Skip to main content

MPH Carnival 2011


Kelam kabut. Sebenarnya kalau pergi ke mana-mana pesta buku, masa sejam memang takkan mencukupi. Tapi itulah hendak buat macam mana lagi. MPH Carnival ini mula 8 Disember. Saya, Zalipah dan Husna merancang ke sana pada keesokkan harinya, kebetulan kerana waktu rehat yang lebih panjang daripada biasa. Panjang pun, jadi pendek selepas tolak mengharung sesak di jalan raya. Tambah-tambah hari Jumaat. Tambah-tambah ke Mid Valley.

Sesampai sahaja di sana terus isi minyak perut. Baru banyak tenaga. Tidak. Takut-takut ralit menjamu mata dan saku dengan buku, terlepas pula makan tengah hari. Satu hal pula. Takkan nak menjamu selera waktu pejabat pula. Sesudah kenyang perut, suka hati baru masuk ke tapak karnival. Ada kasut-kasut sekolah, beg-beg sekolah, pendek cerita kebanyakkan peralatan sekolah. Aii mana bukunya? Kalau ada booth yang menjual buku pun, cuma Groolier sahaja. Pelik juga. Rupa-rupanya disebabkan kami kelam kabut, kami tak perasaan karnival buku ada di sebelah kanan. Kami masuk sebelah karnival kiri, back to school. Terukkan?

Kami terus meluru ke booth MPH, disebabkan pesanan Mona untuk belikan senaskhah A Doctor in the House. Niat belikan pesanan Mona terlebih dahulu, kami undurkan jadi pengakhiran. Tebal ya kawan-kawan, buku itu. Kulit keras pula. Serasa beli kamus Dewan pun tak sebegitu. Oho marah Mona nanti!

Memang betul-betul karnival kerana MPH beri diskaun hingga 70% pada sesetengah harga buku. Malangnya dengan waktu terhad dan ramainya orang berkerumun, satupun tak sempat dicapai. Booth-booth lain pun ada juga yang tawarkan diskaun, cuma tidak serendah itu.

Rasa tak puas tapi masa memang suntuk. Sesat pula tu! Hmmm memang bukan selalu ke Mid Valley. Kami sudah berjanji dengan Anuar, pukul 2:00 petang di stesyen bas. Lewat sikit kerana kami tak jumpa pintu keluar ke stesyen komuter. Sampai melilau mencari penjaga bangunan, untuk bertanyakan arah. Memang teruk dan kelam kabut! Kalah pelancong. Kalau tenang-tenang sahaja, takkan jadi begitu pun. Mujur juga jalan tak begitu sesak, kami sampai 2:30 petang. Sempat singgah di koperasi, cari air. Haus!


Inilah 'hasil tangkapan' termasuk hadiah percuma dari PTS. Kebetulan sekali anak sulung Anuar akan menyambut hari lahirnya dan mesti memenuhi undangan ke majlis perkahwinan anak Lebai Din. Semuanya menerima hadiah buku.


Mujur juga beli dua naskhah, rupa-rupanya meraikan dua pengantin.



Muhammad Abid Zikry punya kecenderungan dalam bidang masakan. Jadi belikan buku Putera Fariri, si chef terkenal itu untuknya. Beri galakkan untuk minatnya berkembang.

Hujung minggu pun tak dapat memenuhi impian jelajah ke sana. Suami bekerja luar daerah dan tidak ada upaya rasanya, mengawal anak-anak berseorangan. Hanya malam penutup, impian terlaksana. Tetapi ada pro dan kontra. Tidak ada lagi tawaran 70%. Ada antara booth sibuk mengemas walaupun karnival dikatakan berakhir jam 10:00 malam dan jam belum pun menginjak angka 9. Sebelum ini PTS menawarkan sebuah buku percuma bagi setiap pembelian tetapi digantikkan dengan tawaran 20% bagi setiap pembelian sekalipun tanpa kupon diskaun 20%. Kelebihannya kebanyakkan booth menawarkan tawaran harga murah seperti tawaran 10%, 20% atau 30% daripada harga buku yang dijual.


Sampai hari ini saya masih rasa ralat, kenapalah tak beli buku Anak Apak yang kebetulan dilancarkan pada hari terakhir itu? Ada tawaran 20% daripada harga sebenar RM 25.00. Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Anak-anak, saya beri peluang memilih buku-buku yang mereka suka tetapi kemudian ada tapisan akhir hahaha. Saya tengok betul-betul kesesuaian buku-buku yang dipilih. Insya Allah lain kali, kalau berkesempatan dan ada rezeki lebih, boleh cari lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...