Skip to main content

Ombak Bukan Biru Fatimah Busu

Akhirnya novel Ombak Bukan Biru karya penulis terkenal Dr Fatimah Busu jadi milik saya 21 Jun 2014 lalu. Alhamdulillah. Merata saya cari novel ini. Keterujaan untuk memilikinya sehingga sanggup memesan dari kedai buku terpakai. Saya diingatkan harganya akan menjadi lebih mahal dari harga pasaran. Saya menyatakan kesanggupan. Selepas berjaya memiliki The Missing Piece 1 dan 2, rasa tak lengkap selagi belum dapat membaca Ombak Bukan Biru.


Terdetik di hati bagaimana Imrah bertemu, bercinta dan akhirnya berjaya mendirikan rumahtangga dengan lelaki sejati dalam hidupnya, Lawrence. Kemudiannya mereka terpisah, apabila Imrah lari. Siapa yang pernah menatap The Missing Piece, barangkali ada yang jatuh hati dengan watak Lawrence. Sememangnya dalam The Missing Piece serba sedikit, pengarang memasukkan latar belakang cerita tetapi hati kuat hendak mendakap Ombak Bukan Biru. Benarkah? Sungguh benarkah ombak itu bukan biru?


Setelah mendakapnya, saya dapati The Missing Piece 1 dan 2 telah melengkapi perjalanan awal Imrah.  Jadi sebenarnya tidak rugi apa-apa pun, jika tidak membaca Ombak Bukan Biru. Tidak, sekiranya anda tidak terasa hendak dibuai oleh keperincian. Jika anda peminat Fatimah Busu, tentu anda perasan beliau tidak lupa menyelitkan unsur budaya dan adat Melayu terutama dari Negeri Cik Siti Wan Kembang. Novel ini diterbitkan pada 1977. Jadi ada beza besar berbanding hari ini. Tumpuan tentu pada watak Imrah. Namun Imrah tidak mewakili wanita pada zamannya. Imrah lebih terbuka. Sememangnya pengarang melukis watak Imrah sebagai wanita kuat, tegas dan berani, Imrah juga digambarkan sebagai wanita moden. Melalui satu demi satu ujian dan rintingan dengan tabah. Terkadang kita sebagai pembaca merasakan, Imrah terburu dan degil. Ego juga. Imrah memang cekal, kental dan kuat memertahankan dan berusaha memajukan dirinya. Ini bukan citrawara menangih simpati dan air mata.

Mesej paling jelas, jangan lekas berpuas hati kerana ada masa-masanya sesuatu perkara buruk menimpa diri kita tanpa kita jangka. Dalam menghadapi situasi terburuk, Imrah tidak pernah berputus asa. Malah berusaha mencari jalan keluar dan berdikari. Datang daripada keluarga susah. Ijab kabul tanpa restu. Kabur daripada suami semasa hamil. Melahirkan anak tanpa suami di sisi. Menghadapi kematian anak sendirian. Belajar daripada Imrah bagaimana beliau boleh begitu tekad. Bulat dan jitu. Ya benar, ini novel. Watak digarapkan mengikut acuan penulis tetapi apa salahnya jika kita berjaya mengutip kekuatan wataknya. Mengahwini Lawrence bermaksud dirinya diselimuti kemewahan namun Imrah berkeras belajar dan bekerja. Siapa sangka Lawrence ditimpa kemalangan kemudiannya? Benarlah, ombak itu bukan biru.


Terima kasih suami yang menghadiahkan saya novel ini. Ketika suami membelinya, cuma tinggal sebuah sahaja di MPH Stadium Giant Shah Alam. Jenuh pekerja itu mencarinya di merata-rata tempat. Sampai dalam stor. Rupa-rupanya, duduk di rak bacaan umum bukan rak novel. Berbaloi? Ya. Koleksi Imrah-Lawrence saya, lengkap sudah. Anda bagaimana?

Comments

  1. Salam... Boleh saya tahu dimana saya boleh dapatkan novel ni? Dah

    ReplyDelete
  2. Salam

    Maaf saya lama tak jengah blog ni. Lambat jawab soalan Cik Najwa

    Saya beli di MPH Bookstore. Saya tak pasti sekarang masti ada stok di MPH atau tak. Tak apa nanti saya cuba hubungi MPH yang ada selalu berurusan dengan kami.

    ReplyDelete
  3. Salam...saya juga berminat dgn novel ni. Dah lama cari tapi tak jumpa.Di mana saya blh dapatkannya?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum... Boleh saya tahu bagaimana saya ingin mendapatkan buku ini.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... Boleh saya tahu bagaimana saya ingin mendapatkan buku ini.

    ReplyDelete
  6. Asslm. Novel pertama saya masa sekolah rendah lagi 1977-1982. Watak dlm novel ini masih segar dan benar2 dlm ingatan. Masih terbyang dlm ingatan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...