Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Doa Anak Soleh Untuk Pak Ngah

Ada suatu petang, guru mengaji mengadu Adik buat perangai masa mengaji. Sebelum guru mengaji bercerita lebih lanjut, saya minta maaf banyak-banyak bagi pihak Adik. Ini bukan kali pertama Adik buat perangai semasa mengaji. Petang itu selepas balik dari kerja, saya panggil Adik. Saya tanya apa perangai yang Adik buat. Saya cakap saya tak mahu dengar daripada guru mengaji. Saya mahu Adik sendiri beritahu saya. (Memang betul. Saya beritahu guru mengaji saya akan tanya Adik sendiri).  Adik mengaku buat perangai. Guru mengaji tegur suruh betulkan bacaan yang sama berkali-kali sebab itu Adik meradang. Semasa bercerita air mata Adik sudah mentitik-nitik. Adik kalih muka tak mahu pandang saya. Saya tak mahu marah-marah walaupun saya rasa malu dan resah dengan kelakuan Adik.  Saya gosok belakang Adik. Sambil gosok saya beritahu Adik, memang tanggungjawab guru mengaji untuk betulkan kesalahan Adik. Saya terangkan apa yang berlaku jika Adik tersalah baca. (Ini nasihat ulangan sebenarnya)....

Ada Beza Antara Marah dan Zalim

Semua orang punya sisi baik dan buruk masing-masing. Nama pun kita ini manusia. Bukan maksum pun. Marah dan zalim, dua perkara yang berbeza. Kau berhak untuk rasa marah tapi kau pun mesti tahu cara hendak mengawal kemarahan kau tu.  Kalau begini cara menterjemahkan rasa marah, habis rosak binasa dunia ni. Wajarkan kalau orang lain mengutuk cara marah itu diterjemahkan. Niat takkan menghalalkan cara, Dik. Negara kita ada undang-undang.  Sekiranya benar ada maklumat yang dapat membantu, tak mungkin keluarga yang telah berhabis bergolak gadai mengupah peguam akan mendiamkan diri. Barisan peguam pun bukan calang-calang. Nama-nama hebat yang pernah menang kes-kes profil tinggi. Bukan murah kos guaman, Dik. Bukan seratus dua. Ini kes berprofil tinggi.  Pemergian arwah Zulfarhan Osman sudah cukup tragis untuk diterima. Tak perlu lagi tabur garam pada luka yang sedang berdarah.

Zulfarhan Osman bin Zulkarnain: Ini Neraca Keadilan Dunia

Hari yang dinantikan telah tiba. 2 November 2021. Setelah empat tahun pemergian Pegawai Kadet Laut UPNM Allahyarham Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Tidak hanya kedua ibu bapa Allahyarham. Seluruh ahli keluarga Allahyarham. Seluruh ahli keluarga tertuduh. Bahkan rakyat Malaysia yang masih terkesan dengan berita mengejut pemergian tragis Allahyarham ketika minggu pertama bulan Ramadan, 1 Jun 2017 (6 Ramadan 1442). Bertahun-tahun sentiasa mengikuti perjalanan kes kematian ini. Sebak menyerbu tatkala mendengar harapan Puan Hawa dan Encik Zulkarnain ketika ditemubual wartawan pada pagi sebelum keputusan kes perbicaraan bermula. Ini neraca keadilan dunia.  Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas kesemua tertuduh atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Allahyarham Zulfarhan Osman. Bagaimanapun kesemua tertuduh terlepas daripada hukuman gantung sampai mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Enam orang tertuduh dijatuh...

Frontliners Netflix

Terlebih dahulu sekalung tahniah kepada seluruh warga produksi kerja "Frontliners". Memang sukar mereka hendak jayakan "Frontliners" ketika wabak sedang bermaharajalela. Hospital penuh. Anggota  kesihatan dan keselamatan negara, sangat sibuk. Ini gambaran ketika negara dalam peringkat awal memerangi COVID 19. Memaparkan liku-liku yang dihadapi sebilangan anggota barisan hadapan dan keluarga mereka. Memang benar ada anggota keselamatan barisan hadapan yang pasang khemah kecil di hadapan laman rumah. Mandi di laman rumah. Realiti yang nampak di hadapan mata, jiran setaman di sini. Memang betul, sukar bagi warga emas memahami dan menerima kenyataan anak cucu tidak dapat pulang ke kampung, menziarah mereka. Bukan anak-anak sahaja yang rimas 'terkurung'. Segenap lapisan umur juga rasa terkonkong. Apa lagi tidak dapat turun mencari nafkah. Ramai yang terkesan dari segi ekonomi dan juga emosi. Kerja tanpa imbuhan. Tak mampu untuk memberi imbuhan. Pengusaha pra seko...

