Skip to main content

Sultan Alauddin Bukan Sebarang Sultan

Sejarah memang minat saya. Sejak dari usia hijau lagi, sejarah memang bidang yang menyenangkan. Dalam meghayati sejarah kesultanan Melayu Melaka, Sultan Alauddin Riayat Syah memang paling dikagumi. Seperti yang dipelajari sejak di bangku sekolah rendah Sultan Alauddin Riayat Syah adalah sultan berjiwa rakyat. Tambahan pula cara baginda mendekati rakyat, mirip dengan Khulafa Ar-Rasyidin, Khalifah Umar Al-Khatab. Baginda menyamar dan menangkap pencuri di Melaka. Zaman pemerintahannya digambarkan di dalam buku-buku teks sejarah sebagai zaman kegemilangan pemerintahan Islam yang unggul. Undang-undang Islam dilaksanakan. Baginda dikatakan sebagai sultan yang adil. Ya, sebagaimana Khalifah Umar, baginda juga memerintah dalam tempoh yang singkat dan mati dibunuh.


Faisal Tehrani menambahkan rasa kagum dan hormat kepada tokoh ini melalui karyanya, Nama Beta Sultan Alauddin. Benar, ini karya fiksyen. Tidak ketahuan ketepatan pengisian faktanya. Namun sejumlah kisah terlindung ini, mengangkat Sultan Alauddin sebagai pemimpin Islam dan Melayu yang sangat berketrampilan. Tidak saya ketemukan dalam mana-mana buku teks sejarah sekolah, Sultan Alauddin ini hampir menjadi mangsa pembunuhan saudara kandungnya, Raja Ahmad.

Kenakalan, kesombongan dan ketidakcerdikkan Raja Ahmad memang diriwayatkan di dalam teks sejarah di sekolah mahupun Sejarah Melayu. Pembunuhan yang dilakukan baginda hanya kerana sepak raga mengenai destar adalah yang paling ditonjolkan. Sekaligus ini memperlihatkan sisi gelap baginda sebagai pemimpin. Tetapi inilah keburukkan sistem monarki, meskipun terserlah ketidakupayaannya memimpin tetap baginda ditabal sebagai sultan di Pahang.

"Raja adil, raja disembah, raja zalim, raja disanggah"

Itu tidak terjadi kepada Sultan Alauddin. Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila pemimpin yang tegas dan baik itu dimusuhi. Musuh baginda keliling pinggang. Bersatu menjatuhkan. Pun begitu, bukan rakyat yang bangkit memberontak, membunuh baginda melainkan kalangan yang tamakkan kuasa dan kepentingan diri. Faisal Tehrani memperincikan pembunuhan Sultan Alauddin terutama oleh permaisuri baginda sendiri iaitu Tun Senaja. Faisal Tehrani juga ada mengangkat kisah anak raja ini dalam drama pentas beliau, 2 Jam Sebelum Sultan Alauddin Syahid Diracun.

Pemergian baginda ke rahmatullah dalam usia muda dan banyak rencana yang belum dijalankan. Ini episod duka. Sangat mendukacitakan. Sekiranya panjang umur baginda, tentu pemerintahan Islam jauh berkembang. Bukankah takluk ayahanda baginda sangat luas? Tentu lain ceritanya ketika penjajah datang mampir ke Melaka. Apakah pernah mereka-mereka yang terbabit ini memikirkan betapa ruginya tindak tanduk mereka itu?

Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor bermaksud kerana takut rugi sedikit, akhirnya jadi rugi banyak. Sececah bermaksud sepalit.

Walaupun telah dinyatakan secara terbuka, ini karya remaja dan saya jauh menyimpang dari golongan sasar. Hahaha. Saya menyukainya. Thumb up. Hey, saya ibu! Saya juga guru mereka. Saya mesti pastikan anak-anak saya mendapat yang terbaik. Sebelum mereka baca, saya baca dahulu. Tidak syak lagi, ini antara bahan bacaan terbaik buat rujukan mereka.

Comments

  1. Salam BONDA,

    Jalanx dari blog MERAH SILU tadi, kisah perang dari BAB I hingga III, nak cari Kisah Sultan Allaudin... Terjumpa pula dgn blog BONDA ni...

    Nak cerita tu aje... hihi


    Terima kasih .

    :)

    ReplyDelete
  2. Kalau la kisah sebegini dijadikan teks KOMSAS kan bagus. Lebih banyak karya yang lebih bagus daripada karya yang dipilih kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu Dr Faisal Tehrani sangat suka dengan komen Aku Cikgu BM...

      Saya pun setuju

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...