Skip to main content

The Missing Piece & Dr Fatimah Busu

Musim demam kan. Alahai kesian kat diri sendiri, demam. Memang betul-betul demam ni, demam membaca novel hahaha. Jangan marah. The Missing Piece 1 sudah khatam dan sekarang hampir khatam The Missing Piece 2. Karya Dr Fatimah Busu yang sangat-sangat tebal. Percaya tidak, novel ini setebal 1,482 halaman? Bukan novel bahasa Inggeris. Tajuknya sahaja dalam bahasa Inggeris. Kalau novel Inggeris, mustahil saya khatam selaju ini hahaha. Memang dari sekolah lagi saya suka membaca novel Melayu.


Bagi yang tidak meneganali, inilah gambar Dr Fatimah Busu. Bukan gambar yang terbaru. Sekiranya The Missing Piece itu mewakili dirinya dan perjalanan hidupnya, sememangnya beliau wanita besi. Tegas. Kuat semangat. Tabah. Keras pedal (meminjam ungkapannya dari novel The Missing Piece itu sendiri).

Saya tidak pandai mengulas atau memberi kritikan. Bukan saya orang yang layak. Ilmu sastera saya tidak tinggi. Saya masih belajar. Kalau bertanyakan sinopsis novel ini, dapatlah saya kongsikan. Sama seperti cerpen-cerpen yang pernah dihasilkannya, jalan cerita novel ini mudah. Mengikut kronologi masa. Gaya bahasanya juga senang  difahami walaupun ada penggunaan dan ungkapan dalam bahasa Inggeris.

Kisah Imrah dalam The Missing Piece ini adalah sambungan dari novel 'Ombak Bukan Biru'. Setelah Imrah berkahwin dengan Lawrence, beliau kecewa kerana suaminya melayani seorang perempuan lain dengan mesra. Merasa rendah diri, cemburu dan tidak dipedulikan, Imrah yang telah kehilangan anak sulungnya yang meninggal tidak lama selepas dilahirkan merantau ke Kuala Lumpur untuk menjadi pramugari. 

Dalam perjalanan, beliau bertemu dengan Charlie yang merubah arah hidupnya apabila memegang jawatan guru di sekolah swasta serta mengambil tingkatan enam untuk memasuki universiti. Takdir menemukan beliau semula dengan suaminya, Lawrence di USM tempat beliau menuntut. Imrah kembali mendakap bahagia dengan perkahwinan yang kemudiaannya mengurniakannya dua orang anak lelaki. Berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi dan menjawat jawatan pensyarah sebagaimana yang diidamkannya. Dalam pada itu, tanpa pengetahuaannya Charlie tetap menyimpan perasaan sendirian.

Perasaan itu hanya diketahui setelah suaminya meninggal dunia setelah menderita beberapa lama  lumpuh akibat kemalangan dan Charlie datang untuk mengubat luka sekaligus melamarnya. Dugaan tidak berakhir di situ, apabila diketahuinya Charlie menghidap barah dengan jangka masa hayat yang singkat serta perkahwinannya tidak direstui keluarga Charlie. Kehilangan insan-insan yang disayanginya membuatkan Imrah merasa kehilangan cebisan-cebisan dalam hidup. Namun mengambil inspirasi daripada Kamala Markandaya menerusi petikan dalam novelnya, 'Nectar In A Sieve', Imrah terus bangkit mengharungi hidup. Tetap berdiri kerana ada Kekasih yang Maha Setia sentiasa berada di sisinya.


I picked up the fragments of my life and put them together, all but the missing piece...

Di dalam novel The Missing Piece 2, ada diselitkan kisah yang sama seperti dalam cerpen  yang dihasilkannya  iaitu 'Ketika Hari Masih Pagi'. Kisah Ismail yang meninggal dunia setelah demam berminggu-minggu akibat digigit oleh anjing gila di kebun. Cerpen itu sungguh menyayat hati. Adakah Ismail sememang arwah abang penulis? Adakah cerita Ismail itu sememangnya kisah benar?

Ada kepercayaan, ada nilai, ada budaya, ada sejarah, ada petua, ada sindiran, ada semangat dan selebihnya silakan baca. Mungkin anda akan temui lebih lagi. Ini novel yang punya keberanian. Semangat dan ketabahan penulisnya meresap masuk.

Comments

  1. saya sudah khatam the missing piece 1 dlm masa 2 hari...(dlm sibuk2 melayan anak2 yg cuti sekolah...ahak!!!!)terlalu menarik cerita tu sampaikan saya 'tak sanggup' nak tinggal lama2......hheheeheh...
    now sedang mencari the missing piece 2.....pastinya lebih byk emosi yang 'dipermainkan'....