Dalam Lapis-lapis Kenangan

Hampir setiap hari ada berita kemalangan. Kemalangan jalan raya. Kemalangan jiwa. Tambahan pula dalam keadaan sekarang, banyak benar kemalangan jiwa. Cuma berita kemalangan itu semua tidak ada pun menerbitkan rasa ingin tahu lebih lagi. Berlainan benar dengan berita kemalangan ini. Walaupun sudah lebih seminggu kemalangan berlaku. Hari pertama membaca berita ini dengan komen-komen daripada saksi-saksi kejadian, buat rasa ingin tahu menebal. Ada saksi berkongsi tentang arwah di media sosial. Ada yang berkongsi saat menyaksikan kemalangan di depan mata. Ada yang berkongsi momen mengeluarkan arwah dari kereta. Paling menyedihkan momen saksi tentang tangan salah seorang penumpang yang terputus. Media pun mula kongsikan juga. Malah media gunakan gambar arwah dari media sosialnya. Ya, zaman sekarang siapa yang tak punya media sosial kan. Sementelah pula medium media sosial arwah untuk tatapan umum.  Arwah menunjukkan bakatnya melalui media sosial. Berkongsi tentang hasil kerja-kerjanya. ...

Sumbangan Ikhlas Untuk Saudara Azizi Nazril

Mesti ramai yang tahu tentang kemalangan ngeri yang berlaku pada 13 Oktober 2021 lalu.  Kemalangan yang mengorbankan nyawa seorang anak muda iaitu arwah Muhammad Nurshamril Abdul Malek. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin. Kemalangan itu juga mengakibatkan tiga orang lagi penumpang mengalami cedera parah. Salah seorang yang mengalami cedera parah adalah Saudara Nur Azizi Nazril Abd Aziz. Tangan kiri putus. Tangan kanan patah.  Semoga sumbangan yang dikumpulkan dapat dimanafaatkan untuk membantu kesembuhan beliau. Doa kita supaya beliau cepat sembuh dan bangkit mengharungi kehidupan dengan lebih bersemangat lagi, Insyaallah.

Pregnancy & Infant Loss Awareness

Assalamualaikum Anak-anakku, Kita tak ada rezeki dan tak punya kesempatan berjumpa di dunia fana ini. Semoga kita semua diizinkan Yang Maha Esa untuk berkumpul bersama-sama di negeri abadi nanti. Percayalah mengingati kalian tidak hanya pada hari ini. Kalian sentiasa dalam doa dan ingatan. Punya tempat tersendiri di dalam hati sanubari.

Dijemput Pencipta Untuk Pindah Dunia

Perkhabaran sedih datang bertali arus. Virus Corana COVID 19 Varian Delta telah menjangkiti kalangan orang-orang yang terdekat dengan saya. Terkejut, sayu dan pilu. Variaini menjangkiti walaupun kebanyakkannya telah mendapatkan vaksin selengkapnya. Serangannya sangat cepat dan kejam hingga meragut nyawa. Memang benar ini hanya asbab kepada kematian. Sesungguhnya perjanjian antara kita sebagai hamba dengan Pencipta telah sampai tepat pada masanya. Sedetik tidak terlewat. Pada pagi Isnin kira-kira jam 7:05, 20 September 2021 bersamaan 13 Safar 1443 Hijrah, seorang lagi sahabat menghembuskan nafasnya. Selamat pindah dunia sahabat. Semoga roh Allahyarham Dzafar Dato' Haji Hanifa dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin. *Kenangan Arwah bersama-sama dengan koleksi keris kepunyaannya. 

Pulau Pesakit COVID19, Pulau Bekas Pesakit

Pulau. Pulau pesakit. Pulau bekas pesakit. Pulau keluarga pesakit.  Pernah baca mengenainya. COVID 19 bukan baharu dalam masyarakat. Malah sudah bertukar statusnya kepada endemik kini, memulaukan tindakan yang sangat tidak patut.  Masyarakat kota sering dianggap tidak mengutamakan hidup bermasyarakat. Lebih mengutamakan perihal diri dan keluarga sendiri berbanding masyarakat di kampung yang disifatkan hidup bagai aur dengan tebing. Saling mengambil berat dan mengutamakan semangat kejiranan. Sangat menyedihkan apabila mengetahui ada segelinitr masyarakat di sebuah kampung (yang sampai ke pengetahuan saya) mula memulaukan. Sehingga wujud kumpulan-kumpulan dalam media sosial menghebahkan dengan tujuan untuk menjarakkan diri. Sedangkan tatkala itu keluarga tersebut sedang diuji dengan COVID 19. Ada anggota keluarga yang meninggal dunia. Ketika itulah sokongan yang kuat daripada masyarakat sangat diperlukan. Lebih menyakitkan, keluarga yang telah disahkan sembuh pun turut dipulauka...

