Skip to main content

Hasrat Tak sampai

Musim cuti sekolah belum ada kesempatan bawa anak-anak bercuti. Kawasan sekitar Selangor pun ada juga tempat-tempat menarik yana belum diteroka. iCity misalnya, dengar cerita dan tengok gambar sahaja. Adik bongsu berhajat ke Genting tapi keberatan hendak pergi. Faham-faham sahajalah cuti perayaan begini, sudah tentu sesak padat manusia di situ. Kalau bukan kerana masalah air, saya memang berhasrat ke Kuala Gandah tapi memikirkan tempat yang lebih dekat ada, mengapa bersusah payah berjalan jauh?

# 1 Sekitar jam 4 petang, kami tiba di KLCC. Berdasarkan Buletin 130, KLCC lenggang. Peluang baik ke Petrosains. Itu lebih baik dari pergi ke Sunway Pyramid. Kami ke sana Sabtu lepas, mencari parkir sahaja lebih setengah jam.


# 2 Siapa kata lenggang? KLCC sendat padat dari taman permainan sampailah ke dalam. Namanya anak-anak, pantanglah nampak playground mesti hendak main. Bersesak-sesak juga mainnya. Memang sekejap sahaja di situ.

# 3 Tiket ke Petrosains habis. Anak-anak pergi ke Street Smart aktiviti yang sedang berjalan di situ. Mujurlah ada sesuatu. Itupun jenuh beratur menunggu giliran. Anehnya, yang dewasa pun ikut jadi kanak-kanak. Hmmm berilah peluang pada kanak-kanak.


# 4 Kami terus ke Shah Alam. Hendak menuju ke iCity, dari lebuhraya sudah sesak teruk. Hampir 2 jam di jalan. Dalam bual sesama sendiri, takkanlah semua orang hendak pergi ke iCity. Jawapannya, betul. Parkir kereta jauh di kawasan lapang. RM 10.00. Aduh!


# 5 Melihat ramainya umat manusia, saya tahu tak mungkin kami dapat masuk ke Snow House. Bahkan anak-anak tak dapat main satu permainan pun. Hendak beli air di 7 Eleven pun harus berbaris hingga keluar kedai. Hanya dapat bergambar dengan lampu-lampu semata.


# 6 Saya tahu adik rasa ralat tetapi apa boleh buat. Keadaan begini menyebabkan tidak ada yang menarik. Kami juga kasihan dengan anak-anak. Tak mampu penuhi permintaan mereka untuk bermain permainan yang ada di situ. Terlalu ramai orang. Barisan sangat-sangat panjang. Tak sanggup berbaris! Kami memutuskan untuk balik sahaja. Mungkin lain kali. Tapi dengar kata setiap malam minggu beginilah keadaannya. Mungkin juga tak perlu lagi, jika semata-mata sekadar menikmati cahaya neon berwarna warni.

# 7 Adik lelaki bawa kami menjamu selera di Restoran Shid Seafood. Alhamdulillah. Baru dapat menghilang dahaga. Pelanggan tidak ramai, mungkin kerana sudah hampir jam 11 malam. Sedap juga makanan di sini. Keluarga suka dengan ikan bakarnya. Lain kali boleh datang lagi.

Saya dan suami seboleh mungkin mengelakkan diri berada di tempat yang menjadi tempat orang ramai berkerumun untuk mengisi masa cuti. Kami tidak pernah sekalipun pergi ke Karnival Heboh atau yang seangkatan dengannya.  Biarlah masuk percuma sekalipun. Rasa hilang keseronokkan apabila terpaksa bersesak sesak. Dekat atau jauh destinasi percutian, bukan persoalannya. Cuti sekolah merangkap cuti umum dan hujung minggu, semua orang mahu berlibur.Semua orang mahu menghabiskan masa dengan keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...