Skip to main content

Keliru? Bercelaru Sudahnya



Apa perasaan anda apabila mata tertancap pada gambar ini? Bayangkan perasaan ibu ayahnya. Ibu ayah yang mengandungkan, melahirkan, bersengkang mata merawat sakitnya, menyuap nasi ke mulutnya,  membersihkan tubuhnya, merapikan pakaian sekolahnya, menyikat rambutnya, memimpin tangannya dan setiap segala sesuatu yang telah dilakukan atas nama kasih sayang dan tanggungjawab, untuk anak itu. Bayangkan dari tapak kakinya sebesar dua jari sehingga dia mampu kini berdiri dengan gagah, memimpin tangan "pasangan"nya untuk diijabkabulkan dalam situasi yang sangat meruntun perasaan ibu dan ayahnya. Ya saudara saudari, lelaki ini sekiranya benar yang dilaporkan telah  menghilangkan diri dari keluarganya sejak tiga tahun lepas, difahamkan telahpun melangsungkan "perkahwinan"nya. Astagfirullahaladzim.

Tanda-tanda kiamat itu kian hampir semakin nyata kini. Sekali lagi kecelaruan gender menjadi isu.  Isu yang sudah jadi barah dalam masyarakat. Memang anak ini tidak hilang tetapi memilih untuk menghilangkan diri daripada keluarganya. Pilihan songsang yang tentu mendapat tentangan. Pilihan pengantin Melayu, berbaju Melayu, bersamping dan bertanjak dan itu jugalah pilihan hatinya. Apa sebenarnya yang cuba ditonjolkan kepada umum? Menitis air mata di hati kita.

Kebanyakkan Melayu itu beragama Islam. Kalau suatu ketika dahulu, boleh sahaja pukul rata semua Melayu beragama Islam, kini tidak lagi. Anak Melayu. Anak lelaki Melayu. Anak harapan ayah dan ibu. Anak cemerlang suatu ketika dahulu. Kebanggaan guru-guru. Ada betulnya kenyataan, berjaya dalam akademik dengan cemerlang tidak menjamin baik budi. Kepandaiannya tidak dipandu untuk menyelesaikan kekeliruan yang sedang dihadapinya. Kebijaksaannya tidak digunakan untuk membezakan salah dan benar. Benar juga kenyataan, iman tidak dapat diwarisi. Ada hutang dunia yang perlu dilunaskan, RM 890,000. Tidak sepatutnya hutang ini jadi bebanan ayah dan ibu. Rasanya apa yang dipikul oleh ayah dan ibunya kini jauh lebih berat.

Ariff Alfian Rosli. Masih belum terlewat untuk kembali ke pangkal jalan. Jalan kebenaran masih luas terbentang. Ayuhlah, sebelum terlambat.

Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Muzammil: 20)

Comments

  1. I feel more sorry for the parents. Harapnya depa masih panjang umur jika mamat ni decide to kembali

    ReplyDelete
  2. memanglah kasihan kat mak pak. takut aku dengan semua ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...