Skip to main content

Penderaan Kanak-kanak: Dirantai & Terpaksa Berlapar

Berita ini ada dalam hampir semua akhbar-akhbar tempatan. Menyelar tindakan bapanya sebagai kejam dan tidak berperikemanusian. Kanak-kanak berusia 2 dan 6 tahun dirantai di dalam bilik air, kelaparan serta ditinggalkan tanpa penjaga. Manakala ibu mereka yang merupakan warga Thailand pula dikatakan telah meninggalkan tiga beranak itu sejak sebulan lalu.  Difahamkan, kedua-dua beradik itu diperlakukan sedemikian oleh bapanya sejak sebulan lalu setiap kali dia keluar bekerja selepas ibu mereka menghilangkan diri (Kosmo, 30 Disember 2011). Ini lagi satu bentuk penderaan.


Alasan si bapa yang keluar bekerja pada jam 3 petang, anaknya itu nakal dan tiada orang menjaga mereka ketika dia tiada di rumah (Kosmo, 30 Disember 2011). Bapanya ditahan sebaik pulang ke rumah kira-kira pukul 8.45 malam dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak (Utusan Malaysia, 30 Disember 2011).

Ini konklusi rambang semata-mata:

#1. Perlakuan ini tidak dinafikan, tidak berperikemanusiaan. Sedangkan ayam pun sayangkan anaknya.

#2. Si bapa, buruh miskin. Tidak punya kewangan yang mencukupi untuk meletakkan anak-anaknya di bawah penjagaan sesiapa sewaktu keluar bekerja. Tidak ada juga yang sudi membantu. Taraf hidup. Kuasa wang. Tidak boleh, tidak bekerja kerana perlu wang.

#3. Pada hemat si bapa, anak-anak dirantai berdekatan dan di dalam bilik air, bagi memudahkan urusan perkumuhan. Baginya, anak-anak telah dirantai, jadi tidak ada kegusaran akan berlaku perlakuan tidak wajar oleh anak-anak di rumah dan anak-anak juga tidak mungkin boleh hilang. Anak-anaknya selamat di rumah. Mungkin ini pilihan terbaiknya. Sekali lagi, ini mungkin pada hemat si bapa.

#4. Si bapa tidak memikirkan kesannya pada anak-anak. Kesan yang mungkin menghantui sepanjang hidup mereka. Trauma. Sewajarnya nasib anak-anak ini dibela.

#5. Perpisahan memberi kesan. Mangsanya, anak-anak. Ibu, di mana anda? Apa perasaan anda? Apakah akan lebih baik di bawah jagaan anda?

#6. Si bapa perlukan rawatan. Sementalah kadar pesakit mental negara kan kian meningkat. Mana tahu. Hilang pertimbangan. Hilang kewarasan. Tekanan.

Memang ini tidak wajar. Tidak patut terjadi sama sekali. Harus kita pandang, apa yang menyebabkan ia berlaku? Bagaimana mengatasi, supaya ini, titik hitam ini, tidak berulang di masa hadapan. Ada pusat jagaan di tempat kerjapun, jika tak dapat dimanafaatkan untuk tempat singgah sementara anak-anak pun tidak ada gunanya. Kera di hutan disusui, anak di rumah kelaparan. Tidak bergoyang pokok, kalau tak angin goncang. Renung-renungkanlah.

Comments

  1. good blog..nice article publishing by you...appreciate on you...thanks for giving detail..
    Pontiac Firebird AC Compressor

    ReplyDelete
  2. Nice post, thanks for sharing this wonderful and useful information with us.
    Pontiac Firebird AC Compressor

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Benih Yang Baik Jatuh ke Laut Menjadi Pulau

Benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung  dan kalau di campak ke laut menjadi pulau Maksudnya, yang baik tetap akan baik sekalipun di mana pun ia berada. Pertama kali mendengarnya ketika berumur sekitar 11 atau 12 tahun. Guru besar ketika itu, Cikgu Abdul Latif yang menerangkan mengenainya. "Terima kasih Cikgu". Itu juga yang dikarang dalam ucapan penghargaan kepada Cikgu Zaki Hasbullah yang bertukar mengajar ke sekolah yang lain. Setelah mengarang panjang di 'muka buku' di sini, saya kira dengan mengungkapkan peribahasa ini sudah cukup untuk menzahirkan terima kasih yang tidak terhingga buatnya.  Gambar kenangan anak bongsu bersama-sama dengan Cikgu Zaki yang memakai kostum adiwira, Superman ketika pendaftaran Tahun 1 di sekolah.  

Simbolik Perpisahan: Hadiah Sepasang Kasut

Sepasang kasut simbol perpisahan. Ada segelintir yang berpendapat, menghadiahkan sepasang kasut bagi pasangan yang berkasih, memberi petanda perhubungan itu tidak akan kekal lama. Dalam erti kata lain, sang kekasih akan melangkah pergi. Simbolik ini, digunakan oleh penulis dalam menzahirkan hubungan cinta yang tak kesampaian antara keduanya. Lee Bang Won dan Boon Yi bertemu sejak dari kecil, kemudian terpisah. Setelah dewasa, mereka bertemu kembali tanpa keduanya menyedari mereka pernah punya kenangan ketika kecil ( episod 1 dan 2 ). Hal itu cuma disedari Boon Yi ketika Lee Bang Won 'menjadikannya tawanan', dengan mulut, kaki dan tangan diikat, Lee Bang Won menjelaskan kewajaran tindakannya dengan meluahkan apa yang terbuku di hati termasuk pengalaman yang pernah ditempuh bersama Boon Yi, ketika masih kecil. Boon Yi yang cuma mampu mendengar, menyimpan rahsia itu sendirian. ( episod 8 ) Boon Yi petani miskin. Ibunya telah lama menghilang. Malah beliau bertemu Lee Bang ...

UK Trip Manchester, Liverpool & Greenwich London Part III: Tinggal Kenangan dan Pengalaman

Apabila anda ada dua orang anak lelaki yang sangat minat dengan sukan bola sepak, apakah lagi keseronakkan, selain daripada menjelajah dari satu stadium ke satu stadium yang lain? Mari sambung cerita jalan-jalan makan angin ke London, Manchester dan Liverpool yang terperam lama. Siri kontroversi kepada keluarga Diraja Britain,  The Crown pun sudah habis ditonton. Terasa memanggil-mangil kenangan semasa di sana. Saya ada dua orang anak lelaki yang sedang membesar. Kedua-duanya adalah peminat Pasukan  Barcelona . Namun sangat teruja apabila mengetahui trip kali ini kami akan menjelajah dari satu stadium ke stadium yang lain. Sejak menjejaki kaki ke London, asyik bertanya,  Bila nak pergi stadium? Hari apa nak pergi Manchester? Hari ke 7 (2 Disember 2019) Pagi-pagi lagi sebaik kedai dobi dibuka, kami terus pergi untuk mengeringkan pakaian. Seluar jeans sebenarnya. Memang betul, tips yang kebanyakkan orang beritahu iaitu dalam musim sejuk kita tak perlu baw...