Kembali Ke Pangkuan Pencipta

 "Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali" Genap seminggu, arwah adik istimewa kesayangan saya dijemput Illahi kembali ke pangkuanNya. Awal pagi ini, seorang sahabat pula dijemput Yang Maha Esa. Selamat berehat panjang Angah dan Jaja. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi kalian. Sebanyak manapun kami menyayangi kalian, tak terbanding sayangnya Allah terhadap kalian. Hilang sudah segala kesakitan yang kalian tanggung selama hidup di dunia yang fana ini. 

COVID 19 Ujian Yang Berterusan

Dalam minggu yang sama mendengar khabar yang menyedihkan daripada kawan-kawan dari zaman persekolahan dan teman-teman sepejabat.  Jangkitan COVID 19 menyerang sehingga ketahap 5 dan 4. Dalam masa yang sama dikhabarkan sekeluarga dijangkiti selepas seorang demi seorang ketika proses kuarantin di rumah.  Mengenangkan ada diantara mereka itu menghidap penyakit kronik, hati jadi sangat gundah. Walaupun dikhabarkan ada diantara mereka telah lengkap menerima vaksin, hati tetap gundah. Vaksin bukan jaminan. Cuma ikhtiar sahaja.  Tambah pula mengenangkan tentang kesan akibat dijangkiti COVID 19. Hanya doa dan bacaan ayat suci sahaja yang mampu dikirimkan semoga kesemua mereka kembali sihat seperti sedia kala. Tidak kira kepada siapa, kenal atau tidak, di mana sahaja berada, apa sahaja bangsa atau agama semoga semua yang dijangkiti, kembali sihat seperti sedia kala.  Semoga Allah SWT angkat penyakit ini dari muka bumi.  

Tolong Jangan Senyapkan 'Silenced' - Penderaan Fizikal, Mental & Seksual Kanak-kanak

Pernah tonton Silenced ? Kalau belum, mari tonton. Percayalah, ianya berbaloi. Ini bukan tentang K Pop. Tidak sama sekali berkiblatkan hiburan. Sudah lama saya tulis tentang ini tetapi setiap kali ada kes baharu, saya kembali mengolah. Sehingga hari ini ketika netizen rancak bercakap tentang #justiceforbella . Semoga keadilan dapat tertegak buat Adik Bella dan Adik Bella dapat sempuh sepenuhnya. Bukan calang-calang trauma yang dipikul sepanjang hayatnya.  Saya sudah menonton Silenced berkali-kali. Saya memang anjurkan kalangan keluarga saya menontonnya. Hampir kesemua ahli keluarga saya telah menontonnya. Sediakan tisu bersama anda.  Silenced (2011) merupakan filem berdasarkan novel The Crucible (2009) yang diangkat daripada kisah yang benar-benar terjadi di Korea Selatan. Mangsa penderaan fizikal dan seksual di Sekolah Gwangju Inhwa melibatkan pelajar kelainan upaya. Sekolah ini mula ditubuhkan pada 17 April 1961. Pada mulanya ditubuhkan oleh Pusat Kebajikka...

Bingkisan Buat Yang Tersayang

  Hanya kiriman bingkisan buat pengganti diri. Sebelum sekatan merentas negeri diumumkan penghujung tahun 2020, sempat belikan adik beberapa buah buku. Adik OKU. Suka sangat dengan buku-buku haiwan. Tak tahu membaca atau menulis dengan sempurna. Setakat A,B,C yang dihafal kurang sempurna. Gembira sangat apabila dapat semua buku-buku haiwan ketika melawat kami. Malangnya Emak tak benarkan Adik bawa balik ke kampung buku-buku ini semua. Emak cakap tinggal sahaja. (Adik ada banyak koleksi buku-buku haiwan di rumah). Adik tak puas hati. Pesannya pada saya supaya bawa balik ketika pulang ke kampung. Masalahnya hari demi hari, bulan ke bulan situasi pandemik tidak membaik sebagaimana yang diharapkan. Hari ini kes COVID19 naik semula ke angka 5 ribu ke atas. Menghampiri angka 6 ribu. Jauh sekali nak merentas negeri. Malah PKP semula yang mungkin sambung menyambung. Acap kali di telefon Adik tanya bila nak balik, minta bawa balik buku. Jalan terbaik, kirimkan padanya. Hantar 2 buah dahulu....

K-drama di Netflix, Cerita Apa Yang 'Best'?

