Skip to main content

Bahaya Sihir, Santau & Saka

Tidakkah ini menakutkan? Berdiri bulu roma melihatnya. Sihir untuk menganaiya orang lain. Memohon bantuan daripada syaitan sebenarnya. Menurut Ustaz Fauzi Mustafa, sekiranya kita (umat Islam) telah syirik, semua amalan dan pahala yang telah kita lakukan akan terhapus selagi tidak bertaubat. Ini sepatutnya lebih menakutkan lagi. Jangan main-main sihir boleh merosakkan akidah turun temurun. Apa tidaknya kalau saka yang jadi warisan. Santau dan saka itu tergolong dalam sihir. Renungkanlah. Jangan bermain dengan api, nanti tanpa sedar membakar diri.



Jarang sangat menonton drama Melayu kebelakangan ini. Tambah lagi drama bersiri. Selepas Maghrib semalam, kebetulan niat di hati hendak mematikan televisyen yang terpasang tanpa penonton (anak-anak tertidur angkara tidak tidur siang), drama Melayu rupanya sedang bersiaran. Tentang Dhia. Rupanya drama ini adaptasi dari novel. Kenapa sekarang stesyen televisyen gemar siarkan drama Melayu pada waktu Maghrib? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sedangkan pada zaman dulu-dulu kala, drama bersiri Kantonis yang selalu mengambil tempat siaran pada waktu Maghrib. 



Mata terpaku kerana waktu itu adegan seorang ustaz yang menziarahi kematian mendapati, gadis itu sebetulnya telah disihir. Gadis itu belum lagi sampai ajalnya. Hanya tidak sedarkan diri. Tetapi doktor mengesahkan jantungnya telah terhenti. Menurut ustaz ini, gadis itu akan menemui ajalnya kerana mati lemas apabila dikebumikan. Alangkah kejamnya! Saya tidak pernah tahu ada sihir sebegini. 

Ustaz Fauzi datang menyampaikan ilmu kali kedua tentang bahaya sihir dan santau atas permintaan ramai, mengingatkan sekiranya kita menjadi mangsa jangan sekali-kali membalas dengan cara yang sama kerana hukumnya haram. Kaedah perubatan juga perlu dipastikan benar-benar berlandaskan Islam. Ada mangsa yang tertipu kerana berubat kepada pengamal perubatan yang turut mengamalkan sihir. Bacaan ayat Al-Qurannya telah diubah suai. Pesan Ustaz Fauzi, dengar betul-betul ayat Al-Quran yang dibaca.

Pesan Ustaz Fauzi lagi, sekiranya bermimpi ular hendaklah berjaga-jaga. Ular adalah musuh manusia. Apa yang berlaku apabila bermimpi ular? Adakah kita menang ketika melawan ular itu? Adakah kita dikalahkan oleh ular itu? Berdoa dan memasang keazaman sebelum tidur agar dapat mengatasi ular itu. Sekiranya kita dibelit, dipatuk bermakna musuh sedang menakluki kita. Mohon dijauhkan niat buruk dan penganaiyaan manusia terhadap kita, amin.

Comments

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...