pertengahan ada dalam kategori nampak dan tidak nampak kerana itu mesti berhati-hati. Islam itu indah. Setiap perkara sangat teliti kalau kita renungkan.

Program 30 Minit Ustaz Don memang usaha TV Al-Hijrah yang sangat bagus. Sesuai untuk semua golongan. Memang benar ada perkara yang kita rasakan kita sudah tahu tetapi tidak salah untuk terus mengingatkan diri dan belajar lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

Panduan Memilih Buku Untuk Anak Disleksia

Membaca jambatan ilmu. Mari kita pupuk minat membaca untuk anak-anak disleksia kita. Walaupun membaca akan jadi perkara yang paling meresahkan untuk mereka. Mula-mula kita kena pilih buku yang sesuai.  Pilihan buku yang baik untuk anak disleksia antaranya mesti mengambil kira: Ada lebih banyak gambar berbanding tulisan .  Saiz tulisan yang besar dan menarik . Kenapa? Anak disleksia menggunakan bahagian otak yang berbeza daripada anak normal untuk membaca. Jadi mereka cepat lebih. Lambat faham. Kita tentu tak mahu anak kita cepat letih. Kita mahukan anak kita seronok membaca dan sukakan buku. Dr Ong Puay Hoon ( Presiden Persatuan Disleksia Sarawak ) sarankan, sebaik-baiknya dalam satu muka surat hanya ada sebaris ayat. Saya sertakan contoh yang diambil dari buku No, David! Puan Lee Voon Yee ( Psikologi Klinikal PPUKM ) menyarankan buku-buku kanak David Shannon . David Shannon merakamkan keletah dan kelakuan anak-anak. Sekaligus buat anak-anak...

Nasinya Tumpah Dan Talang

Nasinya tumpah adalah salah satu daripada cerpen-cerpen bermutu yang dihasilkan oleh pengarang tersohor, Fatimah Busu. Cerpen yang memenangi Hadiah Karya dan Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1972, ini juga diangkat dalam drama televisyen yang dilakonkan oleh Marlia Musa dan ND Lala. Saya mula membacanya ketika di bangku sekolah rendah. Ada apa dengan "nasinya tumpah"? Banyak. Antaranya, hikmah atas sesuatu perkara buruk yang berlaku. Mujur nasinya tumpah jika tidak, Bedolah pun akan sama meninggalkan dunia fana ini. Ini cerpen namun dapat menerbitkan rasa sayu. Sarat membawa mesej kemanusian dan kemasyarakatan. Bayangkan jika perkara sama menimpa diri atau ahli keluarga kita. Kutip cendawan, masak dan makan beramai-ramai. Saya sekeluarga juga pernah. Sedap! Sudah makan teringat semula cerpen ini. Memang menginsafkan. Bagaimana dengan keluarga yang memang apabila terjumpa cendawan bermakna itu rezeki mereka buat hari itu. Kutip, masak dan makan. Tanpa mengira sama ada ce...