Kenapa Kdrama? Kmovie tak sebanyak kdrama di Netflix. Ada yang dah tonton pun macam  Time To Hunt ,  Alive ,  Rampant ,  M emories of Murder ,  The Prison . Sesiapa yang belum tonton Parasite , sila tonton. Ada beberapa filem yang saya idamkan nak tonton tetapi tak ada pula di Netflix. Melayan k-drama sejak langgan Netflix, setelah agak lama tak menonton. Campur-campur. Gabungan cerita lama dan baharu. Baca saranan kawan-kawan yang sama-sama meminati k-drama di Facebook tetapi dalam-banyak-banyak drama itu hanya Flower of Evil paling menambat hati. Kisah seorang yang mempunyai gangguan antisosial (tidak mempunyai emosi) yang dituduh rakan subahat pembunuh bersiri bersama mendiang ayahnya sendiri. Memang Wow! Sebenarnya lama juga menunggu Flower of Evil 'muncul' di Netflix. Sempat habis tengok drama lama Lee Joon Gi , Two Weeks  dan  Arang and The Majistrate  di Netflix. Tak payah cari Two Weeks  dan Arang and The Majistrate dalam Netfli...

Bukan Hanya Kita, Bukan Tentang Kita Semata-mata

Ada orang tak rasa 'gerun' ke dengan pandemik yang sedang 'menyerang' negara kita sekarang ni? Eh adalah... (sila sambung ikut pandangan sendiri ya) Situasi pandemik kian memburuk. Jangkitan disebarkan melalui udara. Pengaliran udara. Awal pandemik, kita cuma diwajibkan memakai pelitup muka terutama di kawasan sesak. Sekarang kita digalakkan pakai pelitup muka berganda.  Kita diberitakan kapasiti kesihatan semakin 'tenat'. Malah  Hospital pintar pakar kanak-kanak yang pertama di negara kita, HPKK UKM telah bertukar menjadi sebuah hospital COVID 19.   Hospital ini baru beroperasi pada tahun 2019 untuk kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah.  Penularan dalam komuniti kita tanpa sedar. Tak tahu dapat jangkitan dari mana, daripada siapa? Tapi hidup kita kena diteruskan. 'Berpantang maut sebelum ajal'. Tak kira apa pun kena juga bekerja. Bukan saja-saja ada orang 'membantah' PKP berterusan ini. Kena faham dari 'kasut mereka juga'. Perut kena di...

Pengisian Ilmu & Laksa Ulam Pegaga

Semalam Sabtu yang sibuk. Projek sekolah Abang Ngah. Kerja-kerja pejabat yang tiba-tiba menerjah tapi tak nak ketinggalan pengisian ilmu.  Back to back .  Memang tonton sebab panel-panel undangan, Tuan Syed Ami dan Dr Putri Afzan Maria. Menarik sangat. Kalau kalian nak tonton boleh tonton di facebook The Kalsum Alumni atau Tuan Syed Azmi. Terima kasih atas perkongsian ilmu. Alhamdulillah. Lewat petang bersama dengan mentor-mentor komuniti disleksia. Anak sudah bujang. Cabaran berbeza. Disleksia dibawanya seumur hidup. Bukan setakat disleksia, ADHD juga. Alhamdulillah. Memang lama benar menunggu mentor-mentor ini berkongsi pentas.  Terima kasih atas perkongsian ilmu.  Walaupun sibuk, dapur kena berasap. Kami anak beranak teringin hendak makan laksa. Guna bahan apa yang ada di dapur sahaja. Campur ikan kembung dan ikan sardin. Orang Kelantan panggil ikan selayang. Tak jadi hal. Dapat seperiuk kuah laksa. Laksa kita pakai sahaja laksa kering. Salad tak ada. Usah gaduh. ...

Penutup Ramadan - Ragam Si Kecil Berpuasa

Sempena Syawal melabuhkan tirainya hari ini. Simpan di sini coretan kenangan Adik menjalani Ramadan. Harapan tinggi melihat anak-anak membesar di hadapan mata namun takdir mungkin bawa cerita yang berbeza. Tahun hadapan, belum tentu berpeluang menyambutnya.  Awal-awal lagi suami beritahu si kecil kena puasa penuh tahun ini. Dengar tu, bangkang tidak setuju pun tidak. Tak cakap apa pun dengan si kecil kecuali beritahu hari Selasa sudah mula puasa. Kena tidur lagi awal dari biasa sebab nak bangun bersahur. Pesanan bukan untuk si kecil je tapi semua anak-anak.  Malam sebelum berpuasa, selepas tarawih si kecil beritahu,  Adik nak puasa je. Adik tak nak tak puasa. Nak tahan. Dalam erti kata lain, si kecil berazam nak puasa penuh. Bukan sebab ayahnya minta pun. Tak beritahu pun lagi hasrat ayahnya tu. Berbunga hati dengar. Mujur tak menitis air mata. Hahaha Over tau jadi mak mak ni .  Buatkan spaghetti carbonara untuk bersahur. Hari pertama puasa, hari Selesa hari bersekol...