    ReplyDelete
  2. betul. memang menarik ceritanya. selamat 'menelaah' novel ke 2. susah nak cari di kedai buku fizikal lagi novel itu. tetapi masih ada di kedai2 buku online

    ReplyDelete
  3. Saya dah khatam missing piece 1 & 2 last year. Saya sgt minat Lawrence..Moga jumpa jodoh seindah budi dan imannya.

    ReplyDelete
  4. Ms Syakira, terima kasih singgah. Itulah yang seronoknya baca novelkan... pandai penulis mencipta watak. Insya Allah, baik niat kita tentu Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  5. novel yg merasuk jiwa saya utk melihat sendiri kekacakan lawrence secara realiti,hampir 3 tahun menjejaki penulis novel semata-mata ingin melihat lawrence yg dinyatakan.parah sungguh parah kehendak hati ini,harap-harap novel ini diadapitasikan ke layar perak...meletup jualannya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih cempaka edayu kerana sudi singgah. Dapat jumpa dengan Dr Fatimah ke? Bagusnya kalau dapat jumpa dengan Dr. Saya pun teringin sangat jumpa beliau. Sejak baca cerpen-cerpen beliau lagi, saya kepingin berjumpa beliau. Tetapi saya tak suka versi adaptasi sebab selalunya jauh menyimpang dari karya asal. Kalau Dr sendiri pantau skrip tentu menarik. Ya, watak Lawrence memang watak lelaki idaman.

    ReplyDelete
  7. sy sokong supaya tidak diadaptasi ke layar perak supaya setiap watak dan imaginasi kita tidak berkecai . sy sgt suka novel ni . suka sgt dari dulu . . dah baca berulang kali .. missing piece .. smg satu hari ketemu dan kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih nur cahaya kerana sudi singgah. Terima kasih juga atas pandangan. Tapi kan sekarang apabila tertengok drama-drama kita, saya jadi tertanya-tanya kenapa mereka produksi angkat karya2 sebegini. Tajuknya sahaja, saya rasa hmmm...

      Delete
  8. Asalaualaikum. Sudah lama sy mencari kedua-dua novel ini, namun tidak ketemu hingga sekarang. Mohon bantuan tuan kalau dapat maklumkan sy untuk beli novel ini secara online. Terima kasih atas pertolongan anda semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam... Terima kasih Puan Azizah kerana sudi singgah. Sejujurnya saya sudah lama tak beli novel online. Memang novel ini saya beli berasingan.

      The Missing Piece 1 - saya beli dari Kedai Buku.com. Sekarang tak boleh buku pun websitenya. Saya sendiri tak tau kenapa.

      The Missing Piece 2 - saya beli dari kedai buku terpakai http://jualanpelbagaibukudanitem.blogspot.my/.

      The Missing Piece 2 puan boleh cuba beli dari Ujana Ilmu.

      Ombak Bukan Biru iaitu versi pertama novel ini saya beli dari Kedai Buku MPH. Mungkin masih ada di pasaran tapi kalau puan tak dapat Ombak Bukan Biru, The Missing Peice 1 dan 2 memadai.

      Setakat ini maklumat terkini yang saya perolehi untuk bantu puan mendapatkan novel-novel ini.

      Delete
    2. Terima kasih atas makluman. Sehingga kini masih belum ketemu novel The Missing Piece dan The Missing Piece 2

      Delete
    3. Assalamualaikum, akak tknk jual ke buku tu dkt saya? Sy dh cari tk jumpa2 juga

      Delete
    4. Waalaikummussalam. Terima kasih singgah blog saya. Maaf saya tak bercadang nak jual

      Delete
  9. Assalamualaikum, akak tknk jual buku tu kat sy ke? :'( dh penat sy cari tk jumpa2. Kedai buku, buku tpakai smua tkda dh jual tggl kt library usm pinang tu he hade.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, akak tknk jual buku tu kt saya ke akak. Dpt copies pun dh memadai. Sy dh lama cari tk jumpa2. Pegi kedai buku, kedai buku tpkai, library smua tkdaaa. Sedih la mcm ni. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Library tak ada??? Wow. Sepatutnya Perpustakaan Umum, ada. Mungkin hilang atau rosak. Buku-buku ini buku lama. Kalau tidak diulang cetak memang susah nak dapatkannya

      Delete
  11. Akak tknk jual ke buku tu dekat sy. Akak jual mahal pun sy tk kisah. Dh lama sy cari tk jumpa2

    ReplyDelete
  12. Maaf. Saya memang tak bercadang hendak jual mana-mana buku yang ada dalam koleksi saya. Saya seorang yang memilih dalam membeli buku-buku novel Melayu. Lagipun buku-buku karya Prof Fatimah memang saya suka. Maaf ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...